Nasib Pekerja Swasta Potong Gaji Atau Hilang Kerja



Nasib pekerja swasta masih tidak menentu biar pun perintah kawalan pergerakan berakhir. Terdapat majikan yang telah pun menghantar notis kepada para pekerja sama ada memilih potongan gaji sehingga 60% atau hilang pekerjaan.
Menurut tinjauan yang dilakukan The Malaysian Insight, ramai yang menghadapi dilema menakutkan, terutama sekiranya mereka kehilangan pekerjaan yang tentunya hampir mustahil mencari pekerjaan baharu.
“Sukar bayangkan untuk tidak bekerja. Apa sahaja boleh berlaku bila semua ini berakhir, dan saya berkemungkinan hilang kerja,” kata seorang jurutera pesawat yang hanya mahu dikenali sebagai Paul.
Paul yang berusia 30 tahun berkata, ia sama seperti bermula dari bawah sekiranya dia kehilangan pekerjaan.
“Sekiranya ada pemberhentian, saya mungkin perlu jual rumah dan kereta, dan tinggal di rumah ibu bapa saya agar tidak terbeban dari segi kewangan.
“Ini bermakna, semua kerja keras saya selama ini hanya sia-sia,” katanya dan menambah pekerjaan baru di bidang lain mungkin tidak menjana pendapatan sebagaimana yang diperolehnya sekarang.
Pandemik Covid-19 mula memberi kesan dari segi kewangan kepada syarikat dan perniagaan, ada di antaranya yang terpaksa meminta pekerja mengambil cuti tanpa gaji, dan ada yang terpaksa memberhentikan pekerja.
Minggu lalu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier) berkata, kira-kira 2.4 juta akan hilang pekerjaan berikutan kemelesetan ekonomi kesan daripada pandemik Covid-19 di negara ini.
Sementara tu, seorang pramugari AirAsia X berkata, syarikat itu menawarkan mereka pilihan cuti tanpa gaji sekiranya mereka mahu kekal di rumah ketika tempoh PKP.
Menurutnya, dengan ketiadaan penerbangan, mengambil cuti tanpa gaji bukanlah pilihan yang baik, kerana ia bermakna beliau akan berdepan masalah kewangan.
“Gaji pokok kami tidak tinggi. Kami bergantung kepada elaun tetapi bila tiada penerbangan, kami tidak mendapatnya.
“Kami ditawarkan cuti tanpa gaji tapi ia bermakna kami tidak dapat wang. Kami perlu makan dan ada komitmen.
“Pengumuman kerajaan mengenai moratorium bank hanya membantu pemilik kenderaan dan rumah, bukan mereka yang tinggal di rumah sewa.
“Saya merayu kepada tuan rumah untuk kecualikan bayaran sewa bulan depan,” katanya yang berusia 33 tahun dan tidak mahu identitinya didedahkan.
Baru-baru ini, AirAsia berkata pengurusan dan pegawai kanan AirAsia Group membuat potongan gaji secara sukarela, antara 100% sehingga 15%.
Sementara itu, seorang juruterbang AirAsia yang enggan namanya didedahkan kerana bimbang hilang kerja berkata, pemberhentian mungkin akan berlaku kerana syarikat itu mungkin akan mengambil langkah berkenaan untuk kekal dari segi ekonomi.
Dengan hanya gaji pokok dan potongan elaun sehingga 70%, beliau berkata, ini adalah masa yang sukar dan ramai yang berdepan kemungkinan hilang kerja dalam beberapa bulan akan datang.
“Kini pihak pengurusan dan pegawai kanan membuat potongan gaji. Malah elaun juruterbang pun dipotong sehingga 70%. Memandangkan tiada penerbangan, kami hanya menerima elaun penerbangan minimum dan tiada lagi elaun sektor. Jadi, saya rasa tidak lama lagi mereka akan berhentikan sebahagian daripada kami,” kata juruterbang berkenaan.
Beliau juga berkata, sekiranya syarikat membuat keputusan untuk memberhentikan pekerjanya, terutamanya juruterbang, maka mereka akan berdepan kesukaran untuk mencari pekerjaan lain di sektor yang sama.
“Bayangkan syarikat memberhentikan 300 juruterbang. Kesemua mereka kemudian mula cari kerja di syarikat penerbangan tempatan lain. Syarikat mana yang akan ambil semua? Saya tidak rasa banyak syarikat penerbangan akan berbuat demikian selepas krisis ekonomi.
“Malah syarikat penerbangan antarabangsa pun mahu orang mereka dahulu. Jadi habislah kami,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26971

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majikan Dilarang Potong Gaji Berhentikan Atau Suruh Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji

Majikan Dilarang Potong Gaji Berhentikan Atau Suruh Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 449 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu rakyat dalam situasi getir ini Kerajaan akan mengeluarkan sebanyak RM250 bilion dan antara yang termasuk dalam pakej ini adalah Program Subs...
Pekerja Swasta Dibenar Hadir Bertugas Sehari Proses Bayar Gaji Ksm

Pekerja Swasta Dibenar Hadir Bertugas Sehari Proses Bayar Gaji Ksm

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 275 hits
Kerajaan memutuskan untuk membenarkan pekerja Bahagian Kewangan atau Sumber Manusia dalam sektor swasta ke tempat kerja hanya untuk sehari sahaja bagi memproses pembayaran gaji mengikut ketetapan undang undang Kementerian Sumber Manusia men...
Anggota Dpr Dari Pkb Potong Gaji Bantu Pekerja Harian Terdampak Virus Corona

Anggota Dpr Dari Pkb Potong Gaji Bantu Pekerja Harian Terdampak Virus Corona

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 211 hits
Mereka membutuhkan jaring pengaman sosial karena sebagian besar telah kehilangan sumber penghasilan
30 40 Lagi Pekerja Berisiko Dipecat Potong Gaji Mtuc

30 40 Lagi Pekerja Berisiko Dipecat Potong Gaji Mtuc

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 379 hits
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa kerajaan memperkenalkan Peraturan Kerja Kecemasan bagi melindungi pekerja yang tidak dilindungi dalam Pakej Prihatin perusahaan kecil dan sederhana semalam Kata Setiausaha Agung MTUC J Solomon mesk...
Eis Perkeso Rm600 Sebulan Untuk Yang Hilang Kerja

Eis Perkeso Rm600 Sebulan Untuk Yang Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 488 hits
SOURCE appeared first on Semakan borang Pendaftaran permohonan EIS Perkeso RM600 Sebulan Untuk Yang Hilang Kerja di malaysia melalui Sistem Insurans Pekerjaan dan login sekarang Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO atau dikenali seb...
Subsidi Gaji Rm600 Tidak Cukup Elak Pembuangan Pekerja

Subsidi Gaji Rm600 Tidak Cukup Elak Pembuangan Pekerja

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 278 hits
Subsidi gaji RM600 yang diperuntukkan kerajaan Melayu Perikatan Nasional kepada pekerja yang bergaji di bawah RM4 000 sebulan dikhuatiri tidak mencukupi untuk mengelakkan majikan muflis atau gulung tikar Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Sye...
Pakar Puji Subsidi Isi Rumah Gaji Pekerja Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi

Pakar Puji Subsidi Isi Rumah Gaji Pekerja Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 218 hits
Pakar ekonomi memuji Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang anatara lain memberi subsidi isi rumah dan menangani isu pekerja yang terjejas oleh pandemik Covid 19 Mereka secara khusus memuji bagi memba...
Hak Pekerja Ini Cara Untuk Tuntut Bantuan Rm600 Kerana Cuti Tanpa Gaji

Hak Pekerja Ini Cara Untuk Tuntut Bantuan Rm600 Kerana Cuti Tanpa Gaji

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 933 hits
Hari ini merupakan hari ke 5 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan kebanyakan dari kita sudah mula melakukan kerja di rumah termasuklah kami di Ohmedia Bagaimanapun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumumannya sebelum ...
Gaji 80 000 Pekerja Kontrak Perkhidmatan Kerajaan Ditanggung

Gaji 80 000 Pekerja Kontrak Perkhidmatan Kerajaan Ditanggung

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 337 hits
Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung kontraktor perkhidmatan bagi pekerja mereka yang mendapat kontrak bagi sekolah institusi pengajian dan agensi kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan walaupun pekerja tida...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut