Pakar Puji Subsidi Isi Rumah Gaji Pekerja Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi



Pakar ekonomi memuji Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang anatara lain memberi subsidi isi rumah dan menangani isu pekerja yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

Mereka secara khusus memuji peruntukan RM10 bilion bagi membantu keluarga B40 dan M40.
Pakar juga menyentuh program subsidi upah yang memperuntukkan RM5.9 bilion.

Profesor ekonomi Universiti Monash Malaysia, Poon Wai Ching berkata kedua-dua langkah ini dapat meningkatkan penggunaan domestik dan mewujudkan kesan pengganda untuk ekonomi.

"Ia adalah idea yang sangat baik untuk memastikan suntikan ke dalam aliran pekeliling ekonomi.

"Subsidi-subsidi ini yang diberikan kerajaan secara langsung kepada pengguna dan syarikat akan menggalakkan penggunaan dan pengeluaran.

"Subsidi ini akan menjadi suntikan perbelanjaan baru ke pasaran dan kerana kesan pengganda, ia akan membawa kepada peningkatan yang lebih besar dalam KDNK," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Kata Poon, pemberian one-off RM500 kepada pemandu e-hailing dan penjawat awam juga akan memberi kesan pengganda.

Ahli ekonomi, Laurence Todd, berpendapat bahawa kedua-dua langkah itu adalah "langkah ke arah yang betul" untuk melindungi golongan yang mudah terjejas.

"Sudah jelas mereka (kerajaan) telah mendengar kebimbangan yang disuarakan sejak beberapa hari lalu dan memutuskan untuk meningkatkan perbelanjaan kerajaan dengan perlindungan sosial," katanya.

Berkesan jika dilaksanakan dengan baik

Profesor ekonomi Universiti Malaya Rajah Rasiah berkata beliau kagum dengan pakej itu tetapi memberi amaran bahawa pelaksanaan berhemat adalah penting.

"Ini adalah satu langkah besar - dari pendekatan kewangan yang berhemat, kepada suntikan penyelesaian krisis yang menangani masalah pekerja yang lebih luas.

"Banyak tadbir urus perlu memainkan peranan penting untuk menghadkan ketirisan," katanya.

Pandangan yang sama turut ditekan oleh bekas Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani.

"Rangsangan ini, jika dilaksanakan dengan baik, dapat membantu mempertahankan ekonomi, pekerjaan dan melindungi keselamatan rakyat daripada krisis semasa," katanya kepada Malaysiakini.
Sebagai sebahagian daripada program Bantuan Prihatin Nasional yang dijangka melibatkan empat juta isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan akan mendapat bayaran one-off RM1,600.

Manakala, 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan antara RM4,001 hingga RM8,000 akan menerima RM1,000.

Tiga juta orang bujang yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan akan menerima RM800 manakala 400,000 bujang yang berpendapatan antara RM2,001 hingga RM4,000 akan menerima RM500.

Semua bantuan akan diedarkan dalam dua peringkat - sekali pada bulan April dan sekali lagi pada bulan Mei.

Di bawah program subsidi upah pula, pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 akan menerima RM600 sebulan selama tiga bulan.

Ia hanya terpakai kepada kakitangan yang majikannya telah mengalami kehilangan pendapatan lebih daripada 50 peratus sejak 1 Jan, 2020.

Majikan pula mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.
Muhyiddin berkata bahawa keseluruhan pakej rangsangan itu akan menelan belanja sebanyak RM250 bilion.

Johari menganggarkan bahawa kerajaan perlu mengeluarkan 8.8 peratus atau RM22 bilion.

"Dari segi bantuan tunai langsung dari kerajaan, ia akan berjumlah kira-kira RM22 bilion yang meliputi pembayaran one-off kepada rakyat untuk Bantuan Prihatin Nasional (RM12 bilion), subsidi gaji (RM6 bilion), bantuan awam (RM1.7 bilion) dan langkah penjagaan kesihatan (RM2 bilion)," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/pakar-puji-subsidi-isi-rumah-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm1600 Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bulanan Rm4000 Ke Bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Rm1600 Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bulanan Rm4000 Ke Bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 244 hits
RM1600 Untuk Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM4000 Ke Bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat Kita tak menjangka virus Covid 19 semakin menular di Malaysia Malahan berapa negeri berada di situasi zon merah Segelintir lagi masih bebas...
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Bantu Kontraktor Bumiputera G1 Yang Terkesan Covid 19

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Bantu Kontraktor Bumiputera G1 Yang Terkesan Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 239 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bantu kontraktor Bumiputera G1 yang terkesan COVID 19Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Datuk Seri Mohamed Fadzill HassanLaksanakan PRE 2020 untuk bantu kontraktor Bumiputera G1 yang terkesan Covid 1...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 321 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bantuan khas secara one off kepada pemandu e hailing yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid 19 Lebih Info akan
Kerajaan Memperuntukkan Rm60 Juta Untuk 120 000 Pemandu Seru Pandu Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Baru

Kerajaan Memperuntukkan Rm60 Juta Untuk 120 000 Pemandu Seru Pandu Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Baru

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 215 hits
Sewaktu pengumuman Pakej Ransgangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang sedang berlangsung Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan wang sebanyak RM60 juta untuk 120 000 para pemandu perkhid...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 355 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam melalui Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat petang tadi
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 304 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan elaun khas kepada anggota keselamatan melalui Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat petang tadi Lebih Info akan kongsikan maklumat
Pepias Puji Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid 19

Pepias Puji Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 288 hits
SHAH ALAM 21 MAC Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan memuji usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan Covid 19 kata setiausaha agungnya Mohamad Khairuddin ...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 427 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah Teruja dengan penuh khusyuk bila PM8 mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN tempohhari Sambil dok dengar tu sambil membuat ulasan kecil...
Pakej Rangsangan Ekonomi Mengpa Ph Meroyan

Pakej Rangsangan Ekonomi Mengpa Ph Meroyan

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 183 hits
Muslihat Sebenar PH Desak Pakej Rangsangan Ekonomi Di Bahaskan Di ParlimenPosted by SnapShot at Sejak Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dinamakan Skim Prihatin Nasional berjumlah RM250 bilion pemimpin...
Syawal Tanpa Keluarga Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Mikroplastik Dalam Plasenta Dan Ovari Ancaman Kepada Wanita Dan Generasi Akan Datang

Wawancara Alien Spesis Manusia

How Much Torque And Horsepower Does A Porsche M96 Engine Produce Engine Specs

Hari Raya Bagi Saya Seorang Oku

Us S Pro Israel Stance Attracting More Critics Says Scholar

Mendamaikan 2 Pihak

Sentiment Of Malays Being Treated As Second Class Citizen Abounds In Mat Belon Dbkl Pre Raya Scuffle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mercun Terbakar Kereta Hangus

Polis Temui 66 Blackspot Di Kelantan

Pm Datuk Seri Anwar Ibrahim Ucap Terima Kasih Kepada Pelajar

Di Sana Tolak Ansur Di Sini Tolak Tersungkur Dr Maza

Is Vr And Ar The Next Big Thing In Gaming

Doa Ramadan Agar Ramadan Diisi Dengan Amalan Soleh