Nasib Gelandangan Tak Dilupakan



Nasib golongan gelandangan tidak dilupakan ketika kerajaan dan kakitangan di barisan hadapan sibuk menangani penularan wabak Covid-19.

Menerusi pemerhatian aktiviti membantu warga miskin kota dan gelandangan oleh badan bukan kerajaan (NGO) masih beroperasi tetapi dengan penglibatan sukarelawan yang minimum.

Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid berkata, makanan disediakan untuk gelandangan setiap hari setelah penyelarasan dibuat antara badan-badan amal yang berlainan di sekitar Kuala Lumpur.

Makanan dan minuman hanya disediakan dalam bungkusan dan diedar di bawah seliaan pihak berkuasa bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.

Beliau berkata pihak polis akan memasti individu yang mengambil makanan agar menjarakkan diri antara satu sama lain bagi mengelakkan penularan virus.

“Polis dan pihak tentera akan kuatkuasakan penjarakan sosial.

“Kami akan usahakan sama-sama. Kami turut berada di rumah (sewaktu perintah kawalan pergerakan). Namun kami akan pastikan warga miskin masih mendapat makanan mereka,” tambahnya.

Menurut Munirah, golongan miskin beratur dengan jarak dekat apabila mereka mendapatkan makanan di Medan Tuanku pada Jumaat petang lepas.



Bantuan pihak polis akan memastikan golongan gelandangan menjarakkan diri antara satu sama lain ketika mengambil makanan.

Hal ini katanya, disebabkan ramai yang kelaparan dan risau kehabisan makanan.

Oleh sebab itu, kata Muniarah agak susah bagi sukarelawan menasihati mereka.

Bagaimanapun, beliau percaya keadaan itu akan dapat diperbaiki menerusi bantuan dan seliaan daripada pihak polis.

Sementara itu, pengasas Dapur Jalanan Mohd Ezzuandi Ngadi, atau lebih dikenali sebagai Pak Wan, mengesahkan pengagihan makanan percuma mingguan akan dijalankan seperti biasa.

Jika perlu tempat tinggal

Agihan makanan itu akan dilakukan di Jalan Panggung setelah mendapat kelonggaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara.

“Kami akan mematuhi arahan yang ditetapkan dan bekerjasama sebaik mungkin dengan pihak berkuasa terutama untuk mengelakkan komuniti dari berkumpul pada waktu perkongsian makanan.

“Untuk situasi sekarang, semua operator akan membungkus makanan dan minuman. Stesen disediakan awal dan komuniti akan datang and terus ambil.

“Jika datang berkumpulan, mereka akan letakkan kawalan jarak,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Dapur Jalanan akan beroperasi dengan jumlah sukarelawan yang terhad di mana hanya lebih kurang tujuh anggota yang mengagihkan makanan berbanding 20 orang pada waktu biasa.

Pengglibatan sukarelawan kini tidak dibenarkan dan semua anggota sukarelawan perlu mematuhi tatacara pihak berkuasa dengan tegas, tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Che Asmah Ibrahim berkata Anjung Singgah dan Pusat Transit Gelandangan (PTG) Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa.

Katanya, golongan gelandangan adalah dialu-alukan untuk datang mendaftar diri sekiranya memerlukan tempat tinggal.



Menurut Che Asmah, kedua-dua pusat perlindungan ini masih mempunyai lebih kurang 50 peratus kekosongan katil di mana PTG mempunyai 100 katil dan 40 katil di Anjung Singgah.

Sepanjang perintah kawalan pergerakan, pusat-pusat tersebut menghentikan segala aktiviti harian dan hanya membenarkan penghuni berehat dan mengambil makanan, katanya.

“Untuk penghuni, kami akan periksa suhu badan mereka dengan lebih kerap, topeng muka dan sanitiser juga dibekalkan.

“Seandainya ada yang tidak sihat, kami akan rujuk kepada hospital. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) turut akan ada di sini untuk buat pemeriksaan dan menyediakan makanan sekiranya tiada NGO yang hantar,” tambahnya.

Bagaimanapun, hanya bungkusan makanan dibenarkan dan agihan akan dikenadalikan pihak Anjung Singgah dan PTG.

Antara badan amal yang akan menyediakan makanan untuk golongan miskin kota di sekitar Kuala Lumpur adalah Pertiwi Soup Kitchen, Kechara Soup Kitchen (KSK), Projek KASEH4U, Kafe Komuniti Pit Stop, KLSCS Street Feeding, SEED, Street Feeders of KL (SFOKL) dan Dapur Jalanan.

Golongan tidak bernasib baik itu boleh mendapatkan makanan di beberapa lokasi seperti Anjung Singgah, PTG, Medan Tuanku, Pit Stop di Jalan Tun HS Lee, KSK, Kota Raya dan Jalan Panggung.

Dua hari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, berkata satu mesyuarat khusus akan diadakan bagi membincangkan soal kebajikan gelandangan di Kuala Lumpur sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Beliau berkata hal itu bagi memastikan golongan berkenaan tidak terdedah dengan penularan wabak Covid-19 lebih-lebih lagi pematuhan terhadap perintah berkenaan masih di tahap kurang memuaskan.

Kata Annuar, pihaknya turut mengambil maklum usaha orang awam dan NGO menyantuni golongan berkenaan, namun dikhuatiri tidak menjarakkan diri (social distancing) ketika berurusan dengan mereka.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/nasib-gelandangan-tak-dilupakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Khas Bincang Nasib Gelandangan Kl

Mesyuarat Khas Bincang Nasib Gelandangan Kl

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 178 hits
Satu mesyuarat khusus akan diadakan bagi membincangkan soal kebajikan gelandangan di Kuala Lumpur sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang masuk hari ketiga hari ini Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata hal itu bagi mema...
Nasib Kami Dalam Rumah Botol Wangian Meletup Tembak Cermin Belakang Kereta Sampai Berkecai

Nasib Kami Dalam Rumah Botol Wangian Meletup Tembak Cermin Belakang Kereta Sampai Berkecai

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 549 hits
Penggunaan wangian di dalam kereta sememangnya sangat baik bagi memberikan pengudaraan yang nyaman namun ramai tidak menyedari bahawa penggunaan tersebut sebenarnya boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini Sebelum ini pelbagai kejadia...
Aturan Kenaikan Iuran Bpjs Dibatalkan Bagaimana Nasib Peserta Sudah Bayar Lebih

Aturan Kenaikan Iuran Bpjs Dibatalkan Bagaimana Nasib Peserta Sudah Bayar Lebih

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 181 hits
BPJS Kesehatan harus mengembalikan iuran seperti semula yaitu kelas I sebesar Rp80 000 kelas II sebesar Rp51 000 dan kelas 3 sebesar Rp25 500 Pada Januari lalu iuran tersebut sudah mulai dinaikkan menjadi kelas I sebesar Rp160 00 kelas II R...
Nasib Di Perlis

Nasib Di Perlis

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 86 hits
Mujur Perlis kalau Penang tebalik la Malaysia sahih huhahuha walauns ratip siang malam pagi petang
Bagi Kuliah Ka Tak Pergi Kerja Apa Nasib Peneroka

Bagi Kuliah Ka Tak Pergi Kerja Apa Nasib Peneroka

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 212 hits
Ibrahim Mat IsaDilantik jadi menteri tapi waktu kerja hari Jumaat duk bagi kuliah dhuha Inikah dia namanya pekerja yang beramanah Bila kita komplen masuklah lebai ketayap masam membela menteri yang tak beramanah kononnya kita benci Islam bl...
Itali Dipinggirkan Nasib Baik China Bantu

Itali Dipinggirkan Nasib Baik China Bantu

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 225 hits
China menghantar sepasukan sembilan pakar perubatan dan alat sokongan kesihatan ke Rom dalam usaha memerangi pandemik COVID 19 Pasukan itu menaiki sebuah penerbangan khas yang tiba ke negara itu pada Khamis lalu Bantuan berkenaan adalah men...
Tempat Wisata Ditutup Gubernur Anies Diminta Perhatikan Nasib Umkm

Tempat Wisata Ditutup Gubernur Anies Diminta Perhatikan Nasib Umkm

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 146 hits
Kamar Dagang dan Industri Indonesia meminta Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan untuk membantu pelaku usaha UMKM yang terpaksa libur hingga beberapa hari ke depan akibat adanya penutupan tempat wisata Adapun penutupan dilakukan untuk mengan...
Disuruh Cuti 3 Bulan Tanpa Gaji Apa Nasib Pekerja Malaysia Airlines

Disuruh Cuti 3 Bulan Tanpa Gaji Apa Nasib Pekerja Malaysia Airlines

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 596 hits
Corona virus bukan sahaja merosotkan ekonomi dunia malah turut menjejaskan pekerjaan kita terutama kepada kakitangan dan staf Malaysia Airlines Bhd Memetik laporan freemalaysiatoday MAS telah menawarkan kesemua 13 000 pekerja memilih untuk ...
1 000 Gelandangan Akan Ditempatkan Di Tiga Kem Plkn Makanan Keperluan Harian Disediakan

1 000 Gelandangan Akan Ditempatkan Di Tiga Kem Plkn Makanan Keperluan Harian Disediakan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 1 000 gelandangan di ibu kota akan ditempatkan di tiga kem Program Latihan Khidmat Negara sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata langka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities