Mesyuarat Khas Bincang Nasib Gelandangan Kl



Satu mesyuarat khusus akan diadakan bagi membincangkan soal kebajikan gelandangan di Kuala Lumpur sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang masuk hari ketiga hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, berkata, hal itu bagi memastikan golongan berkenaan tidak terdedah dengan penularan wabak Covid-19 lebih-lebih lagi pematuhan terhadap perintah berkenaan masih di tahap kurang memuaskan.

“Saya putuskan tadi saya akan adakan mesyuarat khusus yang berasingan tentang gelandangan dari sudut penguatkuasaan, dan bagaimana hendak pastikan mereka tidak menjadi golongan mudah terdedah (vulnerable) dalam konteks penularan Covid-19 dan juga aspek kebajikan mereka.



“Saya rasa untuk gelandangan, ada keperluan langkah jangka pendek, dan ada keperluan langkah yang lebih berjangka panjang. Saya harap masalah ini dapat dilihat secara holistik, bukan secara sebahagiannya saja (piecemeal),” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan di pejabat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita tentang kebajikan dan penempatan golongan gelandangan di Kuala Lumpur ketika perintah berkenaan berkuat kuasa.

Kata Annuar, pihaknya turut mengambil maklum usaha orang awam dan NGO yang menyantuni golongan berkenaan, namun dikhuatiri tidak menjaga penjarakan sosial (social distancing) ketika berurusan dengan golongan gelandangan.



Mesyuarat itu disertai oleh agensi-agensi yang berkaitan menangani penularan Covid-19 di Kuala Lumpur dan Putrajaya, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim yang turut hadir, menjelaskan bahawa polis setakat ini belum melaksanakan perintah larangan perjalanan rentas negeri seperti yang pernah diumumkan ketua polis negara Abdul Hamid Bador.

“Buat masa ini kita belum laksanakan lagi beberapa perkara perjalanan rentas negeri. Cuma, makluman adalah untuk hadkan pergerakan.

"Maknanya tak bolehlah pergi sewenang-wenangnya, balik kampung ke, kena duduk di rumah," katanya dalam sidang media sama.

Ketika ditanya bila polis akan menguatkuasakan semula perintah larangan perjalanan rentas negeri, Mazlan tidak menjelaskan tarikh khusus, sebaliknya hanya menjawab polis mengambil pendekatan berunsur nasihat.

“Buat masa ni, kita lebih pada bagi nasihat. Untuk nasihat (supaya orang ramai) duduk di rumah,” katanya lagi.



Sehari sebelum penguatkuasaannya, Abdul Hamid mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan akan turut melibatkan sekatan keluar antara negeri.

Sekatan itu memerlukan mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri mengisi borang khas di balai polis dan menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan berkenaan.

Susulan itu, orang ramai berpusu-pusu ke balai polis menyebabkan kesesakan, sehingga memaksa polis menangguhkan arahan tersebut beberapa jam kemudian.

Setakat ini, tiada arahan baru tentang penguatkuasaan semula larangan perjalanan keluar negeri dikeluarkan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/mesyuarat-khas-bincang-nasib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ksn Mohon Maaf Isu Khilaf Jemputan Mesyuarat Khas Covid 19

Ksn Mohon Maaf Isu Khilaf Jemputan Mesyuarat Khas Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini memohon maaf berikutan kekhilafan isu jemputan untuk Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menangani penularan koronavirus Dalam satu kenyataan beliau bagi...
Mesyuarat Khas Covid 19 Bab Ini Memang Ph Menang Dah Pn Kalah

Mesyuarat Khas Covid 19 Bab Ini Memang Ph Menang Dah Pn Kalah

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 307 hits
Foto FacebookKalau bab kuasa dan jawatan bila bila pun boleh meeting tapi bila melibatkan rakyat boleh pula main tangguh tangguh macam tu Sedarlah wahai pemimpin PN bahwa rakyat sedang memerhati tindak tanduk kalian Sekarang bukan masanya u...
Mesyuarat Khas Ksn Mohon Maaf Atas Kekhilafan Mb Dan Km Lima Negeri Tidak Dijemput

Mesyuarat Khas Ksn Mohon Maaf Atas Kekhilafan Mb Dan Km Lima Negeri Tidak Dijemput

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 201 hits
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memohon maaf atas kekhilafan yang timbul berkaitan dengan jemputan bagi menghadiri Mesyuarat Khas bagi menyelaraskan Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri yang diadakan hari ini Kata beliau merujuk ...
Nasib Gelandangan Tak Dilupakan

Nasib Gelandangan Tak Dilupakan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 235 hits
Nasib golongan gelandangan tidak dilupakan ketika kerajaan dan kakitangan di barisan hadapan sibuk menangani penularan wabak Covid 19 Menerusi pemerhatian aktiviti membantu warga miskin kota dan gelandangan oleh badan bukan kerajaan masih b...
Tun Dr Mahathir Titip Pesanan Khas Sempena Hari Wanita 2020

Tun Dr Mahathir Titip Pesanan Khas Sempena Hari Wanita 2020

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 336 hits
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Twitternya sebentar tadi memuak naik satu video khas sempena sambutan Hari Wanita hari ini Menurutnya kedudukan wanita pada hari ini jauh lebih baik berbanding dahulu Saya harap pada ha...
4 Fakta Cokelat Tempe Khas Bandung Melanglang Buana Hingga Mancanegara

4 Fakta Cokelat Tempe Khas Bandung Melanglang Buana Hingga Mancanegara

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 245 hits
Jika mendengar kata cokelat pasti yang terbayang di benak kita adalah camilan dengan rasa manis legit dan berwarna gelap Namun di Bandung Jawa Barat terdapat camilan cokelat dengan varian rasa yang unik yaitu rasa tempe
Kkm Buat Website Khas Untuk Periksa Covid 19 Secara Online Boleh Periksa Tahap Risiko Terkena Jangkitan

Kkm Buat Website Khas Untuk Periksa Covid 19 Secara Online Boleh Periksa Tahap Risiko Terkena Jangkitan

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 570 hits
Menurut sepuluh kes baharu COVID 19 dilapor setakat 12 tengah hari Sabtu menjadikan jumlah kumulatif positif COVID 19 di negara ini sebanyak 93 kes kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata kesemua kes ini t...
Bekas Pegawai Khas Syed Saddiq Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

Bekas Pegawai Khas Syed Saddiq Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1657 hits
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas dinamakan sebagai Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Beliau merupakan bekas pegawai khas S...
Bank Malaysia Tawar Kad Debit Khas Iran

Bank Malaysia Tawar Kad Debit Khas Iran

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 222 hits
Malayan Banking Bhd menawarkan kad debit kepada pelanggan warga Iran untuk kegunaan urus niaga tempatan membabitkan transaksi ringgit selepas beberapa bank lain mengancam menutup akaun mereka Tahun lalu CIMB Group Holdings dan RHB Bank meng...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya