Nasib Bung Moktar Zizie Izette Diketahui Hari Ini


hmetro.com.my
BERNAMA
BUNG Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette. FOTO BERNAMA
Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad atau dibebaskan, akan diumumkan Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob dijadualkan memberi keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada jam 3 petang.

Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud kes prima facie terhadap Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44, maka pasangan suami isteri itu akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya mereka akan dilepas dan dibebaskan.

Pada 17 Mei lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2 Januari 2020 dan pihak pendakwaan serta pembelaan selesai berhujah pada 24 Jun lalu.
Artikel Berkaitan
• Bicara kes Bung Moktar, isteri ditangguh• Zizie Izette layak terima RM2.8 juta• Pernikahan Bung, Zizie sah - Saksi pertama• Zizie Izette terima wang tunai RM2.2 juta

Antara saksi-saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, bekas Pengurus Besar Pelaburan Felcra Adnan Yusof, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Felcra Dr Habibah Suleiman, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsharil Saharom, serta dua ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid dan Norhaili Ahmad Mokhtar.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Faridz Gohim Abdullah, Mohd Sophian Zakaria dan Law Chin How manakala peguam M. Athimulan mewakili Bung Moktar serta peguam Datuk K. Kumaraendran dan Ridha Abdah Subri bagi pihak Zizie Izette.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk FELCRA Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, yang ketika itu adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid melalui isteri tertuduh iaitu Zizie Izette.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) bernombor 044797816 yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan sama.

Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) bernombor 044797824 yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette yang juga pelakon mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/nasib-bung-moktar-zizie-izette.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Rasuah Nanti Nyanyi Puas Puas Ya

Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Rasuah Nanti Nyanyi Puas Puas Ya

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 169 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2 8 juta membabitkan Felcra Berhad Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Roz...
Graft Charges Bung Moktar Wife Zizie Izette To Testify Beginning Sept 23

Graft Charges Bung Moktar Wife Zizie Izette To Testify Beginning Sept 23

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 239 hits
Bung and Zizie chose to testify under oath from the witness stand where the prosecution will question them during cross examination 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR Kinabatangan MP Datuk Seri Bung Moktar Radin and his wife Datin Seri Zi
Rasuah Rm2 8 Juta Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri

Rasuah Rm2 8 Juta Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2 8 juta Hakim Rozina Ayob membuat keput...
Peguambela Enggan Berhujah Apakah Nasib Najib Akan Diketahui Seawal 26 Ogos

Peguambela Enggan Berhujah Apakah Nasib Najib Akan Diketahui Seawal 26 Ogos

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 110 hits
Sekiranya peguam Najib Razak Hisyam Teh Poh Teik kekal dengan pendiriannya ini bermakna pihak pembela tidak akan membuat hujah pembelaan pada Selasa depan Sebagaimana dilaporkan Malaysiakini selepas pihak pendakwa menamatkan hujahnya petang...
Keputusan Kes Rasuah Bung Moktar Esok

Keputusan Kes Rasuah Bung Moktar Esok

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dilepaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan rasuah RM2 8 juta akan diketahui di Mahkamah Sesyen d...
Kes Felcra Bung Mokthar Dan Zizie Ezettie

Kes Felcra Bung Mokthar Dan Zizie Ezettie

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 166 hits
Mahkamah tetapkan 14 hari utk perbicaraan Bermula pada 23 Sept 2022 jam 10 pagi Full day sampai petang Next 26 Sept 14 Okt 28 Okt 21 Nov 30 Nov 1 Dis 7 Dis utk 2022 Kemudian pada 2023 3 Jan 9 hingga 13 Jan
Yang Tengah Tunggu Giliran Kes Mesti Menggelupur Rakyat Teruja Giliran Bung Moktar Dan Isteri Pula Jadi Tumpuan

Yang Tengah Tunggu Giliran Kes Mesti Menggelupur Rakyat Teruja Giliran Bung Moktar Dan Isteri Pula Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 182 hits
DANIAL HAKIMRakyat dilihat teruja dengan tuduhan rasuah berjumlah RM2 8 juta melibatkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad Reaksi awam itu susulan siri pembersihan kes rasu...
Bung Moktar Wife To Find Out Fate On Corruption Charges Today

Bung Moktar Wife To Find Out Fate On Corruption Charges Today

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 159 hits
The Sessions Court is scheduled to decide on whether Kinabatangan MP Bung Moktar Radin and his wife Zizie Izette Abdul Samad will be acquitted or ordered to enter their defence on charges of corruption amounting to RM2 8 million over unit t...
Zizie Izette Tak Dapat Tahan Air Mata Terima Soalan Dari Anak

Zizie Izette Tak Dapat Tahan Air Mata Terima Soalan Dari Anak

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 219 hits
Jumaat lalu Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar dan isterinya Datin Seri Zizie Izette diperintah untuk membela diri oleh Mahk4mah Sesyen atas pertudvhan r4suah berjumlah RM2 8 juta Baru baru ini perkongsian Zizie menjadi perha...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga