Nasib 18 Penuntut Didakwa Membunuh Zulfarhan Sama Ada Didapati Bersalah Atau Dibebaskan Akan Diketahui Esok


The Reporter



Nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diketahui esok sama ada mereka didapati bersalah atas pertuduhan itu atau dibebaskan.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi esok.


Pada 8 April lepas, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM dan dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Okt 2019.


Pendakwaan telah mengemukakan 31 orang saksi termasuk Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad serta dua saksi yang melihat perbuatan menekap seterika wap ke badan mangsa iaitu Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah, kedua-duanya penuntut UPNM, pada perbicaraan yang bermula 29 Jan 2018.


Kes itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh bersama Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Datuk Ranjit Singh Dhillon, Amer Hamzah Arshad, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim, Datuk Seri M Ramachelvam dan Datuk Hazizah Kassim.


Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM, yang kesemuanya berusia 25 tahun, membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.


Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei 2017.


Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.


Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.


Mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.


Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.


Sumber: Bernama


November 01, 2021 at 12:54PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/11/nasib-18-penuntut-didakwa-membunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Bunuh Zulfarhan Nasib 18 Penuntut Upnm Diketahui Esok

Kes Bunuh Zulfarhan Nasib 18 Penuntut Upnm Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 320 hits
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan di akhir kes pembelaan
18 Penuntut Upnm Didapati Bersalah Kerana Membunuh Bersubahat Dan Mencederakan Zulfarhan

18 Penuntut Upnm Didapati Bersalah Kerana Membunuh Bersubahat Dan Mencederakan Zulfarhan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 334 hits
Akhirnya nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ditentukan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan bahawa kesemua mereka didapati bersalah Menurut laporan Astro Awani 12 daripada tertuduh d...
18 Penuntut Upnm Didapati Bersalah

18 Penuntut Upnm Didapati Bersalah

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 269 hits
Kalau dalam kejadian seumpama di atas Kita hanya jadi nasi tambah Kemudian dijatuhkan hukuman 3 tahun Tolak campur bahagi dengan cuti dan Rayuan Dalam 2 tahun lebih sahaja Tetapi Rekod yang tercalar Tidak dapat dipulihkan ye adik adik dan a...
Akhirnya Ini Jawapan Kpdnhep Ini Keputusan Sama Ada Pemilik Siakap Bersalah Atau Tidak Jual Mahal Sampai Beribu

Akhirnya Ini Jawapan Kpdnhep Ini Keputusan Sama Ada Pemilik Siakap Bersalah Atau Tidak Jual Mahal Sampai Beribu

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 358 hits
ALOR SETAR Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melakukan siasatan dalam insiden sekumpulan pelancong yang terpaksa membayar hampir RM 1 196 bagi hidangan seekor ikan siakap di sebuah restoran dekat Langkawi baru baru...
Prn Melaka Sama Ada Kekal Berkerjasama Dengan Umno Atau Tidak Pas Tetap Bersedia

Prn Melaka Sama Ada Kekal Berkerjasama Dengan Umno Atau Tidak Pas Tetap Bersedia

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 537 hits
KUALA LUMPUR Sama ada kekal bekerjasama dengan UMNO atau sebaliknya PAS sudah membuat persediaan sewajarnya kata salah seorang pemimpin parti itu hari ini Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pada dasarnya mereka mah...
Kes Bunuh Zulfarhan 6 Penuntut Upnm Dipenjara 18 Tahun 12 Rakan Mereka Dipenjara 3 Tahun

Kes Bunuh Zulfarhan 6 Penuntut Upnm Dipenjara 18 Tahun 12 Rakan Mereka Dipenjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 387 hits
Susulan kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang didapati bersalah menyebab...
Enam Penuntut Upnm Terlepas Hukuman Mati Bunuh Zulfarhan

Enam Penuntut Upnm Terlepas Hukuman Mati Bunuh Zulfarhan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 448 hits
Oleh NORLIZAH ABAS ALLAHYARHAM Zulfarhan Osman Zulkarnain KUALA LUMPUR Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terlepas daripada sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadap kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut universiti...
Kes Kematian Zulfarhan 90 Tekapan Seterika Wap Sebabkan Kematian Tetapi Bukan Niat Membunuh Hakim

Kes Kematian Zulfarhan 90 Tekapan Seterika Wap Sebabkan Kematian Tetapi Bukan Niat Membunuh Hakim

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada anggota badan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain...
Sama Ada Dia Bapa Abaikan Anak Anak Atau Simply Bebal Dr Say Tegur Jangan Ambil Mudah Isu Depresi Isteri

Sama Ada Dia Bapa Abaikan Anak Anak Atau Simply Bebal Dr Say Tegur Jangan Ambil Mudah Isu Depresi Isteri

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 431 hits
Doktor dan pengacara Dr Say Shazril menasihatkan para suami agar tidak mengambil mudah isu depr3si isteri Dr Say mengulas perkara itu berdasarkan tularnya seorang individu lelaki memberikan komen berbaur biad4p terhadap video seorang suri r...
Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

Rm91mil Spent Under Sara Initiative In 2 Days

Probe Pas Man For Racial Remarks On Perak Sultan Case Dap Youth Chapters

Kad Kredit Terbaik Untuk Ganjaran Cashback Isi Minyak

Kapasiti Terminal Sara Ditingkatkan 60 Peratus

Cara Masak Pad Kra Pao Daging Sedap Resipi Asli Selatan Thailand

5 Polis Ditahan Sprm Disyaki Minta Suapan Rm9 000

Chinese Conglomerate To Invest Rm820mil In Johor R D Hub Says Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Tiru Flexing Qarun Dampak Pamer Harta Di Media Sosial

Best Dinner Recipe Using Ground Turkey

Kejohanan Badminton Dunia Paris 2025

Hati Nora Danish Dicuri Jejaka Berkopiah

Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap Rasa Masam Manis Pedas Perfect

Bila Cerita Itu Ujian Kepercayaan