Nasi Lemak Tanpa Santan Mudah Dan Sedap
Telah lebih 10 tahun saya menulis blog yang umpama diari harian saya juga. Tempat saya berbicara. Kali ini saya tidak lagi aktif seperti dulu. Saya menulis hanya bila saya rasa, ada semangat dan motivasi untuk menulis sahaja.
Saya tak pasti kalau selepas ini, saya akan private kan akaun blog kerana domain yang saya guna ada tempoh masa. Jika tidak diperbaharui, ianya akan hilang begitu sahaja.
Kadang kadang saya ada juga rasa kecewa, bila tidak ramai yang baca atau menonton video yang saya buat menyebabkan saya rasa ianya tidak berbaloi dengan masa yang diperuntukkan. Kalau sekadar untuk share resipi, boleh jer guna cara yang lebih mudah.
Tapi bila mengenangkan ada 500 orang yang sentiasa setia untuk masuk dan klik iklan iklan di blog saya setiap hari menyebabkan saya meneruskan juga menulis walaupun dalam kesuntukan masa. Mungkin mereka follower setia blog Azie Kitchen. Mungkin...
Kalau semalam saya kongsikan resipi sambal nasi lemak, hari ini saya akan kongsikan rakan baiknya iaitu nasi lemak. Boleh klik entri sambal di SINI. Nasi lemak saya hari ini sedikit berbeza dari kebiasaannya kerana saya memasak nasi lemak tanpa menggunakan santan.
Jika suka santan, gantikan air dengan santan. Tak perlu guna minyak masak jika menggunakan santan segar. Kita masukkann sedikit minyak jika menggunakan santan kotak sahaja.
Bila memasak, sekali sekala buat kelainan supaya ada kelainan rasa. Tidaklah kita rasa boring dengan rasa yang sama sahaja kan.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Video penyediaannya ada di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Nasi lemak Tanpa Santan Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:2 pot beras - cuci dan toskan2 sudu besar susu pekat2-3 biji buah pelaga1 kuntum bunga lawang1 sudu besar minyak masak½ sudu kecil gara3 pot air atau secukupnya2 helai daun pandan
Bahan hiris:2 biji bawang merah 1 ulas bawang putih ½ inci halia
Cara cara:Cuci bersih dan toskan beras. Masukkan semua bahan dan air secukupnya.
Masak nasi macam biasa dengan periuk elektrik.
Hidangkan nasi lemak dengan sambal ikan bilis, telur samada telur rebus atau telur goreng dan timun. Jika suka boleh masukkan ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng.
Nota:Jika suka nasi lemak bersantan, gantikan air dengan santan. Tak perlu guna minyak masak jika menggunakan santan segar.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2023/03/nasi-lemak-tanpa-santan-mudah-dan-sedap.html