9 Jenis Resepi Air Berbuka Puasa
9 Jenis Resepi Air Berbuka Puasa
Air Mata Kucing
#1 Resepi Air Mata KucingBahan-bahan yang diperlukan :
Buah mata kucing kering secukupnya1 buku gula melaka2 buku gula batuGula mengikut kemanisanAir secukupnyaDaun pandan di simpul
Cara-cara penyediaannya :
1. Cuci buah mata kucing hingga bersih
2. Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan
3. Rebus sehingga kembang dengan api sederhana
4. Masukkan pula gula melaka, gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat
5. Perasakan gula dan siap dihidangkan panas atau sejuk
Ekspresso Ais
#2 Resepi Ekpresso Ais
Bahan-bahan yang diperlukan :2 sudu kecil kopi espresso segera1 sudu besar susu pekat manis1 cawan air panas1 sudu teh serbuk coklat1sudu kecil sirap coklatAir batu secukupnyaKrim putar
Cara-cara penyediaannya :
1. Larutkan kopi, susu pekat, serbuk coklat dengan air panas, kacau rata
2. Tuangkan ke dalam gelas atau cawan. Masukkan air batu secukupnya
3. Jika suka, letak krim putar di atasnya bersama sirap coklat
4. Sedia dihidangkan
Laici Asam Boi
#3 Resepi Air Laici + Asam Boi + Lemon + Soda + Serai
Bahan-bahan yang diperlukan :1 tin laici1 batang seraiSedikit asam boi1 botol ice cream Soda F&N biru2 biji lemon
Cara - cara penyediaannya :
1. Masukkan 1 tin laici, 1 batang serai yang sudah diketuk, sedikit asam boi ke dalam bekas
2. Masukkan pula 1 botol ice cream Soda F&N biru bersama 2 biji lemon
3. Kacau sebati dan siap untuk diminum
Air Dragon mix Fruit
#4 Resepi Air Dragon mix Fruit
Bahan-bahan yang diperlukan :Buah naga merahBuah mangga masakBuah anggur manis1 tin laiciSusu pekat manisAir masakSedikit ais
Cara - cara penyediaannya :
1. Potong dadu semua buah
2. Campurkan semua bahan-bahan dan masukkan ais
3. Siap untuk dihidang
- Pewarna adalah dari buah naga, tak perlu campur apa apa pewarna
Jus Kedondong
#5 Resepi Jus Kedondong
Bahan-bahan yang diperlukan :12 biji buah kedondong10 biji asam boi jenis putih4 biji limau kasturi, perah limaunya3 liter air mineral/air berpenapisSetitis pewarna hijau (pilihan)Gula secukup rasaAIs kuib secukupnya
Cara - cara penyediaannya :
1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 senduk gula pasir shingga gula larut
2. Cuci buah kedondong sehingga bersih atau boleh kikis dengan pisau kulit buah
3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepika
4. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya
5. AIr rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug
6. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis boleh tambah gula
7. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi, kacau dan biarkan sekejap
8. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh dihidang
Teh Ais Cincau
#6 Resepi Teh Ais Cincau
Bahan-bahan yang diperlukan :Teh serbukSusu full creamGula - ikut sukan yang korang nak buatBuah pelaga/kayu manis atu cengkihCincau
Cara - cara penyediaannya :
1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan
2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah
3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana
4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dah sedap, bolehlah tutup api
5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau
#7 Resepi Air Jagung Viral
Bahan-bahan yang diperlukan :
AirKordial jagung secukupnya1 tin susu cair brand Ideal - apa apa brand pun boleh2 sudu besar susu pekat manis1/2 tin jagung manis Ayam Brand dalam tinGula secukup rasaAiskrim vanilla - optional
Cara - cara penyediaannya :
1. Masak air bersama gula. Nisbah air dengan gula adalah bersamaan 1 kole air : 6 sudu besar gula
2. Masak air yang telah dicampurkan gula sehingga larut dan mendidih
3. Masukkan kordial jagung secukupnya dan masak lagi sehingga mendidih
4. Masukkan susu cari dan jagung dalam tin
5. Tutup api dan masukkan susu pekat manis secukup rasa, biarkan sejuk
6. Tuangkan ke dalam gelas bersama ketulan ais. Boleh juga letakkan aiskrim vanilla diatasnya.
#8 Resepi Air Katira
Bahan-bahan yang diperlukan :
Air1 tin susu cair1 tin susu pekat1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup btol esen)Pewarna hijauGula secukup manisCincauBiji selasih (rendam bagi kembang dulu)
Cara - cara penyediaannya :
1. Masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna ke dalam bekas
2. Kacau sehingga sebati
3. Kemudian, masukkan air, ais dan gula. Kacau sebati dan masukkan cincau dan selasih
#8 Resepi Air Laici Kang
Bahan-bahan yang diperlukan :
Air gula atau air sirapSedikit agar-agar berwarnaBarli yang telah direbusBuah kabungBuah laici dalam tinSedikit isi cendolCincau1 sudu besar katirah (direndam selama 4 jam)2 sudu besar biji selasih (direndam selama 5 minit)506 biji buah kembang semangkuk (direndam selama 5 jam)
Cara - cara penyediaannya :
1. Campurkan kesemua bahan di atas
2. Kacau sehingga sebati
3. Siap dihidangkan dan diminum
sumber
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2023/04/9-jenis-resepi-air-berbuka-puasa.html