Nasi Lemak Sotong Buncit


Assalamualaikum WBT


Pada mulanya semalam, Pak Inche kata, malam nak makan Sotong Masak Kicap. Aisehhhmannn, masak kicap lagi. Turutkan ajelah sebab senang kerja lagipun sotong-sotongnya tu dah lama sangat simpan. Hari khamis kan balik cepat,  adalah masa nak masak. Sekali, bila dah kekenyangan makan apom di Ashoka Curry House, PI berubah fikiran, nak makan nasi lemak pulak. Dua kali tanya, nak makan nasi putih dengan sotong masak kicap atau nasi lemak? Nak nasi lemak jugak. Kuturuti...




Hari tu nampak seseorang kongsi cara dia masak nasi lemak dengan menambah sedikit minyak masak dan sesudu gula pasir. Sk tiru letak minyak masak tapi tak letak gula. Macam janggal pulak nak letak gula dalam masakan. Sk cuma letak gula kalau masak sambal tumis. 


Guna serbuk santan kelapa jenama S&P. Sebelum letak tu, Sk hidu dulu, wangi betul, macam untuk buat kuih. Bila tengok gambar ni baru perasan ada perkataan PANDAN. Risau jugak takut nasi lemak rasa kuih talam, hahaha, tapi okey aje, sedap juga guna jenama ni cuma ambil masa sikit nak larutkan serbuk santan tu


Resepi Nasi Lemak Sk

2 pot beras4 tbs serbuk santan kelapa Garam secukupnya3 biji bawang merah dimayang1" halia hiris kasar1 tsp halba1tbs minyak masakAir secukupnya

Cara-cara :
1. Cuci beras bersih dan masukkan air secukupnya

2. Masukkan semua bahan lain, kacau sehingga serbuk santan kelapa larut

3. Masak nasi seperti biasa, kacau ratakan santan ketika di pertengahan proses memasak

4. Masak hingga nasi kering





Sambal kosong jer, itu pun guna cili kisar cap Terengganu yang masih ada stok lagi. Rasanya lepas ni memang malas dah nak kisar cili sendiri sebab dah jumpa jenama cili kisar yang okey macam cap Terengganu ni



Sambal Kosong

4 tbs cili kisar1 biji bawang besar kisar halus bersama sedikit minyak masak1 tsp belacan, larutkan dengan sedikit air1 tsp pes asam jawaGaram secukup rasa3 tbs gula pasirSedikit airSedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak, lebihkan sedikit


2. Tumis bawang kisar hingga berubah warna dan terbit minyak


3. Masukkan cili kisar, masak lagi sehingga terbit minyak dan kacau sekali sekala, tambah sedikit air


4. Masukkan garam, gula pasir dan belacan serta pes asam jawa. 

5. Tambah sedikit lagi air, kacau lagi hingga terbit minyak. Renihkan seketika. Aaaa.. shiap




Telur lenggang is wajib. Guna 3 biji telur, sedikit garam, pukul guna garfu. Kemudian goreng dengan sedikit minyak nipis-nipis dalam kuali leper sehingga habis. Dah siap goreng, potong bentuk segi empat, orang sekarang panggil telur simkad, hahahaha




Goreng ikan bilis sikit untuk PI. Sk tak suka, masin




Aaa.. ni Sk suka, Sotong Buncit, heheheh. Buncit tu sebab Sotong bertelur. Asalnya konon nak buat Sotong Goreng Tepung tapi tiber rasa macam penat sangat pulak. Jadi, tukar jadi Sotong Buncit ala-ala lauk kedai-kedai nasi lemak viral. Lepas siap goreng telur, tambahkan sikit minyak baki goreng ikan bilis, letak Sotong ni sekor-sekor. Kemudian ada pulak baki sambal tumis kosong sebelum ni Sk letak atas sotong dan biar dia masak ala-ala Sotong Bakar Sambal. Gerek sehhh




Tak cukup korum sebenarnya sebab tak ada timun dan kacang tanah goreng tapi bagi PI, dua benda tu tak ada tak apa, janji ada ikan bilis dengan telur lenggang, mesti makan tambah nasi punya!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/11/nasi-lemak-sotong-buncit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asyik Masak Sambal Saja Cuba Buat Sotong Masak Lemak Padang Memang Menambah Nasi

Asyik Masak Sambal Saja Cuba Buat Sotong Masak Lemak Padang Memang Menambah Nasi

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 172 hits
Selain sedap dibuat sambal goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang Bahan bahannya lebih daripada masak lemak biasa tapi inilah y...
Nasi Lemak Permintaan Dania Dan Suami

Nasi Lemak Permintaan Dania Dan Suami

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum Dua beranak tu kan sepakat je selalu nak pergi mana nak makan apa tukang rancang suami tukang menyokong si Dania dua dua request nak nasi lemak Sambal ikan bilis gigih SA bangun awal masak nasi lemak Selalu PZ Yang masakkan ...
Sedap Ke Nasi Lemak Sambal Strawberry Pertama Kali Singgah Makan Di Abang Strawberry Cameron Highlands

Sedap Ke Nasi Lemak Sambal Strawberry Pertama Kali Singgah Makan Di Abang Strawberry Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 133 hits
Assalamualaikum Lamanya tak update pasal kisah kami berjalan jalan bercuti Asyik story review je kan Hari nie kalau boleh nak update kalau boleh 10 cerita Kita tengok sampai mana yer haha nbsp Sedap ke Nasi Lemak sambal strawberry Pertama k...
Nasi Lemak

Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 151 hits
Assalamualaikum Pagi tadi LM cuma masak nasi lemak telur rebus saja untuk family Kadang tu hari cuti memang LM gantung kuali kecuali mood rajin tu datang barulah memasak Nasi lemak ni nak buat tak lama pun sebab sambil goreng bilis dah bole...
Lunch Nasi Lemak Royal Kedah With Dania

Lunch Nasi Lemak Royal Kedah With Dania

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum Ya rabbi bila la nak habis citer JB ni nak start citer Ipoh plak ni hahaha see penyakit M melanda x kira masa ye dari Restoran Kari Kambing 40 hari lepas menapau lauk kambing tu kami berdua teruskan perjalanan ke Melaka berj...
Nasi Goreng Ikan Bilis Campur Telur

Nasi Goreng Ikan Bilis Campur Telur

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 161 hits
Nasi Goreng Ikan Bilis Campur Telur Dah berminggu minggu nieyl breakfast salad je tiba tiba pagi ni teringin betul nak makan nasi goreng Tapi nak masak yang simple simple je sebab nieyl pagi tak ada masa yang banyak untuk memasak sebab niey...
Makan Nasi Ayam Goreng Tomyam Di Restoran Thoufeeq

Makan Nasi Ayam Goreng Tomyam Di Restoran Thoufeeq

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 133 hits
Assalamualaikum WBT DALAM perjalanan ke pejabat pagi tadi matahari memancar terik Masa balik kerja semalam pulak hujan panas Sangka Sk pasti cuaca akan panas sepanjang hari ini tapi rupanya hujan turun selepas azan zohor berkumandang Alhamd...
Jauh Berjalan Dapat Makan Nasi Kandar

Jauh Berjalan Dapat Makan Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 115 hits
Assalamualaikum Tengahari tadi 12 30pm SA dan 2 orang lagi colleague yang merupakan AJK untuk Family Day hujung bulan ni ke Brickfield pergi check artwork untuk kupon family day Kupon tu nanti kami akan gunakan masa registration nanti gigih...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord

Criimson Atta Halilintar Dj Noiz Bebecita Chord