Nasi Lemak Sambal Udang Untuk Sarapan Dan Lunch


Bila WFH, kena pandai adjust time masak dan menu. Ada menu yang sesuai untuk sarapan pagi dan juga untuk makan tengahari seperti nasi lemak berlauk. Masak lebih sikit, korang makanlah sampai habis. Kalau nasi habis, nanti masak nasi biasa tambah. Jangan susahkan diri korang untuk masak-masak macam kat kedai. Tapi kalau jadual WFH korang tak padat, boleh ja masak macam kat kedai dengan bantuan maid pressure cooker, airfryer ataupun thermomix. 
Nasi Lemak Sambal Udang Untuk Sarapan Dan Lunch

Semalam penuh wall dengan perkataan bodoh bodoh. Orang muda sekarang mungkin tak faham bahasa kiasan tersebut. Yang dah kahwin dan mempunyai pengalaman berumahtangga memang faham akan ayat kiasan tersebut. Bukan menjadi bodoh betul tetapi bodoh bodoh tu bermaksud beralah. Follow the flow orang kata. Kalau kita sebagai wanita tak buat bodoh bodoh, orang lelaki selalunya fikir kita tak hargai mereka, tak dengar cakap mereka, mereka tak bantu pun takpa, aku tak buat hang boleh buat dan macam-macam lagi. Dalam konteks wanita yang tak berkahwin lagi.. buat bodoh bodoh bermaksud jangan tunjuk segala pencapaian yang korang dah capai, berapa banyak aset dan simpanan korang.. berlakonlah seperti tak punya apa-apa agar bakal suami berusaha untuk membina mahligai indah untuk bersama-sama melayari bahtera perkahwinan. Giteww! 


Bagi pasangan yang dah berkahwin pula, jangan tunjuk yang kau pandai, dan rajin sangat. Karang semua tanggungjawab tu dilepas kepada korang. Berpada-pada. Biar sama-sama memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.


Kalau sembang bab jodoh, bab perkahwinan memang tak jumpa penamatnya.. tak jumpa persetujuannya.. kadang-kadang wanita sama wanita yang gaduh. Lelaki? Rileks jer sebab kita gaduh pasal depa.. So, jangan gaduh gaduh lagi. 


Bagi CH, soal jodoh ni rahsia Allah. Kalau dah sampai jodoh, hang takmo kahwin pun Allah permudahkan segala urusan perkahwinan tu. Termasuklah bab tak suka dan benci sebelum kahwin.. Bila dah kahwin, Allah balikkan hati untuk suka dengan pasangan kita. Kun Fa Ya Kun.. 


Panjang pula bebelan pagi ni. Jom sarapan nasi lemak sambal udang... Nasi lemak hari ni special sikit sebab ada sambal udang, ayam goreng berempah, ikan bilis dan ikan talang kering. Telur yilek sebab CH malas nak ke kedai pagi-pagi. Makan sajalah apa yang ada kat rumah. 


nasi lemak sambal udang
Resepi Nasi Lemak Mudah Dan Sedap
nasi lemak

Bahan: 
3 cawan nasi ( utk 4 orang) 
RM 2 santan
1 batang serai - di titik
1 helai daun pandan - CH potong 4
1cm halia - di racik
1/2 biji bawang besar - di racik
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam secukupnya
air secukupnya


Caranya: 
Basuh beras dan masukkan santan. Tambah air seperti masak nasi biasa ( sukatan air ni termasuk santan). Guna rice cooker yer.
Masukkan halia, bawang, daun pandan,  serai kulit kayu manis, bunga lawang dan garam secukupnya. 
Masak nasi seperti biasa. Gaul rata apabila nasi dah kering. 
Sedia di makan dengan sambal, ikan bilis, telur ataupun ayam goreng berempah. 


Resepi Sambal Udang Sedap

sambal udang
Bahan
1/2 kg Udang - di bersihkan1 batang serai - ketuk3 sudu besar cili kisar 2 biji bawang besar - kisar3 ulas bawang putih - kisarminyakgaramgulaasam keping/ air asam jawa
Caranya
Panaskan minyak sehingga panas. Masukkan cili kisar. Masak sehingga agak garing/ berminyak. 
Setelah cili agak garing, masukkan bawang besar dan bawang putih yang di kisar  serta serai yang telah di ketuk. Biarkan sehingga sehingga mendidih

Masukkan garam, asam dan gula secukupnya

Setelah cukup rasa, masukkan udang. Biarkan sehingga masak. kacau sekali sekala agar tidak hangit di bawah

Sedia di makan dengan nasi lemak. 

Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah Dan Sedap

ayam goreng berempah
Bahan:
10 ketul ayam - dibersihkangaram secukupnyakunyit secukupnya1sb rempah kari ayam3sb Bestari Campuran Tepung Goreng Rangup Dan Serbaguna
Caranya:
Gaul semua bahan dengan ayam. Perap sekejap dalam 15 minit. Goreng sehingga garing. Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi lemak. 

Seperti biasa nasi lemak kena ada ikan bilis rangup barulah terangkat. Ikan bilis rangup ni takde resepi. Gorenglah ikut style korang. CH tambah ikan talang kering juga. Cuma dalam nasi lemak CH takdak kacang, timun dan telur. Kalau ada confirm lagi terangkat. Hahaha... 

ikan bilis goreng rangup
Okaylah. Selamat memasak, bekerja dan lain-lain lagi, Kita kan wanita serba boleh cuma buat bodoh bodoh jer,,, Hahaha





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2021/06/nasi-lemak-sambal-udang-untuk-sarapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen

Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 597 hits
Assalamualaikum semua Hari ini anda masak apa untuk sarapan Saya menyediakan nasi lemak yang simple sahaja Hidangkan dengan telur rebus timun dan rendang pedas ayam Alhamdulillah kenyang dan puas hati Sebelum itu jangan lupa untuk klik FOLL...
Nasi Lemak Onjohor

Nasi Lemak Onjohor

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 584 hits
Apsal pelik judul Nasi Lemak Kjee ni Hehehe saja lawak pagi Rabu Ini nasi lemak cara orang Johor buat Letak hirisan bawang halba dan halia Tapi kalau tak nak ok jer Masa mula mula dulu tahu orang Johor letak halba dan bawang Kjee rasa amat ...
Lempeng Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis Asam Pedas Untuk Lunch

Lempeng Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis Asam Pedas Untuk Lunch

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 604 hits
Assalamualaikum Rasanya ni last entry untuk hari ni hahaha sakan SA update blog hari ni sampai 4 entry sekali up tapi up lain lain time kalau tak naik PV sehari 10K x tau la hahaha bukan main target SA nak pv 10K sehari kan takpe kita cuba ...
Roti Canai Vs Nasi Lemak

Roti Canai Vs Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 371 hits
Assalamualaikum PAGI tadi puas berlegar di dapur memikirkan makanan yang perlu disediakan untuk sarapan Ada roti dah expired 3 hari lepas Nak buat telur separuh masak telur tinggal sebiji Nak buat American Breakfast macam baru jer makan har...
Menu Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas Memang Buat Bertambah Makan

Menu Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas Memang Buat Bertambah Makan

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 387 hits
Umpphh sedapnya kalau dapat nikmati lauk kegemaran waktu lockdown ni Tekak mengidam makanan laut setelah dah puas makan lauk pauk hari raya Muak pula rasanya Nah min cadangkan masakan yang boleh korang kecur liur Paduan rasa masam manis dan...
Nasi Lemak Cinta Dan Kasih Sayang

Nasi Lemak Cinta Dan Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 288 hits
Nasi Lemak Cinta Dan Kasih SayangBukan susah kite nak hepikan isteri kite Dah tahu musim PKP ni nak gi makan kat luar tak boleh Saya tahu isteri saya suke nasi lemak jadi kite buat sendiri Bagi dia rase air tangan kite plak Huhu Nasi lemak ...
Sambal Belacan Lebih Sedap Tahan Lama Buat Petua Ni Bertambah Makan Nasi

Sambal Belacan Lebih Sedap Tahan Lama Buat Petua Ni Bertambah Makan Nasi

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 336 hits
Sambal belacan dianggap sebagai pembuka selera bila makan dengan nasi Hanya satu lauk je ada nasi panas panas dan ulam sikit memang boleh bertambah makannya Cuma cara membuat sambal belacan ni ada pelbagai versi Tapi ingat sambal belacan ni...
Pagi Pagi Dah Makan Nasi Dan Sambal Sardin

Pagi Pagi Dah Makan Nasi Dan Sambal Sardin

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 576 hits
Pagi ni nak masak apa ek Soalan yang sendiri tanya sendiri jawab Otak pun mulalah jalankan tugas scan apa yang ada kat dapur tu untuk dimasak Ting Idea muncul terus Masak nasi dan lauk sardin je lah okay tak Soalan yang ditanyakan pada husb...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua

Malam Ni Kita Makan Mee Kuah Tulang Cara Utaqa Sebab Akak Orang Utaqa Penang

Individu Terkilan Ibu Kritik Gaji Sekolah Tinggi Tapi Gaji Macam Takde Sekolah

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx