Nasi Kerabu Ayam Madu Abby


Assalamualaikum...
SEMASA dalam perjalanan pulang dari Kong Kong, Sabtu lepas, Pak Inche sebut, lama tak makan sup tu ek.. sup apa tu... Bagaikan kimia, otak ni cepat mencerna, padahal pasal makan, memang nombor satu, kan 🤭 Sk terus tanya balik, Sup Kemboja? Aaaa..., jawab PI. Sk terus bersetuju dan kami terus masuk ke Plaza Tol Ulu Tiram. Sampai depan warung, nampak pemilik warung sedang berada di halaman. Gembira sungguh dia nampak kami tapi sayangnya hari tu dia tak berniaga, tak ada rezeki nak makan Kuey Teow Sup Kemboja yang sangat sedap tu 😆
Sebenarnya, masa masuk ke Ulu Tiram tu, Sk teringat Kedai Nasi Kerabu Ayam Madu Abby yang popular di Ulu Tiram. Seorang kawan Sk yang berasal dari Kelantan memuji kesedapan nasi kerabunya dalam fb baru-baru ni. Kalau Kelantanese kata sedap, haruslah kita percaya. Jadi, bila tak dapat Kuey Teow Sup Kemboja, Sk mengajak PI mencari nasi kerabu menggunakan waze sebab tak pernah pergi.

Yey, jumpa. Mujur masa Sk sampai, tak ramai yang beratur, tapi bila selesai jer urusan, orang dah beratur sampai ke kaki lima. Selain nasi kerabu, gerai ini menjual pelbagai lauk-pauk selera pantai timur. Melihatkan nama kedai, tentulah nasi kerabu yang menjadi tumpuan. Nasi kerabunya telah siap dalam bungkusan kertas cuma tinggal dimasukkan lauk mengikut permintaan pelanggan


Memang rambang mata la tengok lauk, kan.. tapi Sk tak mudah tergoda. Hatiku tetap dengan nasi kerabu walaupun ada lauk hati gajah sekalipun, cintaku tetap pada nasi kerabu 😂. Mujur pulak bersebelahan dengan kedai ni ada kedai mamak, jadi, Pak Inche boleh layan selera dia


Signature di sini, Nasi Kerabu Ayam Madu. Selalu Sk makan dengan daging, hari ni kita cuba kelainan jika dimakan dengan ayam. Mula-mula kita gaul dulu.. masha Allah.. nasi kerabunya lembab-lembab gitu, boleh jumpa sekuntum dua bunga telang yang dimasak bersama nasi. Ayamnya pun lembut, walaupun bermadu ada madu tapi tak manis...secukup rasa gitu


Iman memang suka daging jadi, lauk daging bakar untuk dia. Jujur, daging bakar dia walaupun lembut tapi tak ada rasa bakar, aroma bakar pun tak ada. Jadi, kalau datang sini lagi, tak mahu ambil daging la, ambil ayam, sedappp. Tapi lain kali, Sk nak makan dengan ikan percik pulak la 😍. Sebungkus nasi kerabu ayam harganya RM6 dan RM7 bagi daging. Kalau nak tambah telur masin (sebelah) RM1, nak tambah solok lada RM1, tapi masa ni solok lada dah habis pulak


Di kedai sebelah, PI tapau Set Puri dan Roti Canai sekeping. Puri dan roti canai agak liat, mungkin sebab dah sejuk tapi kentang masala dia sedappppp uiii


Tapi, yang sebenarnya, masa kat Kong Kong tu, kami dah beli nasi lemak bungkus dan kuih gendang kasturi, hehehe. Dah dapat nasi kerabu, nasi lemaknya letak tepi dulu.  Dah pukul 2.30, ajak PI makan nasi lemak, tapi sambalnya macam dah nak basi, nasinya masih elok lagi. Tapi, apalah erti nasi lemak tanpa sambal.. huhuhu















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/09/nasi-kerabu-ayam-madu-abby.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reronda Cari Makan Usop Nasi Kerabu Kampung Ulu Pulai

Reronda Cari Makan Usop Nasi Kerabu Kampung Ulu Pulai

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 473 hits
Reronda Cari Makan Usop Nasi Kerabu Kampung Ulu Pulai Nasi lemak daging bakar ni memang aku saja ja minta dia buatkan Daripada letak ayam aku minta dia letak daging bakar Memang best makan daging bakar dia As always Mama akan amik nasi kera...
Pengasas Nasi Ayam Hainan Cabai Hijau Alor Setar Meninggal Dunia Sebagai Pesakit Kanser Takziah

Pengasas Nasi Ayam Hainan Cabai Hijau Alor Setar Meninggal Dunia Sebagai Pesakit Kanser Takziah

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 518 hits
Khabar duka ini mengejutkan seluruh warga maya selepas pengasas Nasi Ayam Hainan Cabai Hijau Alor Setar dikhabarkan telah meninggal dunia Arwah yang mengalami kanser tulang belakang dimaklumkan sudah bertahun survive sebagai pesakit kanser ...
Lunch Nasi Ayam Penyet Dengan Ayam Goreng Garing

Lunch Nasi Ayam Penyet Dengan Ayam Goreng Garing

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 1247 hits
Lunch Nasi Ayam Penyet Dengan Ayam Goreng Garing Tadi balik kerja saya ternampak orang jual nasi ayam penyet di tepi simpang jalan nak balik ke kawasan perumahan saya Sebab perut lapar dan tengok gerai tu tak ada pelanggan maka saya pun sin...
Resepi Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 525 hits
NASI AYAMBAHAN 1 ekor ayam di potong 4Rebus ayam air dalam periuk bawang putih 5 ulas halia sebesar ibu jari nak 2 yang ditumbuk kasar Rebus hingga ayam betul betul masak Toskan dan simpan air rebusan ayam untuk masak nasi sup dan kicap Bah...
Nasi Ayam Geprek Resepi Che Nom

Nasi Ayam Geprek Resepi Che Nom

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 1380 hits
Cubaan pertama Azie masak Nasi Ayam Sambal Geprek Hidangan inspirasi dari negara jiran Indonesia Alhamdulillah suami kata jadi elok dah ni Rasa pun sedap dooh Suami bagi thumbs up Makan pun bertambah Sebagai isteri haruslah rasa bahagia jiw...
Rahsia Masak Nasi Ayam Roasted Paling Padu Sedap Giler

Rahsia Masak Nasi Ayam Roasted Paling Padu Sedap Giler

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 362 hits
Sedapnya Nasi Ayam Roasted ni Pasti ramai yang tengah tercari cari resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan buat keluarga Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang mudah dan sedap yang harus anda cuba Ada rahsia tau ...
Reban Ayam Lebih Berintegriti Dan Mulia

Reban Ayam Lebih Berintegriti Dan Mulia

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 566 hits
Dah lama tak balik kampong dah lama tak jenguk reban ayam Masih kekalkah berintegriti dan terus dihormati Hasil mereka bersidang waktu malam dapatlah kami kutip hasilnya waktu pagi untuk terus meng alas perut kluster halalan toiyibban
Resepi Kerutuk Ayam

Resepi Kerutuk Ayam

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 559 hits
RESEPI KERUTUK AYAM 1 2 ekor ayam 1 cawan santan2 sudu kerisek7 tangkai cili kering 6 ulas bawang merah3 ulas bawang putih2cm halia1 batang seraiRempah 4 sekawan 1 2 bungkus rempah kerutuk adabi1 2 bungkus rempah kari adabiAirMinyakGaramGul...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B