Nasi Kandar Ramli Pekan Lama
Assalamualaikum...
SATU-SATUNYA alasan semasa Pak Inche mengajak ke Pulau Pinang, adalah semata-mata kerana rindu sangat nak makan nasi kandar. Walaupun dah ada beberapa kedai nasi kandar di JB, namun tak sama ya originalitinya berbanding makan di tempat asal. Beberapa kali ke Ipoh, seingat Sk belum sekali pun kami pergi makan nasi kandar. Perlu diingat ya, Nasi Ganja atau Nasi Vanggey yang ada di Ipoh ni bukanlah nasi kandar, nampak sama tapi tak sama tapi antara ketiga-tiganya ada persamaan yang tidak boleh didapati apabila kita makan nasi kandar di Pulau Pinang.
Bila Pak Inche memberitahu, dia memasang waze menuju ke Kedai Nasi Kandar Pekan Lama, Sk terus terbayang Nasi Kandar Sivagangga Salleh yang viral apabila taukenya tidak mematuhi SOP apabila pulang dari India. Ialah, kita cuma nak berhati-hati aje, kan. Dahlah namanya Pekan Lama, terbayang pekan koboi yang dah lama ditinggalkan, kahhhh. Rupanya, kedudukannya masih di dalam bandaraya Ipoh cuma bukan di pusat bandar jer. Di sini, terdapat deretan kedai nasi kandar termasuklah Nasi Kandar Pekan Lama yang memang namanya begitu. Selain itu, ada dua atau tiga kedai nasi kandar lain. Disebabkan NKPL tu dah habis lauk pauknya, kami memilih makan di kedai sebelahnya iaitu Nasi Kandar Ramli Pekan Lama.
Pelik, kedai sebelah dah licin lauk cuma tinggal kepala ikan tapi di sini masih banyak lagi. Rupanya waktu operasi mereka ni tak sama. Ada yang buka awal sikit, ada yang buka lambat sikit. Penduduk asal Ipoh tentu dah maklum dengan waktu operasi di Pekan Lama ni dan apa yang Sk nampak kebanyakan pelanggan yang datang merupakan penduduk tempatan berbanding dengan Kedai Nasi Ganja yang kita boleh nampak kebanyakannya adalah pelencong-pelencong, hahahaha. Sebelum masuk ke dalam kedai ni, Sk perati semua pergelangan tangan orang yang ada di situ terutama pekerja dan tauke kedai kot la ada gelang pink, kan, huhu. Tapi, fikir balik, sekarang siapa yang balik dari oversea semua dah kena kuarantin wajib jadi dah tak bimbang sangat la
Lauk pilihan Sk ikut lauk pilihan Pak Inche sebab malas nak bercakap banyak. Suruh aje buat lauk sama. Ayam goreng, sayur, telur masih, hati dan pedal ayam, kuah campur. Haaa.. tadi Sk bagitahu ada satu persamaan antara nasi ganja, nasi vanggey dan nasi kandar di Ipoh ni, kan. Yang sama tu adalah sesudu sambal kelapa yang diletakkan akhir sekali di dalam pinggan sebelum diberi kepada pelanggan. Kiranya macam sambal belacan la. Yang ni, kalau kita pergi Penang, tak ada, tapi di Penang ada kuah dari ayam masak kicap
Licin.. terlerai ko rindu dengan nasi kandar Penang, tak ingat terus, sedap teruk ni, hahaha
Disebabkan semalamnya kami langsung tak makan nasi, jadi Sk susun jadual elok-elok supaya hari kedua di Ipoh ni terisi dengan itenary yang tersusun elok. Masa sarapan pun kami tak mentekedarah macam selalu, hahaha. Cukup-cukup untuk alas perut, dah dapat nasi kandar, syukurrrrr
Burpppp! Alhamdulillah
Deretan kedai nasi kandar ini terletak di hadapan Rumah Pangsa Jln Bijih Timah Mbi, 125, 30000 Ipoh, Perak
Ada Nasi Kandar JK, Nasi Kandar Ramli dan Nasi Kandar Pekan Lama. Lain kali datang, kena try pulak yang NKPL ni, tengok siapa lagi power, hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/09/nasi-kandar-ramli-pekan-lama.html