30.10.2019 - Saya beli satu pek daun limau purut. Basuh bersih, toskan dan tekap-tekapkan menggunakan tisu dapur supaya kering. Sediakan dulang atau pinggan besar, ikut mana yang muat dalam peti sejuk beku kitalah. Alaskan dengan tisu dapur dan letakkan daun limau purut tadi. Selerak-selerakkan. Kalau guna dulang lagi bagus sebab tak berkumpul gini. Kemudian simpan dalam peti sejuk beku selama beberapa jam atau semalaman. Tujuan buat gini supaya daun limau purut dapat disejuk bekukan secara sekata
31.10.2019 - Inilah rupa daun limau purut selepas semalaman saya sejuk bekukan ia
Lepas keluar dari peti sejuk beku, terus masukkan dalam bekas yang bertutup rapat atau dalam beg plastik berzip. Catatkan nama herba dan tarikh mula simpan. Kemudian boleh simpan semula dalam peti sejuk beku. Keluarkan sikit setiap kali nak guna
02.09.2020 - Inilah rupa daun terakhir yang saya guna semalam, setelah 10 bulan disimpan! Memang cukup lama. Dari rumah di Negeri Sembilan siap bawa pindah ke sini (rumah Pulau Pinang). Dah sekian lama barulah warna daun berubah. Selama ni saya guna memang elok je warna hijau. Dari segi aroma, memang masih kekal. Setiap kali buka bekas tadi, terus terbau aroma segar daun limau purut
Sempatlah daun terakhir semalam saya masukkan dalam tomyam ni. Lepas ni kena beli lagi dan boleh buat cara simpan gini lagi. Memang puas hati dan mudah untuk saya yang tak menanam pokok limau purut ni|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |