Nasi Kambing Bakar Kuih Bakar Burnt Cheese Di Hannan Cawan Manis
Warga Puncak Alam, Saujana Utama atau kawasan kejiranan yang berdekatan, kalau nak makan kambing bakar yang sedap, boleh lah ke Hannan Cawan Manis.
Terletak di No. 42, Jalan Puncak Alam Jaya 16, Bandar Puncak Alam, saya suka cafe ni.
Nasi Kambing bakar menggunakan beras Basmati, Kambing bakar nya lembut dan sedap, dicicah dengan kicap yang rasanya buat saya terfikir “macamana nak buat kicap ni eh? Sedap betul!” Percaya tak saya habiskan semua yang ada dalam pinggan ni? Sikit pun tak bersisa sebab sedap Ya Amat!
Spagethi Aglio Olio bersama ayam bakar dan garlic bread - yang ni pun sedap. Spageti cukup lembut dan secukup rasa .. lemak-lemak sikit sebab ada cheese tabur. Perah lemon untuk variasi kan lagi rasa dia dan ayam tu .. sangat ‘juicy’ tak kering. Habis sepinggan Della makan. Sedap
Yang penting di sini ada macam-macam jenis kek. Kami pilih Kuih Bakar Burnt Cheese Cake iaitu kuih bakar tradisional yang divariasikan dengan ditambah cheese dan dibakar menggunakan teknik ‘burnt’. Sedap! Tak terlalu manis seperti kuih bakar tradisional kita tapi ada sedikit rasa lemak-lemak cheese. Sesuai untuk mereka yang mahukan pemanis mulut selepas makan tapi mahukan sesuatu yang tak terlalu manis. Credit to Della kerana dia yang pilih kek ni. Pandai dia pilih. Sesuai untuk kami yang “sedang-sedang saja” ni .. tak tua dan tak jugak muda .. gitewww
Habis sepinggan. Percaya lah ..
Sedap kata Della and yes! We love the food presentation too. Belum makan dah nampak menyelerakan
Definitely a good place to dine in sebab suasana cafe sangat cosy dan selesa. Very minimalist concept tanpa ada susunan perabot atau dekorasi yang memberatkan pandangan. Tenang-tenang saja bila berada di sini. Owner pun peramah. Terima Kasih! Nanti kami datang lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2023/12/nasi-kambing-bakar-kuih-bakar-burnt.html