Siapa Nak Bakar Menteri







Rafizi Ramli


Berhari-hari meroyan seorang aktivis maya (cyber activist) pembangkang selepas kena cuit dengan saya.


Ada pelbagai reaksi kepada langkah saya melayan kandungan-kandungan aktivis maya ini. Sebahagian besar menyokong (berdasarkan maklum balas di media sosial), segelintir merasakan seorang menteri tidak boleh bersuara.


Ada dua jenis yang berhujah menteri tidak boleh bersuara. 


Pertama, mereka yang merasakan menteri mestilah menjaga standard sendiri dan tugas menjawab serangan aktivis maya ini adalah tugas cyber trooper. Saya rasa mereka kebanyakannya dari kalangan pengundi atas pagar.


Kedua, kumpulan yang menjawab “menteri tumpu buat kerja menteri”, seolah-olah memberi pencerahan itu bukan tugas menteri. Pada pemerhatian saya, kebanyakan yang berhujah begini adalah aktivis maya pembangkang.


Namun secara keseluruhannya, majoriti reaksi di media sosial menyokong langkah menangani dakyah pembangkang ini secara berdepan.


Sebab itu saya cuit seorang yang menggelarkan dirinya YB Viral. Dia bukanlah penting atau berpengaruh pun, tetapi reaksinya sebelum, semasa dan selepas dicuit menggambarkan watak sebenar aktivis maya pembangkang.


Sebelum dicuit, mereka adalah jenis yang suka mempertikaikan segalanya. Kalau pertikaian itu berasaskan fakta dan perspektif yang benar, saya kira itu boleh diterima.


Tetapi pertikaian yang dibawa berunsurkan maki hamun, jeritan dan emosi kerana mereka tidak faham pun isu-isu ekonomi yang cuba dibawa.


Semasa dicuit, mereka menggelabah dan menggelupur. Terbongkarlah watak mereka yang sebenarnya hanya berani baling batu sembunyi tangan.


Mereka tidak berani berhujah di depan, mereka lari jika dicabar dan mereka takut dengan tindakan undang-undang (kerana mereka tahu banyak kandungan mereka melanggar undang-undang jika dibawa ke mahkamah).


Selepas dicuit, mereka akan pusing untuk mengalih tumpuan kepada perkara-perkara picisan. Dalam kes YB Viral, hujahnya berkisar mengenai “debat dan podcast”. Konon podcast itu bukan debat, sedangkan semua orang tahu podcast adalah platform. Sebarang perdebatan boleh sahaja dibuat di mana-mana platform - dalam dewan, TV, radio atau podcast di internet. Debat itu maksudnya bersemuka (bukan menjerit maki hamun di cermin).


Itulah tujuan saya - untuk menunjukkan watak sebenar aktivis maya pembangkang.


Sebab itu saya telah merancang untuk memulakan podcast YBM (rasminya bermakna Yang Berhormat Menteri, tetapi podcast ini bermakna Yang Bakar Menteri).


Peluang bersemuka di podcast (yang dirakam pada sebelah malam) bertujuan memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengan saya (tanpa menggunakan peruntukan, kerana kemunculan di televisyen menggunakan wang rakyaf apabila melibatkan air time).


Podcast YBM terbuka kepada sesiapa sahaja - ahli akademik, penyokong kerajaan, rakyat biasa dan terutamanya aktivis maya pembangkang.


Selain dari mereka yang ingin tampil secara sukarela untuk peluang membakar menteri, saya juga akan mencari aktivis-aktivis maya pembangkang yang banyak memainkan dakyah untuk tampil.


Saya akan cari mereka, jemput dan beri peluang bersemuka. Mereka berpeluang membakar saya, saya juga berpeluang membakar mereka.


Bagi saya, budaya begini lebih baik dari budaya maki hamun dan pertikai perkara picisan seperti yang dibawa aktivis maya pembangkang sekarang.


Siaran podcast Yang Bakar Menteri (YBM) akan bermula pada 8 Januari 2024 setiap dua minggu.


Siapa yang berani menyahut cabaran untuk membakar menteri dan berhadapan risiko kena bakar?


Mangsa pertama YB Viral sudah terbakar dan biarkan dia kepanasan menjerit di depan cermin keseorangan.


Jika ada watak yang cocok, siapa orang pertama yang akan bersemuka dengan saya pada 8 Januari 2024 ini?






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/siapa-nak-bakar-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Bidas Anwar Kekal Jadi Menteri Kewangan Dulu Kata Nak Berjimat

Pas Bidas Anwar Kekal Jadi Menteri Kewangan Dulu Kata Nak Berjimat

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 248 hits
agendaily com12 12 2023Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari Rombakan Kabinet dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak memadai dan masih melanggar manifesto yang dicanang canang sebelum ini oleh Pakatan Harapan Ketua Penerangan...
Ybm Yang Bakar Menteri

Ybm Yang Bakar Menteri

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 147 hits
Satu ancaman terbesar kepada usaha negara kita ialah berleluasanya budaya menyebarkan pembodohan yang kini diperturunkan kepada rakyat biasa yang meletakkan diri mereka sebagai pempengaruh Dengan adanya platform media sosial mereka berlelua...
Pum Mengalukan Pendirian Tegas Perdana Menteri Terhadap Kapal Dagangan Israel

Pum Mengalukan Pendirian Tegas Perdana Menteri Terhadap Kapal Dagangan Israel

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 348 hits
KENYATAAN MEDIA20 Disember 202307 Jamadil Akhir 1445HPUM MENGALUKAN PENDIRIAN TEGAS PERDANA MENTERI TERHADAP KAPAL DAGANGAN ISRAELPersatuan Ulama Malaysia mengalukan pendirian tegas YAB Perdana Menteri untuk tidak membenarkan kapal yang did...
Menteri Kesihatan Perancis Letak Jawatan

Menteri Kesihatan Perancis Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 158 hits
MENTERI Kesihatan Perancis Aurelien Rousseau telah mengemukakan peletakan jawatannya berikutan kelulusan undang undang imigresen yang kontroversi di Parlimen lapor media Perancis pada Selasa nbsp Akhbar Le Figaro dan Le Parisien melaporkan ...
Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita Sprm

Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita Sprm

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai di sini yang dikatakan milik keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat itu bertarikh 18 D...
Jangan Politikkan Isu Pindah Kuil Di Sentul Kata Menteri

Jangan Politikkan Isu Pindah Kuil Di Sentul Kata Menteri

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 219 hits
Jangan politikkan isu pindah kuil di Sentul kata menteri Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Dec 2023 10 49P
Video Jenderal Dudung Bakar Semangat Prajurit Orang Hebat Tak Dihasilkan Dari Kemudahan

Video Jenderal Dudung Bakar Semangat Prajurit Orang Hebat Tak Dihasilkan Dari Kemudahan

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 142 hits
VIDEO Jenderal Dudung Bakar Semangat Prajurit Orang Hebat Tak Dihasilkan dari Kemudahan
Afrika Tengah Sedia Bincang Perlombongan Berlian Dengan Rusia Kata Menteri

Afrika Tengah Sedia Bincang Perlombongan Berlian Dengan Rusia Kata Menteri

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 300 hits
Afrika Tengah sedia bincang perlombongan berlian dengan Rusia kata menteri Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 23
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear