Duduk berdua, masak macam 5 6 orang nak makan. Maigad!! Maafkan kami jarang masuk ke dapur. Tapi sejak PKP ini, alhamdulillah kami tergerak hati untuk belajar masak demi mengisi perut yang lapar. hahaha..
2 dish ini Oyah yang buat, tugas aku masak nasi sahaja harini. Yeahhh, mudah gila. If korang, nak buat ayam masak merah, senang sahaja. Tumiskan bawang putih bawang merah, dah garing masukkan lada mesin kacau hingga naik minyak, tuang cili sos, bubuh air, garam secukup rasa, taruk ayam yang digoreng tu. Gaul-gaul, siap
Nasi aku tadi ada bentuk bulat, tuptup dia tumbang maka tak terjadilah bentuk yang cantik
Seterusnya untuk penyediaan nasi jagung pula, bahan yang diperlukan adalah daun pandan, bawang putih, minyak jagung, dan jagung dalam tin seperti gambar di atas. Mula-mula, basuhlah beras tu dengan air bersih. Kemudian tumis bawang putih, dan daun pandan menggunakan minyak jagung. Dah elok masak masukkan dia ke dalam periuk nasi yang berisi beras tadi, kemudian masukkan jagung dalam tin tu berapa banyak nak letak. Aku makan berdua so aku letak half dari dalam tin tersebut. Sukat air beras seperti mana masak nasi biasa. Masukkan dalam periuk nasi, tunggu dia masak. Siap! Maka, terhasillah nasi jagung

Sagu gula mela ini senang je, panaskan air dalam periuk masukkan sagu dan air sirap. Kacau sehingga dia jadi bebola jernih dan angkat. Seterusnya panaskan air dalam periuk bubuh daun pandan, potong gula melaka 2 keping (saiz sedang). Kacau rata-rata sehingga gula melaka hancur. Salin dalam bekas lain. Nak dekat berbuka, pergi ambil gelas isi ais batu 3 4 ketul, masukkan air daun pandan warna coklat perang tu, masukkan susu cair (kami guna jenama Ideal kalau tak silap), last kali masukkan biji mutiara sagu pink colour tu ke atas. Kacau dengan sudu, dan hirupkan dengan penuh mengiurkan. Nikmat rasanya
Esok rancangnya nak masak ayam percik, harap-haraplah blender aku beli dekat Shopee sampai sebelum pukul 2.00pm esok. Sekali lagi, Salam Ramadhan Al Mubarak semua, moga puasa kali ini lebih barakah orang kata. Kurangkan kontroversi tingkatkan pahala. Aikk, macam tak kena je|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |