Nasi Goreng Untuk Ammar Yahya




Selama beberapa bulan ini, Nana akan tinggal di rumah kami bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian pada peperiksaan yang beliau akan duduki tidak lama lagi. 
Kali pertama saya bantu mengasuh cucu. Cucu cucu saya sebelum ini lahir ketika saya masih bekerja. Kali ini, saya telah bersara jadi saya ambil peluang untuk merasai keseronokannya menjaga anak kecil. Memberi Aliya minum dan bermain main dengan dia. Yang pasti, saya ada bibik yang menguruskan Aliya mandi, tukar pampers dsb. 
Sejak ada Aliya, saya dah rasa malas nak keluar rumah walaupun sekejap. Rasa macam tak nak berjauhan dengan dia. Jadi peluang untuk berada sepanjang masa dengan Aliya selama beberapa bulan ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk bersama Aliya.

Untuk sarapan hari minggu lepas, saya sediakan nasi goreng yang tidak pedas untuk Ammar Yahya. Seperti saya mendidik anak anak, Nana juga begitu. Ammar akan makan apa sahaja yang kami masak dan makan, cuma dikurangkan sedikit pedas. 
Saya tidak melayan dengan memasak pelbagai masakan mengikut selera anak anak. Hidup ini simple sahaja bukan hidup untuk makan. Saya tahu ada orang akan memasak ikut kegemaran anak anak. 
Anak A suka mee, masak mee. Anak B suka mee hoon, masak juga mee hoon pada masa yang sama. Oh tidak tidak, saya tidak akan didik anak saya seperti itu. Jika mereka tidak suka apa yang saya masak, mereka boleh masak sendiri atau order melalui grab. Hahaha. 
Bercakap bab nasi goreng ini, saya suka pelbagaikan cara memasak nasi goreng. Seperti cara kita memasukkan telur samada dimasuk terus dalam nasi atau dimasak scramble secara berasingan, penggunaan cili kering atau cili padi, penggunaan ikan jeruk atau ikan bilis.
Untuk nasi goreng hari ini, saya menggunakan bilis dan sayur kangkung. Wallaa sedap sangat. Pendek kata kalau menggunakan ikan bilis, pasti nasi goreng akan menjadi lebih sedap. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...

Nasi Goreng Ikan BilisOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 mangkuk nasi1 keping fish kek - opsyenalGaramSayur kangkung2 biji telur - kocakMinyak
Bahan tumbuk kasar:4 biji bawang merah3 ulas bawang putih2 sudu besar ikan bilis
Cara cara:Panaskan minyak dan masukkan telur. Setelah separuh masak, dikacau untuk menjadi seperti scramble egg.  Keluarkan dan ketepikan. 
Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi. Jika perlu, masukkan sedikit minyak.
Masukkan fish cake. Kacau rata.
Masukkan nasi dan sayur kangkung. Gaul rata. 
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan telur dan kacau rata. Setelah nasi kelihatan berasap, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/10/nasi-goreng-untuk-ammar-yahya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapur Fieza Sani Resipi Nasi Goreng Ikan Bilis Kicap Yang Senang Disediakan

Dapur Fieza Sani Resipi Nasi Goreng Ikan Bilis Kicap Yang Senang Disediakan

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 354 hits
Lama tak share resipi baru Kali ni menu resipi nasi goreng yang baru k fiezz terjumpa di Tik Tok Tengok cara penyediaan resipi nasi goreng yang ni senang je Jom lah try masak Nasi Goreng Ikan Bilis Kicap ni Mr hubby memang suka nasi goreng ...
Daging Goreng Kunyit Kelantan

Daging Goreng Kunyit Kelantan

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 259 hits
Kawan kawan dalam group WhatsApp universiti menghantar video petikan kuliah Ustaz Mat Esa Deraman berkenaan peringatan untuk orang yang berumur 60 tahun Dikatakan hidup di dunia macam hidup dalam air makin lama tekanan makin kuat Akan datan...
Tongkeng Goreng Kunyit Dengan Sayur Kacang Buncis

Tongkeng Goreng Kunyit Dengan Sayur Kacang Buncis

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 300 hits
Dalam minggu lepas aku terbaca post resepi dalam blog Azie Kitchen iaitu Dalam resepi tu kak Azie menggunakan bahagian tongkeng ayam berbanding isi ayam yang selalu digunakan dalam kebanyakan resepi Memang selalu kita jumpa resepi macam ni ...
Pengusaha Sebut Minyak Makan Merah Seharusnya Lebih Mahal Dari Minyak Goreng

Pengusaha Sebut Minyak Makan Merah Seharusnya Lebih Mahal Dari Minyak Goreng

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 237 hits
Direktur Eksekutif Gabungan Industri Minyak Goreng Nabati Indonesia Sahat M Sinaga mengatakan produksi harga minyak makan merah atau dikenal dengan minyak merah lebih mahal dibandingkan minyak goreng biasa Hal ini dikarenakan nutrisi alami ...
Sup Tulang Siam Style Hati Ayam Goreng Berlada

Sup Tulang Siam Style Hati Ayam Goreng Berlada

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 305 hits
Assalamualaikum Sedap makan hari ni dapat sup tulang banyak isi pas tu buat Siam Style macam yg Mak Pah nak pedas masam dan sedap SA rebus aje tulang tu dulu Noxxa dah rosak sebab terjatuhkan hari tu kan so jenuh skit nak tunggu daging tu e...
Sayur Taugeh Goreng Daun Kucai

Sayur Taugeh Goreng Daun Kucai

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 330 hits
Saya pasti kita semua pasti ada terbaca amaran akan berlakunya resesi di mana kita semua perlu berhemah dalam berbelanja dan patut menpunyai sekurang kurangnya 12 bulan gaji sebagai simpanan Secara idealnya kita perlu mengenepikan beberapa ...
Sotong Goreng Mamak

Sotong Goreng Mamak

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 269 hits
Bahan bahan Sotong 1 Kg 1 2 di buang kulit dan di belah 2 Cili padi dalam 10 biji sy tak letak sebab tak mkn pedas Bawang besar 1 biji Bawang Putih 2 biji Halia 1 2 inci Lada hidup merah 4 biji Lada hidup hijau 2 bijiBahan bahan di atas hen...
Hiburan Jilake Berhenti Jadi Perempuanlah Gembira Berjaya Goreng Telur Ramai Bitter Dengan Leona

Hiburan Jilake Berhenti Jadi Perempuanlah Gembira Berjaya Goreng Telur Ramai Bitter Dengan Leona

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 251 hits
Hantaran video terbaru dimuat naik oleh personaliti media sosial Kasih Iris Leona memaparkan dirinya berasa teruja berjaya goreng telur mata buat pertama kali mendapat perhatian ramai Leona yang kini berusia 20 tahun mengakui bahawa dirinya...
Restoran Masakan Sumatera Di Jerteh Terkenal Dengan Ayam Kampung Goreng

Restoran Masakan Sumatera Di Jerteh Terkenal Dengan Ayam Kampung Goreng

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 326 hits
Baru baru ini ke bandar Jerteh dan tiba waktu tengahari mencari destinasi makan tengahari Teringat ada sebuah restoran masakan Sumatera dekat dengan Pejabat Pos Jerteh dan J T Ia menjadi kegemaran mereka yang sukakan ayam kampung goreng Adm...
Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Apa Itu Ai Bot Kripto Dan Bagaimana Ia Jana Income Pasif

Income Pasif Kripto Mitos Atau Realiti

Cara Hilangkan Kabus Cermin Depan Kereta

Empty Page Selamanya Chord