Daging Goreng Kunyit Kelantan
Kawan kawan dalam group WhatsApp universiti menghantar video petikan kuliah Ustaz Mat Esa Deraman berkenaan peringatan untuk orang yang berumur 60 tahun. Dikatakan hidup di dunia macam hidup dalam air, makin lama, tekanan makin kuat. Akan datang macam macam penyakit, samada kita menjaga makan dan exercise, tetap penyakit akan datang.
Ini kerana fizikal ini tidak lagi sesuai, kulit ini dan badan ini tidak lagi mampu menahan tekanan dunia ini. Ianya kerana kita bukan milik di sini tapi kita milik akhirat. Akhirnya kita jatuh longlai mati, tak mampu bergerak dan tak mampu angkat kaki. Akhirnya kita berpindah ke negeri abadi.
Ini kita kena faham ingatan tentang mati, orang umur 60 tahun kena hati hati. Jangan ada hobi orang muda, jangan ada perangai orang muda. Kita telah berusia, kita telah berada di garisan penamat usia. Kita telah diberikan amaran berkali ganda. Sudah diingatkan dengan pelbagai cara, apa yang kita dengar dan kita lihat telah ada di depan mata kita.
Kematian sudah menjadi perkara biasa. Jangan main main. Ini masanya untuk kita selesaikan urusan kita dengan makhluk, jangan gaduh gaduh. Perbaiki hubungan dengan orang yang ada hak pada kita, selesaikan semua hutang hutang kita. Hutang ibadah hutang duit. Pulang pada Allah dengan tidak membawa dosa dan tidak membawa beban dunia supaya kita selamat di akhirat.
Sekadar itu sahaja peringatan buat manafaat kita semua. Jangan terlalu berkejar harta dunia. Tak ada guna menayang harta kekayaan. Bila berniaga kena betul. Jangan mengaku putih kerana produk kita, jangan mengaku kurus kerana produk yang dijual. Itu adalah satu penipuan yang berdosa. Setakat ini dahulu.
Saya tak pasti kenapa tapi lauk daging goreng kunyit Kelantan ini memang sangat saya sukai. Kalau tak berselera pun, saya akan jadi berselera bila ada lauk ini. Makan nasi putih dengan daging ini semata pun dah cukup. Gaulkan minyak yang melekat di daging ini dengan nasi putih. Wallaa sedap.
Menyediakan daging goreng ini sangat mudah tapi perlu tahu teknik yang betul supaya hasilnya sedap seperti daging goreng di Kelantan. Tidak keras dan tidak liat. Yang pasti kena ada kalau nak sedap ialah lada solok iaitu lada hijau muda yang digunakan untuk membuat solok lada.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Daging Goreng Kunyit Kelantan Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:350 daging - bahagian keting 1 sudu kecil serbuk kunyit/kunyit hidup tumbuk½ sudu kecil garam halus½ sudu kecil gula1 biji bawang besar kuning - hirisSedikit aji no moto3 tangkai cili solok - hiris2 tangkai cili merah - hirisMinyak masak
Cara-caraDaging dihiris lebar nipis dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit/kunyit hidup yang ditumbuk.
Masukkan daging ke dalam kuali dan masak seketika sehingga air daging keluar.
Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga daging empuk dan air hampir kering. Nota: masih ada sedikit air.
Tuang minyak dan goreng daging. Masukkan gula, bawang besar dan cili.
Masukkan serbuk perasa aji no moto, jika suka. Kacau rata dan tutup api.
Nota:Sedap dimakan dengan nasi putih, nasi kerabu, pulut kuning.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2022/10/daging-goreng-kunyit-kelantan.html