Nasi Goreng Thai
Dua minggu lepas, Kjee teringin sangat nak makan Nasi Goreng. Kjee selalu terliur tengok UnclePali makan kat gerai Malaya Kway Teow. Nak ke sana aritu baru teringat dia orang cuti Ahad
So kami ke foodcourt berhampiran Asrama Felda. Malas lah nak sebut nama gerai sebab kalau nak makan tomyam, itulah tempat kami. Takut dia baca ni, nanti ke sana lagi, food kami dicampur ubat gegat. 🤭😂😆 Menu Nasi Goreng berderet. Macam2 sampai Kjee tak tahu nak order apa. So order jer Nasi Goreng Thai. Tapi sangat keciwa. Yang datang nasi goreng warna kuning. UP kata macam nasi goreng kunyit Rasanya? Hmmm cukuplah sekadar Kjee jamah dua sudu
Pagi tadi Kjee masak nasi. Ingatkan nak suruh UP buat nasi goreng cili kering. Dia terer buat. Tetapi tengok dia tengah nak siap2 nak ke Mesjid, Kjee pun terai google Nasi Goreng Thai. Letak pes Tomyam sedap kata my fren Mazita Yusuf.
Wahhh bahan semua ada termasuk pes Tomyam! Lain-lain bahan adalah serai, lengkuas, cili padi, bawang besar, bawang putih, daun limau purut, sos tiram dan nampla. Oleh kerana ada kacang buncis, Kjee pun cuci dan gunting-gunting. Nasi memang sengaja dikurangkan air. Kjee lebih gemar guna nasi yang baru dimasak daripada nasi berbaki semalaman. Dah sejuk dikais-kais dengan garfu. Kemudian Kjee ricik semua bahan.
Tetiba pulak terfikir kalau makan dengan daging goreng kunyit pun okay jugak kan? So Kjee keluarkan daging sebanyak 200 grams, dipotong-potong dan gaul garam kunyit. Goreng dulu daging sampai garing. Tepikan. Menggunakan minyak sama masuk semua bahan hiris kecuali daun limau purut. Apabila bahan semua sudah naik bau, masukkan kacang buncis dan masak sehingga ia layu. Terus masukkan dua sudu pes Tomyam, dua sudu sos tiram dan nampla ikut rasa. Gaul. Masukkan nasi lebih kurang dua mangkuk. Kacau sehingga mesra. Rasa. Kalau nak tambah nampla, boleh lah ikut rasa. Setelah naik wap, tabur daun limau purut. Padam api. Hmmm terpedas sikit tapi UP memang suka pedas. Buatlah telor dadar juga kalau suka. Hidang nasi bersama Daging Goreng dan Telor Dadar. Hasilnya? Hmmm sedaplah lagi dari makan kat gerai Tomyam aritu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2022/02/nasi-goreng-thai.html