Nasi Goreng Mat Kilau
Assalamualaikum...
SUSAHNYA nak cari makan ketika bercuti ke Kuantan, baru-baru ini. Sebenarnya, taklah susah kalau sanggup beratur dan bersesak. Tambah lagi susahnya kalau cerewet 😅. Bayangkan, secubit ikan bakar pun tak merasa semasa bercuti ke Kuantan. Sana sini beratur dan sesak. Kedai lain pulak, sama ada tutup atau jualannya dah habis. Yassalammmm...
Begitu begini, akhirnya, kami ke Restoran Mat Kilau Ikan Bakar yang terletak di Bandar Putra, sebelum Tanjung Lumpur. Tengok jam, belum pukul 5.30 petang. Bila ditanya ikan bakar, ikan pun belum sampai, cuma ada masakan panas. Pak Inche kata, makan nasi goreng dululah, buat alas perut sementara malam. Kami pun pesan tiga pinggan nasi goreng iaitu Nasi Goreng Daging untuk Pak Inche, Nasi Goreng Belacan untuk Sk dan Nasi Goreng Mat Kilau untuk Iman.
Beberapa lama kemudian, seorang staf menghantar dua pinggan nasi goreng. Sepinggan nasi gorengnya berkicap, sepinggan lagi, nasi gorengnya putih macam nasi putih dan ada lauk daging. Rupa kedua pinggan nasi goreng ini tak sama seperti yang kami bayangkan, jadi, kami memanggil staf restoran, takut tersalah hantar dan tersalah makan. Datang dua tiga staf pulak, masing-masing muka cuak. Memang benar itu hidangannya, Nasi Goreng Daging yang hitam, manakala satu lagi, Nasi Goreng Belacan.
Rasa logik tak rupa Nasi Goreng Belacan ni? Nasinya putih aje dengan scrambled egg dihidangkan bersama lauk daging yang berkuah. Bila disudu sedikit kuah daging tu, ada rasa belacan.. sedap seh rupanya rasa kuah belacan dia. Sebenarnya, ini pertama kali SK pesan NG Belacan di kedai, jadi, tak pastilah kalau memang begini rupanya di mana-mana, hihihi
NG Daging yang hitam berkicap tu, memang rasa kicap. Tak ada rasa rencah daging walaupun ada hirisan daging. Pak Inche makan dengan kuah belacan SK tu baru terasa sedap nasi gorengnya. Kemudian minta sambal belacan, baru rasa sedap sikit. Nasi goreng Iman tak sampai-sampai, dia dah menyirap kelaparan. Hari tu makan kat Rompin pun, makanan dia paling lambat. Apa ketidaknya, mintak yang susah-susah, hahaha
Haaa... inilah dia Nasi Goreng Mat Kilau. Nasi goreng paling istimewa dan mahal, hahaha. Sekali pandang macam Nasi Goreng Tsunami yang SK pernah makan di Taman Universiti. NGMK ni merupakan nasi goreng yang diselimuti telur dadar dan dicurahkan Seafood dan Ayam Masak Paprik. Nasi gorengnya putih gitu jer, macam nasi kosong pun ada. Tapi, dah ada lauk paprik tu, bolehlah, dari tak ada rasa langsung, kan. Licin jugak Iman makan, laparrrrrr katanya, hahaha.
Masa kami balik, nampaklah pekerja-pekerja restoran baru nak bakar arang untuk bakar ikan. Restoran ni bukan terletak dalam kawasan medan ikan bakar, jadi tak tahulah ramai ke tidaknya orang beratur di sana.Kalau Ana Ikan Bakar tu, dari lepas tengahari orang dah beratur ya. Tapi Anak Omak kata, orang ramai jer beratur awal, tapi restorannya belum buka lagi. Oh, tak perasan pulak kita, hihihihi
Jadi, kalau anda ke Kuantan, nak makan ikan bakar, bolehlah cuba singgah ke Restoran Mat Kilau Ikan Bakar ni. Sambil makan ikan bakar, bolehlah merenung kembali Sejarah Mat Kilau, pahlawan terbilang negeri Pahang Darulmakmur.
Restoran Mat Kilau Ikan Bakar
61, Jalan Bandar Putra 1A, Kampung Anak Air, 26060 Kuantan, Pahang
Tel 019 3878737
Waktu Operasi :
Sunday 12am–12pm, 3pm–12amMonday 12am–12pm, 3pm–12amTuesday 12am–12pm, 3pm–12amWednesday 12am–12pmThursday 3pm–12amFriday 12am–12pm, 3pm–12amSaturday 12am–12pm, 3pm–12am
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/nasi-goreng-mat-kilau.html