Nasi Goreng Ikan Jeruk Dan Konflik Kepentingan Dalam Perkhidmatan
Kebelakangan ini saya melihat seolah ramai yang boleh compromise dengan perbuatan salah laku. Contoh kes rasuah, walaupun dibicarakan dan terdapat fakta kes dikemukakan di mahkamah, masih ramai boleh menyokong. Atau mungkin yang menentang mengambil pendirian untuk mendiamkan diri.
Mereka masih tanpa rasa malu, boleh berposing di media social seperti tiada apa yang berlaku. Berjalan ke mahkamah pun masih boleh tersenyum. Walaupun perbuatan rasuah adalah jijik dan seharusnya memalukan. Ada satu komen yang menulis, mereka akan sedar dosa hanya setelah nyawa berada di halkum bila ditunjukkan buku catatan dosa. Aduhaaai...
Teringat masa saya masih dalam perkhidmatan, semua staff tak kira di jabatan mana tidak dibenarkan mengambil pinjaman di bank bank perdagangan untuk mengelakkan konflik kepentingan perkhidmatan. Walaupun tidak semua satff akan berurusan dengan bank perdagangan secara langsung atau tidak langsung.
Tapi kerana nama organisasi itu sendiri akan memberi kelebihan pada staff semasa membuat urusan dengan bank, maka semua tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis dari jabatan sumber manusia.
Begitu sekali kami menjaga imej organisasi dari risiko konflik perkhidmatan. Tapi baca jer berita yang sedang panas di media sekarang ini membuatkan saya menggelengkan kepala.
OK lah saya tinggalkan anda semua untuk berfikir sejenak bahawa dunia ini hanya sementara, carikah rezeki dengan cara yang lebih putih dari putih. Yang agak agak tak jelas, kita tinggalkan. Sekarang kita masuk pula bab resipi.
Lama saya tak menggoreng nasi sendiri. Memang saya akan makan dengan menambah jika nasi digoreng sendiri kerana ianya menepati selera sendiri kan.
Hari ini saya menyediakan nasi goreng yang sangat mudah dan cepat dan yang penting ianya sedap dan berperisa. Saya kebelakangan ini, memang kurang selera makan.
Dah bertahun tak ke pasar tani, semalam saya mengajak Juita ke sana. Hari hujan lebat. Jadi hanya saya yang turun dengan berpayung. Dalam hujan, kesian melihat peniaga kerana tidak ramai orang. Jadi beli lah dua tiga jenis makanan.
Bila balik, bersemangat nak makan makanan pasar tani. Tapi bila disuap, aduhaai maaf cakap tak sedap. Kalau setiap minggu berjual atau mungkin setiap hari, tak kan lah mereka tak cuba rasa sedap atau tidak.
Tak perlu bahan lain, cuma perlu teknik dan bahan penyedap seperti garam gula. Sate yang dibeli tak sedap, murtabak pun tak sedap. Murtabak pun tak ada rasa selain banyak bawang sahaja. Pencicah murtabak pun tak ada rasa seperti air warna merah yang ada bawang sahaja.
Jadi bagi wanita bekerja, sekali sekala kita kena memasak sendiri. Tak perlu beli yang jarang nak jumpa masakan sedap. Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Nasi Goreng Ikan JerukOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram nasi putih2 keping ikan tenggiri jerukSedikit daun kangkung2 biji telurSedikit garam⅛ cawan minyak masak5 ulas bawang putih - hiris4 biji bawang merah - hiris½ sudu besar cili kering kisar kasar
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga baik bau. Masukkan cili kering dan kacau rata sehingga cili masak.
Ketepikan dan masukkan ikan jeruk. Biarkan sedikit bergoreng. Kacau sambil dihancurkan ikan tadi. Kacau rata.
Masukkan nasi dan kacau rata. Ketepikan nasi, jika perlu tuang sedikit minyak dan pecahkan 2 biji telur. Setelah telur hampir masak, kacau rata. Bila telur kering, gaulkan sekali dengan nasi.
Masukkan kangkung dan garam secukup rasa. Besarkan api dan kacau sehingga nasi berasap dan kering. Tutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2022/01/nasi-goreng-ikan-jeruk-dan-konflik.html