Nasi Goreng Belacan


 Assalamualaikum wbt
SEKARANG ni, kalau keluar ke Shopping Mall, susah betul nak cari parking ya. Kadang sampai berpusing jauh, baru jumpa tempat kosong, itupun nasiblah kalau kebetulan masa lalu tu, ada kereta baru nak keluar kotak. Nasib tak baik, dah ada kereta yang bagi isyarat nak masuk, hurmmm.. terpaksa pusing lagi cari parking kosong. Nasib baik kalau ada Iman, dia terror bab carik parking ni. Dari jauh dia dah jerit-jerit bagitahu, depan ada kosong 😎 
Cari parking dah satu hal, nak makan pun satu hal. Semua kena beratur dan tunggu. Bukan pendek-pendek punya berbaris, dan ada yang staf restoran awal-awal dah beritahu, makanan akan lambat siap sebab orang terlampau ramai. Lepas peralihan fasa endemik ni, ramai yang dah keluar bawa anak-anak yang lama terkurung. Singaporean pun dah boleh masuk Johor (Malaysia), kan. Macam Sk cakap sebelum ni, memula sebak la bila sempadan dah buka, lepas tu kami yang sebak hadap jem pada hujung minggu, hahaha.

Satu hari di hari raya sabtu, kami tiga beranak ke Aeon Mall Tebrau. Biasa, kan hari sabtu memang hari meronggeng tiga beranak. Hari tu, kononnya nak makan di Rusim Kitchen., tu yang ke Aeon Mall Tebrau. Tapi, bila belek-belek buku menu depan restoran tu, tak berkenan sangat dengan menu yang ditawarkan. Teringatlah hari tu macam sedap aje makan di Black Canyon. Tapi, penuh dan ramai jugak sedang menunggu giliran nak masuk. Iman cadangkan kami ke Johnny's Restaurant, adik-beradik BC jugakkan. Padahal konon hari tu kata, serik dah makan kat JR, hahaha. Dah laparrrr.. tawakal ajelah


Tiga-tiga orang nak makan nasi goreng jer. Iman pilihkan menu set dengan tomyam soup dan minuman. Dua pinggan nasi goreng ni, namanya, Hot & Spicy Fried Rice, Pak Inche dan Iman punya. Ni memang menu sain darahlah setiap kali Iman ke JR, hahaha


Sk nak makan Nasi Goreng Belacan. Biasanya kalau ke JR ni, Sk makan Kueyteow ala Boat Noodle tu, kan. Ni pertama kali pesan NG Belacan. Oh, rupanya, memang macam ni la rupa NG Belacan, sama sebijik macam NG Belacan yang Sk makan di Restoran Mat Kilau, Kuantan. Dahhh, takkan nak letak belacan seketul pulak atas nasi tu, baru rupa NG Belacan, SK oi??! Takkkk.. Sk bukanlah bayangkan NG Belacan tu ada seketul belacan atas dia.. korang ni punnnn, hahahaa. Jadi, bagaimanakah harus rupanya NG Belacan itu??


Tukang masak kerjanya entengBangun pagi masak nasi gorengCampur cili campur udang keringBila makan mata naik juling
Memang lazat memang sedapKurang masin boleh tambah kicap
Nasi goreng sudahlah terpujiSeantero dunia seluruh negeri
Hoi nasiHoi nasiHoi nasiHoi number one

Berapa kali panggil mintak tomyam ni, dah luak separuh pinggan nasi, baru sampai tomyamnya. Tapi, kami taklah marah, kami cakap baik-baik jer. Dik.. tomyam belum sampai. Dik, tomyam belum sampai. Dikkkkkkkkkk... tomyam kami mana??? Hahahaha. Tomyam cendawan kot ni, dia letak cendawan yang kecik-kecik tu, cendawan enoki kot namanya. Kesian ya tengok staf-staf yang kerja di mana-mana restoran sekarang, kerja teruk sampai kurus kaki masing-masing. Nak jalan pun macam tahap heret kaki pun ado. Baru-baru ni, Sk pandu lalu di sebuah restoran makanan segera ni (bukan McD). Lama giler beratur, pada mulanya Sk agak, masalah sistem, sebab restoran tu baru buka cawangan baharu kat situ. Tapi bila dah sampai kat tingkap nak ambil makanan tu, baru nampak,  cuma ada tiga staf sahaja bertugas siapkan makanan dan salah seorang tu juga yang ambil pesanan dan bayaran. Masa tu minggu pertama atau kedua raya tak silap. Aduhhh, kesian giler menengoknya macam lipas kudung bekerja


Pesan kerabu mangga jugak, itupun lepas makanan dah habis tau, baru sampai. Tapi, kenapa tah, macam tak ada hati nak marah pun sebab nampak staf mereka terlalu banyak kerja. Sk tak tahulah berapa gaji mereka ni, tapi katalah gaji mereka ikut pada pokok dan kerja lebih masa sahaja, memang kesian la. Kiranya, kalau orang ramai (duit masyukkkk) pun, gaji mereka pun sama aje. Patutnya, restoran-restoran ni, kalau weekend tu orang ramai, kenalah bayar extra pada staf. Hurmm.. tapi tak tahulah, kan.. mungkin weekdays, kerja mereka kurang sikit dan dapat kerja lebih tenang.. hihi


Kerabu mangga sedap dan paling best banyak kacang. Kami pulak memang kacang hantu kacang. Eh, bagus jugaklah makanan lambat. Boleh makan rilek-rilek. Agaknya tak lapar sangat kot hari tu, kalau lapar.. mungkin jadi cerita lain pulak, hahahaha. 
Tu yang Sabtu baru ni, malas nak makan kat luar dan sanggup pulak masak Kari Ayam. Padahal, dah berapa lama, tak masak hari sabtu. Kalau masak pun cuma sediakan sarapan aje. Bila dah kena beratur sana-sini, sangkut jem lagi, memang serik jugak. Tapi tu la.. tak kemana seriknya tu. Tak percaya? Tungguuuuuuu..





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/06/nasi-goreng-belacan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Daging Bakar Ayam Marrybrown

Nasi Goreng Daging Bakar Ayam Marrybrown

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum wbtLENGANG betul jalanraya pagi ini Sk keluar 20 minit lewat dari kebiasaan tapi dapat sampai ke pejabat pukul 7 45 pagi Boleh leha leha aje berjalan dari tempat letak kereta sampai masuk pejabat Alaa bukanlah jauh atau kena...
Pisang Goreng Salut Gula Resipi Ibunda Hidang Dengan Teh O Memang Sedap

Pisang Goreng Salut Gula Resipi Ibunda Hidang Dengan Teh O Memang Sedap

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 184 hits
Pisang Goreng Salut Gula adalah sajian tradisi yang diwarisi dari orang orang lama Menu mereka kebanyakannya sangat ringkas sahaja namun sangat enak dan membuka selera Saudari Cahaya Aynee ada kongsikan resipi Pisang Goreng yang diwarisi da...
Luhut Jangan Panik Harga Minyak Goreng Tak Naik Lagi

Luhut Jangan Panik Harga Minyak Goreng Tak Naik Lagi

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 156 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Panjaitan menjamin harga minyak goreng khususnya minyak goreng curah tidak akan terkena kenaikan harga lagi ke depannya
Luhut Endus Masih Banyak Oknum Curangi Distribusi Minyak Goreng

Luhut Endus Masih Banyak Oknum Curangi Distribusi Minyak Goreng

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 201 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Panjaitan mengatakan usai mendapat tugas tangani masalah minyak goreng dia mengaku masih menemukan banyak ketidakberesan yang dilakukan sejumlah oknum soal pendistribusian mi...
Resipi Bergedil Ayam Kentang Sedap Goreng Tak Mudah Pecah Ikut Cara Ni

Resipi Bergedil Ayam Kentang Sedap Goreng Tak Mudah Pecah Ikut Cara Ni

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 202 hits
Bergedil antara menu pelengkap yang membuatkan kita bertambah nasi Tak sukar tetapi bergedil yang satu ini memang senang hendak membuatnya Tambah lagi ada cara gorengan supaya tidak pecah ketika menggoreng Macam mana caranya Ini perkongsian...
Luhut Klaim Harga Minyak Goreng Curah Di Jateng Mulai Turun

Luhut Klaim Harga Minyak Goreng Curah Di Jateng Mulai Turun

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 244 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Panjaitan menyatakan harga minyak goreng curah di Provinsi Jawa Tengah terus menurun meski tersebar belum merata Meski begitu dia tidak menyebut berapa besar penurunan harga ...
Pekena Mee Goreng Di Restoran Mee Pokok Cherry Seri Manjung Perak

Pekena Mee Goreng Di Restoran Mee Pokok Cherry Seri Manjung Perak

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 248 hits
restoran mee pokok cherry Seri Manjung PerakAku pernah makan di mee pokok cherry yang dekat Penang Mee Pokok Cherry ni aku terjumpa dekat Seri Manjung Perak Rasanya mungkin cawangan diorang kot kat Seri Manjung ni Bagi aku mee goreng dioran...
Goreng Goreng Aje Hari Ni

Goreng Goreng Aje Hari Ni

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum Hi korang Hujan x kat area korang Seremban area umah SA ni hujan lebat kejap berhenti kejap hujan semula hari ni hari ke 3 SA x sihat sepanjang x sihat ni Mak Pah dan Pak Zain yang masak SA memang x larat batuk teruk dan mem...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl