Nasi Briyani Dan Daging Masak Hitam Menu Pilihan Buka Puasa Di Hotel Royal Kuala Lumpur


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih lagi mood mencari tempat untuk berbuka puasa. Almaklumlah rakyat Malaysia ni kaya dengan pelbagai jenis makanan terutama bila tiba musim perayaan memang meriah. Juga seperti bulan Ramadan. Semua berebut-rebut nak buat Bufet Ramadan lah, menu buka puasa lah. Tidak salah pun yang penting niat kita untuk ibadah dalam bulan mulia itu masih tidak tersasar betul tak



Bebel jer Maha ni jom kali ni kita pergi satu lagi lokasi disebuah hotel yang berada betul-betul di tiga segi Bukit Bintang yang mana dah biasa akan tahu yang belum tahu jom kita ambil tahu. Hotel yang Maha maksudkan kali ini adalah Hotel Royal Kuala Lumpur. Hotel ni betul-betul berada di belakang Lot10 Bukit Bintang dekat Jalan Walter Grenier. Korang cari kat Waze dan Google Maps akan jumpa dan dibawa terus kat pintu depan hotel ini




Janga tidak percaya yang Hotel Royal Kuala Lumpur ini menyajikan lebih daripada 150 jenis menu makanan untuk berbuka puasa. Paling menarik perhatian dan menjadi pilihan orang ramai yang tiada kat bufet buka puasa tempat lain adalah Nasi Briyani dan Daging Masak Hitam Nasi Kandar. Ia dihidangkan bersama Papadom, Acar Jelatah dan Air Asam Tomato. Ini paling istimewa kat sini yang menjadi signature chef setiap tahun untuk menu buka puasa. Orang yang makan menu ni akan nak lagi dan menjilat jari kerana kesedapannyalah



Menurut kata Chef Hafif iaitu Executive Chef kat sini beliau menggabungkan kesemua hidangan makanan dengan berdasarkan masakan – masakan ibunda dari semua rantau kampung. Sebab itu tema buka puasa di sini adalah 'Citarasa Desa' yang dekat dengan jiwa orang kampung seperti kita. Kalau tidak boleh balik kampung untuk buka puasa bersama keluar datang makan di sini sudah memadai untuk menghilangkan rasa rindu dengan makanan ibu di kampung. Sampai begitu sekali kesedapan makanan yang disajikan di sini






Selain itu juga menu yang menarik Bufet Ramadan pada kali ini adalah Pembuka Selera yang terdiri daripada aneka Ikan Masin Ikan Sepat, Ikan Masin Bulu Ayam, Ikan Gelama, telur Asin Keropok Udang, Keropok Pedas Papadom, Keropok Pedas Keropok Ikan, Belinjo Lemang Kampong, Ketupat Palas, Serunding Daging dan Serunding Ayam






Juga ada beraneka Kerabu seperti Kerabu Ikan Bilis, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Mangga Muda Kerabu Tomato dan Kerabu Ayam. Di sedapkan lagi dengan aneka Sambal seperti Sambal Belacan, Sambal Mangga, Cincalok, Sambal Tempoyak, Sambal Tumbuk Ikan Bilis, Budu dan Sambal Kicap. Dah meleleh air liur baru sikit tu ada lagi




Pilihan aneka SUP seperti Sup Ekor Sapi, Sup Tulang Rawan & Ayam Berempah, Bubur Lambuk dan Beraneka Roti. Juga ada bahagian Gerai Goreng-Gorengan iaitu Cucur ikan bilis. Pisang goreng, Keladi, Keledek, jemput pisang. Aneka pilihan Gerai Ikan Bakar seperti Ikan Bakar – Pari, Ikan Kembong, Cencaru, Bawal dan dicicah bersama Air Asam, Chilli Kicap. 



Menu yang lazim ada didalam list buka puasa seperti Gerai Roti seperti Roti Canai, Roti Telur, Roti Bom, Dhall Kari, Sambal Sardin. Juga tidak ketinggalan Gerai Pilihan Mee seperti Asam Laksa, Mee Curry, Bihun Sup Utara, Mee Kuah Wantan Mee with Condiment. Gerai untuk Roasted Whole Lamb, Black Pepper Corn Mint Sauce, Mushroom Sauce. Akhirnya pilihan pencuci mulut seperti Agar-agar buah & Agar-agar Cendol, Sago Gula Melaka, Cream Caramel Bread Butter Pudding, sepuluh jenis kuih-muih tradisional Melayu dan Nyonya seperti Kuih Bahulu, Tapai Pulut, Tapai Ubi, Kurma, Ice Kacang Stall dan banyak lagi



Tak tertulis kat sini walaupun tengok kecil jer tapi kat dewan sini boleh muatkan sehingga 150 orang tetamu yang datang. Tapi mereka galakkan kepada tetamu untuk buka puasa kat sini buat tempahan dahulu untuk elak meja yang penuh dan terpaksa menuggu lama. Sebab sini bukan setakat pilihan makanan banyak dan lazat semuanya tapi juga harga yang sangat berbaloi ditengah-tengah Bukit Bintang

Harga berbuka puasa 2023 di Hotel Royal Kuala Lumpur:-- Satu orang dewasa RM88.00nett- Satu orang kanak-kanak usia 5-12 tahun RM58.00nett- Satu orang warga emas 60 tahun ke atas RM58.00nett
Harga pembeluan Early Bird- RM75.00nett *Selling from 15 Feb – 15 March 2023*Group: Every 10 paying guest FREE 1


Selain daripada makanan Hotel Royal Kuala Lumpur juga memberikan hiburan halwa telinga dengan menampilkan dua artis tanah air iaitu Kelly Azman dan Ani Maiyuni. Mereka bukan sahaja akan menyanyi malah menghiburkan para tetamu sepanjang Ramadan nanti. Berbagai hadiah cabutan bertuah akan di berikan kepada para pengunjung yang hadir untuk berbuka puasa di Hotel Royal Kuala Lumpur. Menarik giler best tu. Kemudahan untuk ruangan solat dan juga tarawih dibimbing oleh ustaz jemputan juga di adakan di hotel ini

Jadi jika nak tahu lanjut padal Bufet Ramadan dan buat tempahan boleh hubungi :-Hotel Royal Kuala LumpurJalan Walter Grenier55100 Kuala Lumpur Tel : (603) 2148 6888 /2855/2813Fax : (603) 2142 5359Emel : [email protected] / [email protected] 









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/02/nasi-briyani-dan-daging-masak-hitam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buffet Ramadhan 2023 Citarasa Desa Di Hotel Royal Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2023 Citarasa Desa Di Hotel Royal Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 409 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraRamadhan Tiba Bila bulan puasa sahaja selain beribadah antara yang menjadi perkara yang menyeronokkan adalah makanan Pasti ramai sekarang yang sedang berkira kira mencari tempat buffet Ramadhan yang menari...
Cute Senang Nak Buat Idea Menu Jamuan Sekolah Anak Paling Senang Nak Masak

Cute Senang Nak Buat Idea Menu Jamuan Sekolah Anak Paling Senang Nak Masak

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 284 hits
Apa menu anda untuk jamuan anak Hujung tahun ini mak mak mula sibuk untuk menyediakan menu jamuan akhir tahun di sekolah anak Tak payah bersusah payah menu ringkas sememangnya jadi kesukaan anak anak kita Idea simple menggunakan roti dan nu...
Ramai Ramai Terjun Bebas Dari Kuala Lumpur Tower Setinggi 300 Meter

Ramai Ramai Terjun Bebas Dari Kuala Lumpur Tower Setinggi 300 Meter

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 163 hits
Ramai Ramai Terjun dari Kuala Lumpur Tower Setinggi 300 Meter Ajang bertajuk KL Tower International Jump Malaysia 2023 ini diikuti ratusan atlet BASE jumping yang berasal dari berbagai negara
Umrah Januari 2023 Kuala Lumpur Ke Madinah

Umrah Januari 2023 Kuala Lumpur Ke Madinah

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 394 hits
Alhamdulillah setelah 5 tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Madinah dan Mekah hati rasa sangat teruja untuk ke sana Boleh klik entri umrah saya sebelum ini di dan di Entri menunaikan fardhu Haji di Memang rasa sangat tidak sabar dan ...
Clearwater Group Opens Kintsugi Kuala Lumpur With Michelin Starred Chef Jeff Okada Ramsey

Clearwater Group Opens Kintsugi Kuala Lumpur With Michelin Starred Chef Jeff Okada Ramsey

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 225 hits
After much anticipation Clearwater Group announced the opening of KINTSUGI Kuala Lumpur with Tokyo Michelin starred Chef Jeff Okada Ramsey yesterday at Isetan The Gardens Mall Kuala Lumpur Inspired by the centuries old practice of golden jo...
Doubletree By Hilton Putrajaya Lakeside Buka Puasa Dengan Tema Citarasa Serantau

Doubletree By Hilton Putrajaya Lakeside Buka Puasa Dengan Tema Citarasa Serantau

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 255 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Istimewa buat orang Putrajaya dan yang berhampiran denganya korang ada satu lokasi berbuka puasa yang tiap tahun Maha tak pern...
Maksim Mrvica Kembali Ke Kuala Lumpur Selepas 19 Tahun Untuk 2023 The Collection Tour

Maksim Mrvica Kembali Ke Kuala Lumpur Selepas 19 Tahun Untuk 2023 The Collection Tour

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 190 hits
MAKSIM MRVICA KEMBALI KE KUALA LUMPUR SELEPAS 19 TAHUN UNTUK 2023 THE COLLECTION TOUR Assalammualaikum semua Maksim Mrvica kembali ke Malaysia Ruby sangat mengagumi pemain piano dari Croatia ini sebab keunikan melodi yang dipersembahkan tid...
Airasia X Recommences Exclusive Direct Service From Kuala Lumpur To Busan

Airasia X Recommences Exclusive Direct Service From Kuala Lumpur To Busan

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 245 hits
AirAsia X announces further expansion into South Korea with exclusive direct services from Kuala Lumpur to Busan connecting the largest coastal city in the country with Southeast Asia and beyond starting today Dato Fam Lee Ee AirAsia X Boar...
Masak Lontong Goreng Sedap Guna Lebihan Nasi Impit Memang Padu

Masak Lontong Goreng Sedap Guna Lebihan Nasi Impit Memang Padu

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 347 hits
Lontong Goreng adalah salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai terutamanya orang Johor Sangat sedap dan mudah disediakan Jika ada lebihan nasi impit dan tak tahu hendak dinikmati macam mana nah masaklah menu ni Pasti berselera dan tidak...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias