Nasi Berlauk Kelantan Yang Sedap





Setelah lama tak dapat balik kampung, saya hari ini menyediakan nasi berlauk untuk sarapan pagi. Sehari sebelum saya telah pun merebus ikan dan menyimpannya di dalam bekas dalam peti ais. Saya terpaksa buat begini kerana saya sahaja yang suka makan ikan rebus. Nak bagi tahan lama lah. Kalau tidak, saya biarkan jer dalam periuk dengan dipanaskan setiap hari

Saya rebus 8 ekor ikan tapi saya masukkan dalam gulai hanya 4 ekor sahaja. Kalau orang berjual nasi brlauk pun, mereka tak masukkan semua sekali. Agak agak dah nak habis, baru mereka masukkan ikan rebus ke dalam kuah gulai. Jadi ikan tak ada lah hancur terkena senduk masa menyeduk lauk atau membungkus nasi berlauk

Gandingan serasi nasi berlauk ni mudah jer, mesti ada sambal. Bukan sambal belacan biasa tapi sambal nasi berlauk kelantan. Apa yang membezakannya? Haaa mesti ada cili kering di dalamnya. Baru jadi sambal nasi berlauk

Untuk mendapat aroma dan rasa nasi berlauk seperti di Kelantan yang sedap, nasi dibungkus dimasukkan ikan dan sambal, wallaaa rasa dan aromanya tak sama dengan yagn dihidangkan dalam pinggan. Tak caya, boleh cuba. Kalau ada daun pisang, lagi lah wangi tapi kalau tak ada pun, aroma memang berbeza


Gulai ini memang sedap dan tak cepat muak. Tapi wajib ada ialah sayuran di dalam kuahnya baru terasa kuahnya lebih sedap. Boleh masukkan timun, kacang tanah dan paling sedap kalau ada cili solok Kelantan. Orang Kelantan kata naik bangkit maung cili. Saya pun tak tahu macam mana nak tulis kalau dalam bahasa sini. Hanya orang Kelantan jer tahu bagaimana aromanya

Hari ini makan sangat berselera, siap menambah nambah lagi. Husband dan anak anak makan nasi lemak. Nanti saya share kan sambal nasi lemak saya hari ini. Selepas memasak dan makan, saya ke taman mencantas daun daun pisang

Saya memang berazam untuk lebih aktif dan cergas kerana kalau lama tak aktif nanti betis jadi tak kuat dan lemah. Saya kena lawan segala kerisauan yang melanda di saat wabak dan pandemik Covid 19 yang menggila sekarang ini. Memang boleh hancur dan pupus jika ramai yang tidak mengambil endah bab bahaya covid 19 ni

Lagi saya risau orang kampung saya yang mungkin tidak terdedah maklumat atau info akan bahaya Covid ni. Mereka tiada handphone, tiada televisyen dsb. Inilah puak puak yang satu keluarga dijangkiti virus covid dan kemudiannya menjangkitkan pula pada orang lain dengan keluar ke sana sini dek kejahilan

Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini dan cara penyediaannya. Selamat mencuba



Gulai Kuning Kunyit LengkuasOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3-4 ekor ikan pelaling rebus¼ kg santan segar1 keping asam kepingGaram kasarGulaSerbuk perasa - opsyenal
Bahan kisar:3 biji bawang merah2 ulas bawang putih½ sudu besar cili kering kisar - untuk kuah kemerahan sahaja1 ½ inci lengkuas1 ½ inci kunyit hidup
Bahan hiasan:Timun/kacang panjangLada hijau - lada solok lagi sedapCili padi – jika suka
Cara cara;Ikan direbus (8 ekor) dengan 5 keping asam, 1 sudu besar garam dan sedikit cuka dengan air sekadar tenggelam ikan. Rebus sehingga air hampir kering. Ikan rebus mesti menpunyai rasa masam dan masin, baru lebih sedap

Masak santan dan bahan kisar sehingga mendidih. Nota: boleh cairkan separuh santan dengan memasukkan air

Perlu selalu dikacau bagi mengelakkan santan berketul atau di rumah kami, dipanggil gulai "beku"

Setelah mendidih, masukkan cili, timun, asam keping, garam dan gula. Biarkan mendidih lagi, masukkan ikan rebus

Akhir sekali masukkan baki santan pekat dan kacau sehingga masak atas perlahan sehingga kelihatan sedikit terbit minyak di permukaan atas


Nota;Ikan rebus boleh dimasukkan bila nak dimakan supaya ianya tidak hancur seperti mana orang berniaga nasi berlauk



Sambal Nasi Berlauk Kelantan
Bahan bahan:3 tangkai cili kering - potong dan rebus4-5 biji cili padi - potong kecil1 biji buah limau nipis - perahan jus1 - 1 ½ sudu besar gula¼ sudu besar garam¼ sudu besar belacan
Satukan semua bahan ke dalam blender dan kisar secara 'pulse' supaya ianya tidak terlalu hancur

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. Garam bergantung kepada belacan. Ada belacan yang masin, perlu kurangkan garam


Boleh simpan dalam peti ais dan tahan untuk sebulan






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/06/nasi-berlauk-kelantan-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Nasi Briyani Sedap Guna Kari Kambing Dalam Tin

Resipi Nasi Briyani Sedap Guna Kari Kambing Dalam Tin

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 294 hits
Bagi penggemar hidangan Nasi Beriyani pasti terbayang bayang keenakan nasi yang gebu serta penuh perisa Makan panas panas memang sangat membuka selera Nak cuba masak menu ni untuk keluarga Resipi perkongsian saudari Nurul Afidah Catalyst ni...
Resipi Nasi Goreng Kerabu Terlajak Sedap

Resipi Nasi Goreng Kerabu Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 452 hits
Nasi Goreng Kerabu resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni nampak sangat sedap dan menyelerakan Bahan bahan yang digunakan tidak sukar diperolehi malah boleh guna apa sahaja bahan yang ada dalam peti sejuk Sesuai sangat dijadikan menu m...
Nasi Di Kedah Sedap Antara Alasan Rentas Negeri Guna Lorong Tikus

Nasi Di Kedah Sedap Antara Alasan Rentas Negeri Guna Lorong Tikus

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 351 hits
Polis menjalankan operasi di ladang kelapa sawit Kampung Selamat Tasik Gelugor Pulau Pinang PETALING JAYA Lebih 15 individu berusia 50 an ditahan apabila didapati merentas negeri menggunakan lorong tikus dalam ladang kelapa sawit di Kampung...
Sambal Belacan Lebih Sedap Tahan Lama Buat Petua Ni Bertambah Makan Nasi

Sambal Belacan Lebih Sedap Tahan Lama Buat Petua Ni Bertambah Makan Nasi

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 310 hits
Sambal belacan dianggap sebagai pembuka selera bila makan dengan nasi Hanya satu lauk je ada nasi panas panas dan ulam sikit memang boleh bertambah makannya Cuma cara membuat sambal belacan ni ada pelbagai versi Tapi ingat sambal belacan ni...
Resipi Nasi Arab Terlajak Sedap Guna Bahan Mudah Dapat Nak Buat Pun Senang

Resipi Nasi Arab Terlajak Sedap Guna Bahan Mudah Dapat Nak Buat Pun Senang

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 360 hits
Bosan dengan aneka lauk pauk yang sarat apa kata kita simpan tenaga untuk sediakan menu yang mudah tapi cukup istimewa pada anak anak dan suami Resipi Nasi Arab mudah ini mama wajib cuba Bahan ringkas dan mudah didapati Nak buat pun cukup s...
Cara Masak Nasi Ayam Guna Beras Basmatahi Sedap Berbaloi Sangat Cuba

Cara Masak Nasi Ayam Guna Beras Basmatahi Sedap Berbaloi Sangat Cuba

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 359 hits
Macam macam jenis atau versi nasi ayam ada yang ayam goreng kukus dan ada juga yang dibakar Semuanya sesuai dengan selera masing masing Kalau anda dan keluarga pengemar nasi rasanya resipi Nasi Ayam Beras Masmathi yang dikongsikan oleh Mari...
Rahsia Ayam Goreng Berempah Sedap Serdak Tak Hangus Patutlah Nasi Kukus Bukan Main Sedap

Rahsia Ayam Goreng Berempah Sedap Serdak Tak Hangus Patutlah Nasi Kukus Bukan Main Sedap

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 751 hits
Selain kuah nasi kukus yang sedap berlemak tidak dinafikan ayam berempah menjadi kekuatan utama sedapnya resipi Nasi Kukus Tersalah cara nasi kukus boleh terasa tidak nikmat Rupanya ini cara masak Ayam Berempah yang sedap Jom cuba resipi pe...
Mudahnya Masak Mi Kuah Kelantan Style Ni Simple Sedap

Mudahnya Masak Mi Kuah Kelantan Style Ni Simple Sedap

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 278 hits
Terasa nak makan mi berkuah apa kata ada cuba resipi Mi Kuah Kelantan Style ni Nampak sedap sungguh mudah disediakan Paling penting dapur anda tidak berkincah untuk menyediakannya sebab tak banyak bahan dan cara masak yang ringkas Makan pan...
Resipi Kek Pandan Kampung Paling Sedap Masak Guna Dapur Gas Je

Resipi Kek Pandan Kampung Paling Sedap Masak Guna Dapur Gas Je

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 374 hits
Sedapnya Kek Pandan Kampung perkongsian saudari Azrina Rina ni Sesuai sangat dicuba oleh anda yang suka makan kek yang mudah dan ringkas cara pembuatannya Tak ada ketuhar di rumah Ha sesuai sangatlah cuba resipi ini kerana ia tidak memerluk...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat