Nasi Beriani Rm0 10 Nasi Tomato Pun Rm0 10 Kau Biar Betol Bro


BALIK PULAU: “Biaq betoi (biar betul), nasi beriani sekupang,” itu reaksi setiap pengunjung yang ke Baen Cafe di sini.
Ramai yang terkejut kerana nasi tomato dan nasi beriani kosong dijual di premis itu dengan harga hanya 10 sen sepinggan.
Lebih unik, minuman yang dibancuh dengan gula dan perisa seperti sirap, teh O dan kopi O juga dijual dengan harga 10 sen segelas.
Minuman Hanya 10 sen segelas Pemilik Baen Cafe, Ibrahim Abdul Rahim, 37, berkata, sudah 15 tahun dia mengusahakan perniagaan makanan itu selepas meneruskan legasi bapanya.
Menurutnya, sebelum ini dia berniaga di sebuah gerai berdekatan sebelum berpindah ke kawasan berhampiran Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Balik Pulau pada Mei tahun lalu.
“Sudah setahun saya berniaga di sini dan sejak itu juga mula menjual nasi beriani dan nasi tomato yang belum dicampur lauk dengan harga 10 sen sepinggan.

“Selain itu, air yang dibancuh dengan perisa dan gula juga dijual dengan harga 10 sen, tetapi ia hanya untuk mereka yang makan di sini dan tidak boleh dibungkus,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, idea menjual nasi dengan harga 10 sen itu datang selepas menyedari keperluan untuk menjual makanan dengan murah mengikut keadaan ekonomi semasa selain membantu meringankan kos kehidupan pelanggan.
Katanya, dia faham dengan keadaan ekonomi ketika ini dan sebab itu dia menjual makanan dengan murah.
“Sebelum ini, saya pernah memberi percuma setiap air minuman kepada pelanggan yang datang makan ke kedai saya, tetapi ia menimbulkan perasaan malu dalam kalangan penunjung serta ada yang tidak gemar dengan minuman percuma.
“Namun, perniagaan saya ketika itu juga cukup menguntungkan kerana orang ramai datang kerana harga makanan dijual berpatutan.
“Ketika itu, saya menjual ayam goreng dengan harga RM1 setiap satu,” katanya.
Ayam Goreng Berempah Hanya RM1 setiap ketul Peniaga itu berkata, di kedai makannya juga dia menjual nasi campur dengan beraneka lauk dan ia jauh lebih murah daripada kedai biasa malah harganya 50 peratus jauh lebih murah.
“Sebagai contoh, ayam goreng yang dijual RM3 di kedai lain, kami menjualnya dengan harga RM1.50, ikan cencaru yang dijual RM5 di kedai lain hanya dijual RM3 di sini,” katanya.
Menurutnya, ramai yang berpendapat bahawa ada individu lain yang membantu memberi modal kepadanya kerana mampu menjual dengan harga yang murah dan tidak rugi, namun ia tidak benar sama sekali kerana semua dilakukan dengan niat untuk membantu orang ramai.
Ibrahim berkata, walaupun menjual nasi dengan harga 10 sen, dia masih untung walaupun ramai mempertikaikan tindakannya itu dengan mendakwa ia boleh melingkupkan perniagaan.
Menurutnya, dia percaya jika memberi kesenangan kepada orang ramai, tidak mustahil usaha itu akan menguntungkan kelak.
Katanya, ramai peniaga hanya menjual makanan dan minuman dengan harga murah ketika perniagaan mereka sedang merudum dan ia tidak digalakkan kerana dilihat tidak ikhlas dalam berbuat demikian.
“Seharusnya, peniaga yang mahu bersedekah dalam berniaga seharusnya menjual dengan harga murah sebaik mereka mula berniaga.
“Dengan menjual makanan dan minuman dengan harga yang murah, sedikit- sebanyak saya sudah bersedekah,” katanya.
Ibrahim berkata, dia pernah berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan terutama sebahagian golongan pelajar yang datang makan dan tidak membayar makanan mereka.
Baen Mudah Sedekah “Walaupun saya menyedari perkara itu tetapi saya membiarkan mereka, ada antara mereka yang datang kembali keesokan hari dan membayarnya, malah ada yang memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai wang dan akan membayarnya kemudian.
‘Kita faham kadangkala ada mereka yang tidak cukup wang untuk makan, dan dengan cara ini saya sudah membatu mereka termasuk meringankan kos kehidupan mereka dengan menjual makanan dan minuman dengan harga yang murah,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga menyediakan tandas dan surau bagi kegunaan pelanggan dan sentiasa dipenuhi orang ramai ketika waktu makan tengah hari.
Sumber : myMetro
The post Nasi Beriani RM0.10? Nasi Tomato pun RM0.10? Kau Biar Betol Bro !!! appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/nasi-beriani-rm0-10-nasi-tomato-pun-rm0-10-kau-biar-betol-bro/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Tomato Dan Nasi Beriani Di Balik Pulau Sekupang Saja

Nasi Tomato Dan Nasi Beriani Di Balik Pulau Sekupang Saja

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 657 hits
BALIK PULAU Biaq betoi nasi beriani sekupang itu reaksi setiap pengunjung yang ke Baen Cafe di sini Ramai yang terkejut kerana nasi tomato dan nasi beriani kosong dijual di premis itu dengan harga hanya 10 sen sepinggan Lebih unik minuman y...
Video Biaq Betoi Nasi Beriani Sekupang Murah Habaq Hang Nasi Beriani Viral Ni Memang Padu

Video Biaq Betoi Nasi Beriani Sekupang Murah Habaq Hang Nasi Beriani Viral Ni Memang Padu

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 544 hits
VIDEO Biaq betoi Nasi Beriani sekupang Murah habaq hang Nasi Beriani Viral Ni Memang Padu itu reaksi setiap pengunjung yang ke Baen Cafe di sini Ramai yang terkejut kerana nasi tomato dan nasi beriani kosong dijual di premis itu dengan harg...
Kurang Ajar Biar Bertempat Ppbm Libas Pemimpin Dap Johor

Kurang Ajar Biar Bertempat Ppbm Libas Pemimpin Dap Johor

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 398 hits
February 19 2019 6 08 PMAhli majlis tertinggi Muhammad Faiz Na aman berkata Boo Cheng Hau juga tahu perdana menteri serta jemaah menteri sedang bertungkus lumus untuk melaksanakan janji janji manifesto PETALING JAYA PPBM membidas sekeras ke...
Prk Semenyih Janji Biar Lebih Munasabah

Prk Semenyih Janji Biar Lebih Munasabah

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 352 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan perlu mengambil kira beberapa faktor termasuk keperluan dan kepadatan penduduk sebelum merancang untuk membina hospital di Semenyih Selangor kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Beliau berkata...
Sebelum Cari Cari Kenali Dulu 7 Macam Tipe Rumah Yang Populer Biar Tahu Kisaran Harganya

Sebelum Cari Cari Kenali Dulu 7 Macam Tipe Rumah Yang Populer Biar Tahu Kisaran Harganya

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 427 hits
Agen properti Selamat siang Mas mau cari rumah yang tipe berapa Mas mas pencari rumah Wah memangnya rumah ada tipenya ya Duh belajar dulu deh yuk biar nggak bingung pas beli rumah nanti
Gambar Biar Bekas Suami Orang Tag Nama Di Hati Fatin Afeefa Nazim Othman Bercinta

Gambar Biar Bekas Suami Orang Tag Nama Di Hati Fatin Afeefa Nazim Othman Bercinta

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 2570 hits
Siapa sangka peminat dikejutkan dengan foto antara Fatin Afeefa dan Nazim Othman di laman Instagram Mana taknya siap tag nama masing masing di hati maka timbul pula pelbagai spekulasi di ruangan komen Sesuai Dikatakan bercinta kedua pelakon...
Nak Jimat Kos Penghantaran Anda Biar Matrunner2u Bantu Mudahkan Urusan Jimatkan Kos Penghantaran Anda

Nak Jimat Kos Penghantaran Anda Biar Matrunner2u Bantu Mudahkan Urusan Jimatkan Kos Penghantaran Anda

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 534 hits
Nak jimat kos penghantaran anda Biar matrunner2u bantu mudahkan urusan jimatkan kos penghantaran anda Penghantaran hari yang sama Penghantaran hari berikutnya Servis pengambilan kutipan pintu ke pintu Penghantaran terus ke depan pintu anda ...
Maaf Dr Mahathir Menurut Biar Berakal

Maaf Dr Mahathir Menurut Biar Berakal

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 289 hits
ULASAN l Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad baru baru ini menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong kerajaan Pakatan Harapan Ini agar mudah untuk kerajaan membuat kerja dan melaksanakan dasar Secara umumnya saya secara peribadi akan sentiasa...
Resipi Set Beriani Istimewa Ayah Pakar Lauk Kenduri Gulai Kurma Daging

Resipi Set Beriani Istimewa Ayah Pakar Lauk Kenduri Gulai Kurma Daging

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 1301 hits
Kalau sebut nasi briyani pasti tahu lauk gandingan wajib iaitu kurma atau gulai Ikut cita rasa sendiri samada daging atau ayam Resipi perkongsian daripada Nor Shakinah Md Zainal cukup istimewa dari ayahnya Katanya Ayah saya tukang masak rum...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons