Maaf Dr Mahathir Menurut Biar Berakal


Mohamed Khaled Nordin     
ULASAN l Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong kerajaan Pakatan Harapan. Ini agar mudah untuk kerajaan membuat kerja dan melaksanakan dasar.

Secara umumnya, saya secara peribadi akan sentiasa menyokong dasar yang baik. Kita bukan masyarakat yang taasub berpolitik sepanjang masa sehingga tidak mampu melihat maslahat yang besar dalam sesuatu perkara.

Cuma, saya tidak bersetuju dengan seruan semberono dan pukul rata seperti ini atas beberapa alasan.

Pertama, rakyat berhak memilih dan mengkritik. Apabila rakyat, yang sebelum ini dipuji habis-habisan kerana berani menukar kerajaan, mengecam prestasi kerajaan semasa, ia adalah sesuatu yang mesti terus diraikan.

Tidak boleh double standard dan memuji keberanian rakyat secara berpilih-pilih mengikut apa yang menyebelahi Pakatan Harapan sahaja.

Jika rakyat bersedia menukar kerajaan, sudah pastilah mereka sangat matang untuk menilai sama ada sesuatu dasar kerajaan itu wajar disokong atau sebaliknya. Mereka punya kebebasan tersebut.

Kedua, rakyat mempamerkan rasa tidak puas hati bukan secara suka-suka. Tetapi, kekecewaan mereka bersebab dan berasas.
Saya yakin rakyat Malaysia hari ini sangat kecewa dan berasa tertipu. Bukan sahaja dengan ketiadaan dasar dan hala tuju negara yang jelas. Tetapi dengan sikap dan pendekatan semasa yang dilihat sangat tidak mesra rakyat.

Misalnya, tindakan tidak sensitif dalam mengusulkan ratifikasi Konsyensen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) sebelum ini yang menimbulkan kemarahan orang Islam, keputusan untuk tidak meneruskan rayuan dalam kes Pulau Batu Putih, melepaskan aset-aset strategik negara dan Bumiputera.

Semua ini mengundang persoalan dan kerisauan.

Malah, sesetengah dasar negara hari ini adalah mengelirukan. Cadangan mengeluarkan kereta nasional ketiga misalnya. Perkara ini adalah tidak cermat kerana tiada sebarang keperluan mendesak. Sebaliknya memerlukan dana yang sangat besar dan dahsyat saiznya dari kerajaan.

Demikian juga dalam isu kerjasama dan perdagangan dengan negara China.

Sebelum ini, tindakan berbaik dan rapat dengan negara komunis tersebut digambarkan sebagai sangat teruk dan mampu menggugat kedaulatan negara. Tetapi kini, kerajaan mengerahkan segala sumber yang ada demi menarik masuk pelaburan dari China.

Selain itu saya lihat banyak sekali dasar dan keputusan kerajaan hari ini yang dibuat tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklum balas, saranan serta input dari masyarakat dan pihak yang bakal terkesan dengan keputusan tersebut.
Terbaharu, lihat sahaja inisiatif kementerian pelajaran yang berhasrat memastikan perhimpunan sekolah tidak lebih dari 10 minit.

Perkara ini mengundang kegusaran dan penolakan yang besar dari kalangan guru yang melihatnya sebagai tidak logik, tidak praktikal dan begitu menggambarkan ketidakfahaman kementerian tentang bagaimana sekolah diuruskan.

Dalam hal yang lain, keluhan dan kekecewaan juga disuarakan apabila kerajaan, tidak semena-mena memutuskan untuk membatalkan subsidi haji kepada mahram atau pengiring jemaah yang terpilih.

Jika kerajaan BN sebelum ini mampu melakukannya tanpa masalah, mengapa kini semua perkara mesti diubah dengan cara yang akhirnya menyusahkan rakyat?

Jadi, dalam segala kekalutan dasar seperti ini, adakah Dr Mahathir masih mengharapkan rakyat hanya menyokong dan menurut secara membuta tuli sahaja? Tentu tidak.

Inikan Malaysia Baharu.

Ketiga, saya sangat berharap yang Dr Mahathir melihat dan menerima dengan terbuka bahawa mentaliti menyalahkan orang lain masih menebal, malah semakin teruk di kalangan kabinet kerajaan. Segala-galanya salah orang lain.
Sedangkan sangat jelas, selepas sembilan bulan pentadbiran PH, tiada dasar baharu yang benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat secara besar-besaran. Bukan rakyat tidak sabar atau menuntut sesuatu di luar kelaziman dan kewarasan.

Tetapi, kerajaan hari ini harus sedar, pra PRU14 PH sendiri yang telah ke hulu dan hilir mencanang bahawa mereka sudah mempunyai formula bagaimana segala masalah negara harus diselesaikan. Tinggal untuk dilaksanakan sahaja.

Jadi, apa alasannya sekarang?

Tidak mungkin kita mahu terus bermain dengan naratif hutang negara yang besar. Terakhir, saya melihat seruan menyokong kerajaan tersebut seolah-olah satu tamparan tersirat kepada rakyat.

Sepertinya rakyatlah punca kenapa segala dasar dan pelan kerajaan hari ini gagal, tertangguh atau terpaksa dibatalkan.

Sedangkan, hakikatnya jelas. Pelan-pelan dan inisiatif kerajaan hari ini yang tidak realistik, tidak mengambil kira keperluan rakyat dan yang paling penting, tidak disandarkan pada satu hala tuju yang jelas.

Saya faham kekecewaan Dr Mahathir. Hampir semua menteri yang tidak lekang dengan kontroversi rata-ratanya dari Bersatu. Ijazah palsu, tidak tamat belajar, dan pelbagai masalah integriti yang lain. Sudah pastilah perkara ini memalukan beliau.
Tetapi, tidak semua perkara harus dipulangkan kepada rakyat. Rakyat berhak memilih, berhak mengkritik dan berhak menuntut apa yang mereka rasakan terbaik untuk mereka dan untuk Malaysia.

Rakyat tidak lagi akan menyokong secara membuta tuli.

Dalam semangat Malaysia baharu, kita percaya pada satu perkara - menurut biar berakal.

*DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN adalah Naib Presiden Umno.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/maaf-dr-mahathir-menurut-biar-berakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir S Shifting Stand Shows He Can T Be Trusted

Mahathir S Shifting Stand Shows He Can T Be Trusted

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 242 hits
We are mobile we are not fixed Dr Mahathir Mohamad when asked about party hoppingIt s rare that a newly elected leader elected by the rakyat because of promises made by the coalition he heads breaks key promises in a short space of time and...
The Wind Beneath Machiavelli Mahathir His Wife Siti Hasmah Says It I Don T Like Politics It Can Be Dirty

The Wind Beneath Machiavelli Mahathir His Wife Siti Hasmah Says It I Don T Like Politics It Can Be Dirty

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 309 hits
Her husband is regarded as a master in the art of statecraft with his detractors accusing him of resorting to Machiavellian measures But Prime Minister Dr Mahathir Mohamad s wife is averse to politics It can be dirty said Dr Siti Hasmah Ali...
Malaysia Akan Selesai Masalahnya Dengan Korea Utara Dr Mahathir

Malaysia Akan Selesai Masalahnya Dengan Korea Utara Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 414 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia bersedia untuk menyelesaikan masalahnya dengan Korea Utara berikutan pembunuhan berprofil tinggi Kim Jong Nam abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong ...
Dr Mahathir Isteri Menghadiri Konsert Akiko Suwanai

Dr Mahathir Isteri Menghadiri Konsert Akiko Suwanai

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 226 hits
Foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Persembahan The Romantic Violin oleh pemain biola tersohor dari Jepun Akiko Suwanai bersama Orkestra Filharmonik Malaysia berjaya memukau kira kira 800 penonton di Dewan Filharmonik Petronas malam ini Ini merup...
Mahathir Utamakan Singkir Anwar Tidak Ikhlas Pulihkan Negara

Mahathir Utamakan Singkir Anwar Tidak Ikhlas Pulihkan Negara

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 344 hits
Tun Dr Mahathir dilihat tiada kesungguhan pulihkan ekonomi negara kerana lebih banyak berpolitik memperkukuhkan BERSATU dengan agenda tersembunyi menyingkirkan Anwar yang memimpin PKR Foto NSTP oleh Shahbudin Husin Hari demi hari apa yang n...
Mahathir Bersatu Will Be Set Up In Sabah To Support Shafie

Mahathir Bersatu Will Be Set Up In Sabah To Support Shafie

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 264 hits
Bersatu is adamant on setting up shop in Sabah said chairperson Dr Mahathir Mohamad However he stressed that this move was not meant to challenge the Sabah government but rather to strengthen it The Sabah government is led by Parti Warisan ...
Hadi Jumpa Dr Mahathir Persis Lebai Mengetuk Pintu Di Pagi Jumaat

Hadi Jumpa Dr Mahathir Persis Lebai Mengetuk Pintu Di Pagi Jumaat

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 374 hits
ULASANDALAM sebuah negara seperti Malaysia yang mengamalkan semangat federalisme pertemuan di antara dua pemimpin berbeza fahaman politik atau di antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang adalah perkara lazim dan bukan satu kesalahan meng...
Menjelang Prk Semenyih Hadi Datang Jumpa Mahathir

Menjelang Prk Semenyih Hadi Datang Jumpa Mahathir

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 469 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al Bukhari Kuala Lumpur Abdul Hadi tiba di pejabat Perdana Menteri kira kira jam 9 pagi dan kedua dua tokoh ber...
Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi