Nasi Beriani Ayam Madu Restoran Mahbub
Assalamualaikum WBT
DAH tak ingat dah berapa kali menginap di Hotel Congcodei Shah Alam ni. Yang pasti setiap kali ke Shah Alam, memang pasti akan ke sini. Cuma masa kali ini sangat terhad. Sampai pun, dah malam dan keesokannya dah kena bersiap untuk pengantin. Tak sempat nak meronggeng ke Plaza Shah Alam yang bersebelahan hotel
Bila Pak Inche bersetuju untuk bawa Iman, Iman cakap nak jugak kena balik kolej sekejap sebab nak ambil baju cantik. Semua baju dah diangkutnya bawa ke kolej. Sampai kolej, ngam tengahari, jadi, singgah makan nasi campur di restoran yang terletak di aras bawah Scholar Inn dalam UTM. Sk ambil lauk terung, ayam dan sayur kubis, Iman ambil asam pedas ayam, ais kosong dan ais limau, cuma RM13.90 sahaja. Senanglah hati kalau dah kenyang, tahulah nanti Pak Inche kemahen cerewet nak cari tempat makan, kan. Pak Inche pulak, memang lapar nasi, jadi kami singgah di R&R Machap, Pak Inche ambil lauk Kari Kambing dan Telur sebiji, RM12.90... lap peluh, hahaha. Sk dan Iman tak makan sebab macam tak lapar sangat lagi
Cikwa mesej, nak makan kat KL atau kat Shah Alam. Kalau nak makan kat KL, dia tapaukan siap-siap. Cikwa boleh baca kot, yang kami nak makan Nasi Beriani Ayam Madu Restoran Mahbub, hahaha. Jadi, minta Cikwa tapaukan terus la. Agak-agak lapar lagi, nanti keluar makan kat Damansara Uptown
Yey yey! Cikwa belanja Nasi Beriani Ayam Madu Mahbuuuuuuuuuub
Tengok bungkusan nasi tu, alahai sikitnya, macam tak cukup aje sebab plan nak kongsi dengan Iman. Rupanya, Cikwa beli seorang satu, untuk dia pulak dah ada nasi putih dengan ayam madu dan kacang dhal
Bila dah buka bungkusan.. mak ai.. banyak tuuuu.. pelan-pelan makan sampai habis, macam biasalah prinsip Sk, makan kasi licin, hahahah
Satu set nasi mengandungi Ayam Madu, acar rampai dan dalcha. Papadom tu beli lain kot sebab tengok ada dua bungkus aje. Alhamdulillah, dah berapa kali pergi KL tak dapat makan, kali ni dapat jugak, syukurrrr
Terima kasih Cikwa belanja... hehehehe
Pagi-pagi dah dapat notis dari Congcodei soh check out kul doblas. Kongjaq sungguh, halau-halau kita, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/11/nasi-beriani-ayam-madu-restoran-mahbub.html