Makan Nasi Ayam Sedap Di Food Garden Klia
Baca : GAMBAR LOKASI ....
Makan Nasi Ayam Sedap Di Food Garden KLIA. Korang peminat nasi ayam ke? Kat mana-mana pergi pun mesti nak cuba nasi ayam di sesuatu tempat. Kalau begitu, kita serupa. Baru-baru ni kami pergi KLIA untuk menghantar anak bujang sulung kenbali semula menyambung pengajian untuk tahun ke 4. Jadi dapatlah pengalaman makan kat Food Garden
Masuk je dalam FG, saya terus ternampak Chicken Rice. Memang rezeki la.. hehe. En suami tanya nak makan apa, terus saya kata nak nasi ayam. Set yang mana, tanyanya. Saya jawab nak yang original.
Inilah set nasi ayam dengan saýur yang kami beli. Kami bertiga tapi En suami beli 4 pinggan. Dia kata ada pilihan set, jadi dia terus beli 4.. mesti dia nak makan lebih tu.. haha. Sebab en suami pun hantu nasi ayam..
Nasi ayam dengan siraman sos cili yang amat sedap. Bahagian ayam nya pun besar dan mudah dikunyah. Sos ni kena pilih sendiri. Ada beberapa sos.. terpulang pada korang nak sesuaikan dengan citarasa digemari
2 Gambar di atas menunjukkan nasi ayam sebelum dicurah dengan sos cili. Kalau korang tak kisah, boleh je makan tanpa sos.
4 set nasi ayam yang kami order di sertakan dengan 2 piring sayur sawi berharga sekitar RM59.00. Tapi tiada sup tau. En suami kata dah tanya memang sup tidak disertakan. So, kami order yong taufu dari stall berdekatan. Satu set normal (yang paling murah) dalam mangkuk yang agak besar berharga RM11.00. Okay la.. supnya boleh dimakan bersama nasi ayam kami.
Kami sangkakan makan kat Food Garden KLIA ni harga makanan lebih mahal berbanding di restoran luar. Tetapi sebaliknya kebanyakan harga adalah mampu milik. Harga air nescafe dan kopi pun okay jugak, tak macam sesetengah restoran di shopping complex di luar sana
So, kalau korang pergi KLIA dan perut terasa lapar, boleh je makan kat Food Garden KLIA. Insya Allah.. kebanyakan makanan sedap dan harga air pun agak murah.
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2022/11/makan-nasi-ayam-sedap-di-food-garden.html