Nasi Ayam Simple Di London




Sehingga kini, Nana belum masuk bekerja, manakala Ammar dan Aliya Hajar juga belum mula bersekolah. Jadi kami banyak habiskan masa di rumah, kemudian bawa cucu ke taman permainan. 
Jadi bila dok di rumah ni, tahu jer lah. Asyik lapar jer dengan cuaca sejuk sejuk pula. Nana dan Alain pagi pagi akan melakukan jogging samada di Tower Bridge yang terletak tidak jauh dari rumah. Atau ke London Bridge dan Millione Bridge. 
Kedudukan rumah sewa kami sangat strategik kerana di kelilingi tempat perniagaan dengan banyak kedai makan, kedai runcit, farmasi dan banyak lagi. 
Setiap kali ke sana, saya akan ralit melihat sayuran segar mereka. Timun dan buah tomato sangat segar. Sedap dimakan meratah ratah begitu sahaja. Semalam saya beli juga pisang. Pisang di sini yang ala ala pisang montel tu sedap sangat. Rasanya tak jumpa pisang ini di tempat kita.
Kalau pisang montel di Malaysia, memang saya tak suka.  Masa datang dengan Nelly Januari 2025 hari tu, mereka beli pisang. Masa tu lah baru tahu sedap pisang di sini. Mereka macam ada sejenis ni jer. Bukan macam tempat kita ada pelbagai jenis baka dan spesis pisang. OK setakat ini dahulu coretan saya. 

Nasi ayam biasa jer kan. Tapi saya memasak dalam keadaan semua kekurangan di sini. Kekurangan bahan. Ayam kat sini pun bukan ayam banyak isi dan gemuk macam ayam tempat kita. Seekor ayam kecil berharga £4.50 seekor. Kalau nak yang lebih besar akan dijual ikut berat timbangan lebih kurang £5.50 untuk berat 1 kg. 
Bila balik rumah, baru teringat tak beli salad, tak ada cili merah, tak ada cuka. Jadi kita masak nasi ayam dengan menggunakan bahan bahan yang ada sahaja. 
Tapi serious lah sedap jer nasi ayam ni. Ayam pun saya bakar dalam oven dan ada yang saya bakar dalam kuali atas dapur sahaja. Yang penting, Alhamdulillah dapat makan dengan sedapnya. 
Duduk di sini, memang kalau masak sendiri dapat banyak berjimat. Kena pulak dengan selera dan tekak sendiri. Kalau makan di luar, paling berjimat pun £50 sekali makan. Kalau convert, dah jadi RM250-300. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.…..

Nasi Ayam LondonOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:Beras
Mentega
Minyak lemak ayam - jika ada
4 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris 
1 kiub pati ayam
Minyak bijan
Air rebusan ayam


Cara cara:
Panaskan sedikit minyak lemak ayam, jika ada dan sedikit mentega. 


Masukkan bawang besar dan bawang putih hiris. Tumis sehingga wangi dan keperangan. 


Tuang bahan tumis ke dalam beras yang telah dicuci bersih dan di tos. 


Masukkan air rebusan ayam dan minyak bijan, jika suka. 


Masak seperti nasi biasa di dalam periuk elektrik. 




Bahan ayam:
Ayam
Halia
Sos tiram
Kicap lemak manis


Bahan lain:
Timun
Salad
Buah tomato


Cara cara:
Rebus ayam dengan halia dan kiub pati ayam sehingga ayam masak.  Keluarkan ayam dan ketepikan. 


Ketepikan air rebusan untuk digunakan memasak nasi ayam dan juga kuah sup. 


Tuang sos tiram dan kicap manis secukupnya pada ayamLumur rata rata. Biarkan seketika supaya semuanya sebati. 





Bakar dalam oven atau air fryer suhu 180C - 10-15 minit atau sehingga kulit ayam keperangan. Angkat. 







Hidang nasi ayam dengan ayam bakar, dengan sup, sambal cili dan kuah kicap. Hias dengan timun, salad dan buah tomato. Nota: saya hanya ada buah tomato dan timun sahaja. 


Nota: 
jika suka, boleh juga di goreng seketika secara touch and Go sahaja supaya ayam kekal lembut. 


Lebihan air rebusan ayam dipanaskan dan masukkan sedikit garam. Sebelum hidang, tabur bawang goreng/daun bawang. 


Lebihan kicap perapan ayam dipanaskan dengan tambah sedikit air dan serbuk lada sulah. 


Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih untuk sambal nasi ayam. Tambah garam dan gula secukup rasa. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/05/nasi-ayam-simple-di-london.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 240 hits
Sambung cerita semalam yang tak sempat nak dihabiskan Sarapan makan tengah hari nasi minyak pula yang encik suami beli sekali waktu pagi tu Senang hati bila tak payah memasak untuk tengah hari Dapat rehat dan dapat buat kerja lain Nasi miny...
Makan Nasi Beriani Buluh Ayam Masak Merah Kat Restoran Nasi Beriani Buluh

Makan Nasi Beriani Buluh Ayam Masak Merah Kat Restoran Nasi Beriani Buluh

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 220 hits
Makan Nasi Beriani Buluh Ayam Masak Merah kat Restoran Nasi Beriani Buluh Throwback masa Awal pembukaan kedai Nasi Beriani Buluh cawangan Taman Bukit Dahlia ni Last year punya cerita tak silap Nona memang throwback jejauh masanya Gitu Janji...
Nasi Ayam Haji Ali Taman Sri Aman Pontian

Nasi Ayam Haji Ali Taman Sri Aman Pontian

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 199 hits
Walaupun aku dah lama stay Pontian sebenarnya tak semua restoran aku pernah cuba Lagipun aku dan suami jarang makan luar lebih suka makan masakan rumah Tapi ada masa bila sendiri kat rumah rasa teringin juga nak makan luar Sekali sekala tu ...
Resipi Nasi Mandy Ayam Sedap Sempena Hari Ibu

Resipi Nasi Mandy Ayam Sedap Sempena Hari Ibu

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 194 hits
Bagi peminat Nasi Mandy sajian dari Timur Tengah ini pastinya sentiasa dirindui Ramai yang menggemari hidangan ini tidak kira tua atau muda Keluarga anda pun suka Ha Inilah masanya nak belajar masak sendiri guna resipi mudah ni Saudari Nik ...
Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 209 hits
Memulakan kehidupan di rantau tidak semudah di negara sendiri Hari pertama sampai dah malam memang kepenatan selepas berjam jam dalam penerbangan Yang terlarat sekadar mengemas bag pakaian sahaja Lepas tu dah masuk tidur Jadi kami hari keti...
Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 147 hits
Petua isi ayam kembali segar memang perlu kita praktikkan terutama bila sudah menyimpan lauk ini di dalam freezer dalam jangka masa yang lama Walau sewaktu membeli lauk ini kita sudah memilih ayam yang paling segar tapi ia jadi sebaliknya b...
Homemade Ayam Percik Resepi Mudah Tapi Sedap

Homemade Ayam Percik Resepi Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 216 hits
nbsp Resepi ayam percik buat sendiri di rumah ni dah banyak kali kak ana ulang masak bila rasa nak makan ayam percik Tak tunggu bulan puasa bila bila pun boleh sebab ia mudah dan rasanya Alhamdulillah sedap pada selera kami sekeluarga nbsp ...
Resepi Kari Ayam Pekat

Resepi Kari Ayam Pekat

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 130 hits
KARI AYAM PEKATBahan bahan 12 ketul ayam2 biji kentang potong 41 1 2 labu bawang besar saiz besar hiris6 ulas bawang putih hiris3 inci halia hiris1 asam keping1 kotak santan kotakAir secukupnya10 sudu besar rempah kari Kayu manis bunga lawa...
Bekal Lunch Hari Ini Ayam Masak Lemak Cili Api Rasa Tak Pernah Kecewa

Bekal Lunch Hari Ini Ayam Masak Lemak Cili Api Rasa Tak Pernah Kecewa

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 248 hits
Assalamualaikum Hari ini SA bawa bekal lunch yang cukup istimewa hahaha jangan gelak ye leftover dari lauk yang SA masak sendiri malam semalam Ayam Masak Lemak Cili Api dengan daun kunyit Selalunya SA bawa bekal lauk yang PZ masak tapi untu...
Autoimmune Disease

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

The Middle East Has Changed Permanently

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual

Cara Kesan Phone Kena Hack Kod Rahsia Elak Kena Intip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Kosong

Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Pihak Berkuasa Gaza Dakwa Jumpa Dadah Dalam Tepung Bantuan Tuduh Israel Cuba Lumpuhkan Rakyat

Komander Elit Iran Muncul Tiba Tiba Di Pengebumian Negara Tamat Spekulasi Hilang

Rating Terbaik Dalam Slotnya The First Night With The Duke Diminati Ramai