Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London



 
Memulakan kehidupan di rantau tidak semudah di negara sendiri. Hari pertama sampai dah malam, memang kepenatan selepas berjam jam dalam penerbangan. Yang terlarat, sekadar mengemas bag pakaian sahaja. Lepas tu, dah masuk tidur. 
Jadi kami hari ketiga, baru boleh memasak sendiri. Rumah ini tidak menpunyai kelengkapan dapur yang basic seperti pisau, sudu garfu, senduk, periuk kuali dll. Semua tak ada. Yang ada hanya lah pinggan dan mug. 
Jadi peralatan basic yang perlu dibeli adalah agak banyak. Selain peralatan memasak, kami juga perlu mencari bahan asas untuk memasak seperti beras, garam, gula, minyak masak, bawang bawang dan sos. Saya. langsung tak bawa kerana luggage yang memang dah banyak dan berat. 
Kata Nana, adui terasa lah duit keluar mencurah curah, bila kita melihat duit dalam akaun bank yang dibelanjakan di dalam ringgit Malaysia. Nasib baik kerana Nana menerima gaji dalam matawang pound, jadi tidak lah terasa sangat conversion matawangnya. 
Hari pertama di sini, kami hanya order makanan secara delivery. Itu pun saya tak makan kerana dah tertidur awal. Fokus pada hari kedua lebih kepada urusan asas seperti urusan perjanjian penyewaan, mendapat kemudahan wifi untuk Ammar dan Aliya menggunakan handphone dan tab, mencari keperluan mandian dsb. 
Saya pun tidak ikut keluar kerana masih tidak sihat, jadi agak susah juga untuk mereka membawa barangan yang dibeli dengan menguruskan Aliya lagi.
Hanya pada hari ketiga, baru saya ikut keluar dengan berjalan kaki untuk mencari peralatan memasak dan bahan bahan untuk memasak. Peralatan memasak dibeli di Argos. Kedai ini kita hanya order berdasarkan katalog yang disediakan tanpa melihat barang secara fizikal. Yang best, nyer jika beli sebelum waktu tertentu, boleh dapat same day delivery. 
Dari situ, baru kami berjalan ke kedai kedai Zaitoon halal mart untuk mencari beras, ayam, daging, telur, sayuran dan gula garam. Pun tidak dapat membeli banyak sangat kerana susah untuk membawa balik. 1 ekor ayam yang dalam 1 kg beratnya berharga £4.50. Jika mahu ayam bersaiz besar, harga ikut timbangan berat. Daging pulak dalam £11.00 sekilo bergantung kepada bahagian daging. 
Balik jer, saya terus memasak untuk makan malam. Selepas selesai memasak, kami keluar ke playground berdekatan. Haa itu lah kisah hari hari yang sibuk untuk kami di sini. 
Kalau ke sini, kami selalunya duduk di Airbnb yang menpunyai peralatan asas dapur yang boleh digunakan. Barang untuk memasak pun kami bawa. Jadi sebaik sampai, bolehlah memasak yang simple simple. Paling tidak pun, masak maggi. 
Tapi yang best nyer, rumah ini menpunyai perabut dan televisyen. Kalau tidak, lagi lah banyak kena beli sendiri jika menyewa rumah kosong. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab masakan pertama saya di London kali ini.

Saya memasak ayam masak kicap sahaja kerana lauk ini paling mudah dan disukai oleh Ammar pun. Sekejap jer memasak dah siap. Makan pula dengan nasi beras basmati di sini yang sangat sedap. Ada rasa seperti beras wangi. Serious nasinya memang sedap. Harga dalam £5.00 untuk 2 kilo.
Satu yang saya perhatikan, agak sukar untuk mendapatkan bawang merah di sini.  Jika ada pun bawang merah besar atau bawang merah yang jenis tak sama dengan bawang merah tempat kita. Jadi saya guna jer apa apa bawang yang ada. 
Hahaha warga Malaysia di UK, jika nak membeli bawang goreng premium Azie Kitchen, boleh DM saya di Instagram atau facebook. Kat sini pasti tak jumpa bawang goreng seperti bawang goreng premium Azie Kitchen. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....

Ayam Masak KicapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram ayamGaramSerbuk kunyit
Bahan hiris:1 biji bawang Holland4-5 ulas bawang putih1 inci halia1 biji cili hidup 
Bahan lain:1/2 ketul kiub pati ayam1-2 sudu besar sos tiramKicap lemak manis secukupnyaMinyak masak Sedikit air asam jawa
Cara cara:Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.  
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan hiris sehingga wangi. Kemudian masukkan semua bahan lain. Setelah mendidih, masukkan ayam dan biarkan merenih sehingga ayam sebati dengan kuah kicap. 
Setelah kelihatan berkilat, bolehlah tutup api. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/05/ayam-masak-kicap-masakan-pertama-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 120 hits
Assalamualaikum WBT HARI ini bertugas di luar kawasan sempena pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 Niatkanlah bekerja kerana Allah swt dan demi mencari rezeki yang halal Begitulah kami kena mengikut arahan dari sem...
Ayam Masak Halia Nak Lagi Sedap Letak Minyak Bijan

Ayam Masak Halia Nak Lagi Sedap Letak Minyak Bijan

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 130 hits
Ayam masak halia ini kena sediakan lebih halia yang banyak sebab menggunakan banyak bahan ini Inilah yang memberikan lauk ini rasa segar dan tak muak dimakan Tip hidangan ini tambah sedap adalah penggunaan minyak bijan di akhir proses memas...
Bekal Lunch Hari Ini Ayam Masak Lemak Cili Api Rasa Tak Pernah Kecewa

Bekal Lunch Hari Ini Ayam Masak Lemak Cili Api Rasa Tak Pernah Kecewa

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum Hari ini SA bawa bekal lunch yang cukup istimewa hahaha jangan gelak ye leftover dari lauk yang SA masak sendiri malam semalam Ayam Masak Lemak Cili Api dengan daun kunyit Selalunya SA bawa bekal lauk yang PZ masak tapi untu...
Penyanyi R B Korea Kanada Slchld Akan Gelar Konsert Pertama Di Kl Bulan Julai Ini

Penyanyi R B Korea Kanada Slchld Akan Gelar Konsert Pertama Di Kl Bulan Julai Ini

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 125 hits
Kau pasti sudah dengar lagu lagu slchld di platform streaming dan media sosial Kini ada peluang untuk lihat dia live Penyanyi R B Korea Kanada slchld telah umumkan tur Asia dan dia akan hadir di Malaysia Dikenali dengan lagu lagu viral sepe...
Pertama Kali Jadi Ibu Ini Cara Nak Jaga Mental Supaya Tak Koyak Tapi Jadi Lebih Cantik Dari Dalam

Pertama Kali Jadi Ibu Ini Cara Nak Jaga Mental Supaya Tak Koyak Tapi Jadi Lebih Cantik Dari Dalam

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 169 hits
Jadi ibu buat pertama kali ni memang roller coaster Kadang kita rasa tinggi macam mampu takluki dunia Tapi kadang rasa jatuh sampai tak tahu nak mula dari mana Semua berubah Diri kita berubah Badan hati fikiran semua tak sama Tapi perubahan...
Gadis Malaysia Pertama Jadi Idola K Pop Lingling Terpilih Sebagai Ketua Kumpulan Kiiras

Gadis Malaysia Pertama Jadi Idola K Pop Lingling Terpilih Sebagai Ketua Kumpulan Kiiras

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 187 hits
Akhirnya ada gadis dari Malaysia yang akan debut sebagai idola K Pop Artikel Berkaitan Bernaung di bawah agensi Lean Branding KIIRAS telah memperkenalkan enam ahli dalam kumpulan itu iaitu Lingling Kurumi Ha rin Kylie Do yeon dan Roah Menar...
Dari Panggilan Pertama Sampai Duit Lesap Ini Kronologi Warga Emas Rugi Rm186 000

Dari Panggilan Pertama Sampai Duit Lesap Ini Kronologi Warga Emas Rugi Rm186 000

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 146 hits
Duit pencen simpan bertahun lesap sekelip mata Seorang warga emas hilang ratusan ribu ringgit lepas terpedaya dengan scammer Niat nak gandakan simpanan tapi akhirnya habis semua Itulah kisah pilu seorang warga emas Seluruh wang simpanan yan...
Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 200 hits
Proton Holdings Bhd secara rasmi kembali ke pasaran automotif Singapura dengan pelancaran model kereta elektrik pertamanya Proton e MAS 7 Kemunculan semula jenama nasional Malaysia ini disambut meriah di acara The Car Expo 2025 yang berlang...
Ibu Rempah Rahsia Masakan Lebih Sedap Ini Cara Membuatnya

Ibu Rempah Rahsia Masakan Lebih Sedap Ini Cara Membuatnya

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 125 hits
Ibu rempah ini sangat berguna untuk masakan Malah boleh dikatakan sebagai rencah rahsia masakan seperti rendang asam pedas ayam goreng serta ayam bakar agar jadi lebih sedap Bukan itu saja bahan yang terkandung di dalamnya iaitu ketumbar se...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Smarter Operations Enabled By Sap System Malaysia

Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi