Nasi Ayam Sedap Wajib Cuba




Alhamdulillah setelah hampir seminggu tak update blog, saya pagi ini diberi sedikit kelapangan dan kekuatan untuk update blog. Kadang kadang datang rasa kurang semangat dan kurang motivasi. Haa kepada follower Azie Kitchen untuk klik follow blog saya. Anda akan mendapat notifikasi bila ada resipi di update ke dalam blog. Juga jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog tau. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.
Kali ini saya kongsikan petikan dari Kuliah Zoom Ustazah Dato Dr Fatma surah Al Fatihah bersyukur kerana Allah memilih kita untuk berada dalam majlis ilmu. Orang yang memberi ilmu dan mencari ilmu, keduanya akan berada di syurga.
Sesungguhnya ada sebab kenapa surah Al Fatihah yang mengandungi 7 ayat diletak di depan sekali. Banyak nama pada surah Al Fatihah. Dikenali juga sebagai Ummul kitab, mother of the kitab. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran atau Ummul Kitaab kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan juga menjadi inti sari daripada kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini juga turut dinamakan sebagai As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat. Tak hafal Al Fatihah tak boleh solat. Solat tak sah jika tak baca Al Fatihah. 7 ayat yang berulang ulang dibaca setiap hari. Ianya adalah satu surah terbaik dalam Al Quran.
Kita kena tahu apa dia Al Quran. Al Quran mengandungi 5 perkara iaitu Tauhid, ibadah, hari kiamat, akhlak dan sejarah. 5 perkara tersebut terkandung dalam 7 ayat dalam surah Al Fatihah. Al Quran boleh jadikan kita ahli syurga atau sebaliknya.
Tauhid berkenaan Allah yang Maha Esa, Ibadah yang diperintahkan, bereknaan hari kiamat yang mana hari kemusnahan alam, akhlak menunjukkan cara hidup yang sebenar, sejarah apa telah terjadi pada mereka yang engkar perintah Allah.
Bismillah ialah salah satu ayat dari Al Fatihah. Semua benda kita buat, mulakan dengan kalimah Bismillah. Allah ada 99 nama. Nama teragung ialah Allah. Jadi Bismillah. Sesungguhnya Rahmat ku melebihi kemarahan ku.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Ar Rahman Ar Rahim. Segala pujian kepada Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita masuk Syurga dengan rahmat Allah. Bukan dengan amalan kita. Kalau kita tak ada Rahmat, Allah tak bagi rahmat. Yakin dengan Allah. Kalau saya sakit ya Allah, berilah Rahman dan Rahim pada ku ya Allah. Rahmat Allah sangat besar, Allah bagi kita ada mata, ada telinga. Jadi Bismillah dan  segala puji dan segala syukur pada mu ya Allah.
Maaliki yaumiddiin hari kiamat. Yang Menguasai hari pembalasan. Hari kiamat iaitu hari kemusnahan alam dan manusia akan dibangkit untuk menghadapi hari pembalasan. Hari di mana ibu lari dari anak, isteri lari dari suami.  
Iyyaka na'budu waiyyaka nastaiin. Ikrar yakin kebesaran mu Ya Allah. Hanya engkau yang aku sembah dan hanya engkau tempat aku minta pertolongan. Bila perlu sesuatu, contoh di LHDN cuba minta tolong dengan Allah. Kalau kita sakiit, kita bertanya siapa best doktor in gastric. Bukan minta tolong dengan Allah. Kalau abang kita PM sekali pun, kalau Allah tak bagi, tak akan jadi. Percayalah dengan kekuasaan Allah. Yakin dengan Allah. 
Ihdinashirratal mustaqim. Shiratalladzina an'amta alaihim. Tunjukkan kami jalan yang lurus that bridge dunia dan akhirat. Tunjuk lah kami jalan dan akhlak sebagaimana orang orang yang engkau beri nikmat. Keputusan aku betul dan tindankan aku buat biarlah betul. 
Ghairil maghduubi alaihim waladhaaliin. Bukan jalan jalan orang jahat yang Engkau murkai dan bukan jalan orang orang yang sesat. Orang Yahudi ada ilmu kerana mereka ada kitab Taurat tapi tak guna dan tak ikut. Tahu benda betul dia buat juga. Bani Nasrani pula adalah orang yang sesat, mereka tak tahu yang mereka sesat tapi mereka ikut kata Yahudi menyebabkan Mariam difitnah dan Nabi Isa dibunuh sebelum diangkat ke langit. 
Aamiin bukan ayat Al Quran. Orang yang solat berjemaah dan mengucapkan ‘aamiin’ (perkenankanlah) ketika imam selesai membaca surah al-Fatihah. Malaikat akan memohon Allah memperkenankan dengan berkata Aamiin di langit, maka bertepatan ucapan antara keduanya, maka diampuni dosa yang lalu bagi mereka yang mengucapkan aamiin.

Saya rajin memasak nasi ayam kerana ianya adalah kegemaran anak anak. Kedua kerana senang tak perlu nak sediakan lauk pauk sampingan seperti sayur atau lauk bergoreng atau berkuah. Kira sekali siap, dah lengkap satu hidangan. 
Kali ini adalah resipi terbaru saya yang ada sedikit kelainan kerana saya menggunakan sedikit minyak bijan semasa menumis. Nasi ayam ala chinese style saya sebelum ini menggunakan lemak ayam tapi kali ini minyak bijan pula. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di SINI dan di SINI. Selamat mencuba......

Nasi Ayam Sedap Wajib Cuba
Oleh: Azie Kitchen
Ayam Goreng1 ekor ayam  - 1.6 kg
Bahan perap:1 sudu kecil serbuk 5 rempah
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar garam
½ sudu besar gula
Bahan Siram:
100 gram gula maltose - 3 - 4 sudu besar 
700 ml air
1 sudu besar cuka putihPewarna merah - jika suka
Cara cara:Bersihkan ayam dan keringkan dengan tuala dapur. Cucuk dengan garfu supaya mudah serap bahan perap. Nota: ayam yang saiz sederhana sahaja.
Lumur rata pada ayam dan diurut urut ke seluruh ayam supaya bahan perap meresap.

Satukan semua bahan siram dan masak sehingga mendidih. Letak ayam atas penapis dan siram ayam selama 2 minit sehingga kulit ayam tegang. Gantung selama dua jam sehingga kulit tegang dan kering. Boleh juga tos atas jaring untuk keringkan air.




Panaskan minyak dalam kuali yang agak lebar. Goreng dengan cara letak ayam atas penapis dan siram minyak panas bertujuan untuk mengelakkan kulit ayam hangus. 
Siram selama 20 minit atau sehingga ayam masak. Angkat dan tos minyak. Sejukkan sebelum dipotong dan siram dengan sos kicap dan hias dengan daun ketumbar. 

Nota: Saya goreng seketika dalam minyak kerana anak anak tak suka isi ayam yang masih berwarna pink.



Nasi Ayam
Bahan A:3 inci halia cincang - 15 gram
1 sudu besar bawang putih cincang - 15 gram/4 ulas
4 helai daun pandan
2 sudu besar mentega - 50 gram
2 sudu besar minyak bijan
1000 ml air - 5-6 pot air
Bahan B:450 gram beras - 3 pot1 ½ sudu kecil garam
Panaskan minyak dan tumis daun pandan, halia dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan air dan masak hingga mendidih. Tuang bahan ke dalam periuk nasi.

Kacau dan gaul dengan beras. Masak dalam periuk elektrik macam biasa. Nota: nisbah 1 pot beras: 2 pot air. Nota: boleh juga masukkan air siap siap dalam periuk sekali dengan beras. Kemudian tuang bahan tumis. 

Sambal Cili

Bahan kisar:
6 biji cili merah - 100 gram
6 ulas bawang putih - 30 gram
2 biji bawang merah - 25 gram
3 inci halia - 15 gram
1 ½ sudu kecil garam
2- 4 sudu besar gula - saya guna 4
9 biji limau kasturi - jus
80-100 ml air 
Kisar semua bahan sehingga halus dan siap. Nota: kuantiti gula bergantung pada kepedasan cili. Jika pedas, perlu lebih gula.

Sambal Kicap
Bahan bahan:
4 sudu besar kicap manis
6 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar minyak bijan
4 btg akar ketumbar
250 ml air

Masukkan semua bahan di dalam kuali dan masak sehingga mendidih. Tutup api.  


Sup Nasi Ayam
Bahan bahan:Leher dan kepak ayam 3-4 ulas bawang putih - ketukDaun bawang - bahagian putih1-2 inci halia - ketuk½ kiub pati ayam - opsyenalGaram Serbuk lada sulah
Bahan lain:Fish ballDaun bawangBawang goreng
Satukan semua bahan di dalam periuk yang mengandungi air bersama keropeh ayam.
Didihkan sehingga ayam menjadi lembut selama lebih kurang 30 sehingga 40 minit.
Masukkan fish ball, jika suka. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Nota: saya tidak guna garam untuk sup ini. Setelah masak, taburkan daun bawang dan bawang goreng. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/06/nasi-ayam-sedap-wajib-cuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap

Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 366 hits
Resepi Ayam Buttermilk Banyak masakan ayam yang menjadi kesukaan setiap orang Ada pelbagai ciptaan baru yang menggunakan bahan masakan ayam Salah satu masakan yang paling banyak di suka adalah ayam masak butter Saya telah menyediakan pelbag...
Sambal Menyatukan Kita Jom Try Nasi Ayam Geprek Sambal Bawean Di Universal Sambal

Sambal Menyatukan Kita Jom Try Nasi Ayam Geprek Sambal Bawean Di Universal Sambal

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 414 hits
Sambal Menyatukan Kita Jom Try Nasi Ayam Geprek Sambal Bawean di Universal Sambal Hi makan apa harini Nak share sejenis makanan yang korang boleh try untuk lunch ataupun dinner kat Universal Sambal Taman Bukit Dahlia Rasanya dorang ada je l...
Bosan Menu Sama Ayam Panggang Selera Pantang Confirm Bertambah Nasi

Bosan Menu Sama Ayam Panggang Selera Pantang Confirm Bertambah Nasi

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 195 hits
Makan menu sama je setiap hari sepanjang pantang pun bosan juga tau Mesti lah nak makan menu yang lain daripada lain juga Tapi perlu pandai olah bahan yang bersesuaian dengan keadaan badan semasa pantang Kalau tidak banyak komplikasi yang b...
Wajib Cuba Tanpa Rasa Waswas Ini 10 Restoran Dijamin Halal Perlu Dikunjungi Di Korea

Wajib Cuba Tanpa Rasa Waswas Ini 10 Restoran Dijamin Halal Perlu Dikunjungi Di Korea

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 156 hits
Salah satu dugaan yang menguji kesabaran orang Islam ketika bercuti di luar negara ialah mencari restoran halal Tidak seperti di Malaysia majoriti kedai makan di Korea menyediakan makanan yang tidak halal ARTIKEL BERKAITAN Sudah pasti ketik...
Jom Cuba Resepi Udang Masak Bali Yang Sedap

Jom Cuba Resepi Udang Masak Bali Yang Sedap

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 326 hits
Seperti kerang udang jugak adalah salah satu dari spesis hidupan laut yang boleh dimakan dan mempunyai khasiat yang tersendiri Ia mengandungi vitamin mineral protein yang bagus untuk kesihatan termasuk sifatnya yang rendah kalori dan tiada ...
Cara Buat Nugget Ayam Kentang Crispy Sedap Guna Bahan Berkhasiat

Cara Buat Nugget Ayam Kentang Crispy Sedap Guna Bahan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 285 hits
Anda patut cuba resipi Nugget Ayam Kentang Crispy homemade ni Bukan apa kebanyakan nugget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi Sangat tidak bagus untuk kesihatan Bila buat sendiri pastinya lebih sihat kebers...
Mudah Sangat Sedap Resipi Siakap Sos Thai Ni Memang Kena Cuba

Mudah Sangat Sedap Resipi Siakap Sos Thai Ni Memang Kena Cuba

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 232 hits
Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa hari ni Apa kata cuba resipi min kongsi dari saudari Liza Idris Sedap lain macam menu Ikan Siakap Sos Thai ni Bahan bahan dan cara memasaknya cukup ringkas dan mudah Rasanya juga pasti sangat enak...
Simple Tapi Menyengat Cuba Versi Ayam Kari Masak Kicap Ni Pula Lain Macam Sedapnya

Simple Tapi Menyengat Cuba Versi Ayam Kari Masak Kicap Ni Pula Lain Macam Sedapnya

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 268 hits
Tak sah kalau tak ada menu masak kicap setiap minggu Wajib untuk anak anak yang cukup sukakan ayam masak kicap Apa kata kali ini kita olah resipi masak kicap jadi lebih power Resipi perkongsian Superdaddy Khairul Abdullah dengan penambahan ...
Gulai Kuning Nasi Berlauk Kelantan Yang Sedap

Gulai Kuning Nasi Berlauk Kelantan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 225 hits
Saya belajar sesuatu dari Kuliah Zoom Ustazah Dato Dr Fatma Elzahra yang selama ini dibuat oleh masyarakat Islam di negara kita yang lebih kepada adat Sebenarnya banyak kali ustaz ustazah mengajar sebagai contoh bab bila mendengar berita ke...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Road To Upkk 2024


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Gempak Fiesta 2025 Fun Family Fabulous Prizes

Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto