Nasi Ayam Geprek Ar Sambal Dia Tak Tahan Pedas Berapi
Tempting betul tengok Nasi Ayam Geprek AR by Ayu Raudhah sejak dia jual kat Kedah lagi. Kita perati dari jauh je lah. Nak order memang tak dapat lah. Bila Zaquan Adha dah official masuk team Nismilan balik. Ada peluang lah nak mencuba rasa Nasi Ayam Geprek AR ni
Khamis minggu lepas ada whatsapp tapi katanya tak open order untuk haritu dengan esoknya. Katanya tunggu dia bagitau kat ig story dia kalau nak order. Okay, baiklah
Pagi tadi nampak dia dan Zaquan post ig story, apa lagi terus order lah. Berdesup masuk order 2 pax Nasi Ayam Geprek AR dengan satu jar sambal geprek
Sambal geprek tu macam baru jual dan promote minggu lepas je. Sebelum ni macam tak nampak pulak. So order lah sekali. Alang-alang dah order kan.
Ikutkan self pick pukul 12pm tapi minta nak ambil awal sebab perut dah tak sabar nak makan. Tak breakfast punya pasal. Padan muka
Lepas husband ambil, kita ambil gambar dulu macam biasa. Walaupun mendung, bertabahlah gambar kelam. kelabu asap pulak tengoknya.
Hidangan lengkap Nasi Ayam Geprek AR. Buka penutup dia, bau macam ayam KFC. Dahlah perut tengah lapar. Bersabar lagi sebab nak ambil gambar punya pasal, kan
Meriah betul dalam satu pax Nasi Ayam Geprek AR ni
semangkuk nasiseketul ayam saiz sederhana dengan kriuk kriuk tepung goreng ayamsehelai kobissepotong timunsepotong tempe gorengsepotong tauhu goreng2 batang potongan kacang panjangsetengah biji limau kasturi1 bekas kicap1 bekas sambal geprekNasi Ayam Geprek AR Dialas dengan daun pisang
Sambal Geprek ARFuhhh pedas dia berapi okay. Benarlah bagai di kata, pedas betul sambal geprek AR ni. Tak tahan tapi makan juga sampai tak cukup sambal dalam bekas tu. Mujur lah ada beli satu botol sambal ni. Simpan buat stok makan dengan nasi panas-panas. Berpeluh makan
Masa husband beli tadi AR ambil sambal baru siap buat kot. Termeleleh minyak dia. Yang bertakung tu dah siap-siap buang. Kurangkan minyak dan simpan
Okay lega lepas teringin nak makan Nasi Ayam Geprek AR. Ayam dia masak elok, salutan tepung rangup dan sedap. Sambal pun sedap. Teringat ingat kesedapan dia. Mungkin sebab kena dengan selera kot. Selera orang lain tak tahu lah
Orang Seremban nak order, kena tengok ig story @Ayuraudhah_7 atau @zaquan adha. Nanti dorang akan announce bila open order. Tak pasti ada delivery sekali ke tak sebab masa order ni self pick je available.
Harga Nasi Ayam Geprek ARNasi ayam geprek RM10 per pax
Sambal satu jar RM16.90
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/02/nasi-ayam-geprek-ar-ayu-raudhah-sambal.html