Naratif Anti Melayu Makin Kuat Dap Dijangka Berdepan Masa Sukar Pada Pru15


freemalaysiatoday.com
K. Parkaran
-October 8, 2022 7:00 AM
Jika senario pasca PRU15 memerlukan pembentukan gabungan, penganalisis menjangkakan DAP akan menjadi yang paling rugi kerana parti-parti Melayu berkemungkinan besar akan bersatu.
PETALING JAYA: Selepas menunjukkan prestasi yang baik dalam tiga pilihan raya umum lalu, DAP dijangka berdepan kesukaran pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) susulan perubahan formula politik, menurut beberapa penganalisis.

Mereka berpendapat, cabaran terbesar bagi parti itu adalah untuk meraih undi Melayu di kawasan separa bandar dan luar bandar berikutan naratif dimainkan Umno dan PAS bahawa DAP anti Islam dan anti-Melayu mendapat sambutan sebilangan besar orang Melayu.

Dan jika senario pasca PRU15 memerlukan pembentukan gabungan, mereka menjangkakan DAP akan menjadi yang paling rugi kerana parti-parti Melayu berkemungkinan besar akan bersatu atas nama perpaduan kaum dan agama.

James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, DAP tidak pernah berjaya mengikis imej negatifnya dalam kalangan orang Melayu luar bandar yang menjadi penentu di 40% daripada 222 kawasan Parlimen.

“Parti itu sepatutnya meletakkan lebih ramai calon Melayu di kawasan majoriti Cina atau kubu kuat DAP,” katanya kepada FMT.

“Tiada gunanya meletakkan calon Melayu di kawasan di mana mereka akan berdepan kesukaran dan berkemungkinan kalah.

“Akhirnya DAP perlu menambah bilangan wakil rakyat Melayu. Ini satu-satunya cara untuk menunjukkannya keikhlasan dalam dakwaannya mahu menjadi (parti) yang benar-benar berbilang kaum.”

Chin berkata, langkah itu juga berkesan untuk memaksa komuniti Cina menyemak semula pandangan mereka terhadap perwakilan politik.

“Di Malaysia, terdapat idea yang pelik bahawa sesebuah komuniti hanya boleh diwakili seseorang daripada kumpulan etnik yang sama.”

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, DAP mendapat manfaat daripada undi Melayu pada PRU lalu kerana kempen Pakatan Harapan (PH) dibantu Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

“Mereka membuat banyak perbezaan dalam menarik undi Melayu untuk PH,” katanya kepada FMT.

“Sekarang mereka dalam kem berbeza, sukar bagi DAP untuk menarik undi Melayu.

“Dengan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), PAS dan Gerakan Tanah Air semuanya bergantung kepada undi Melayu untuk menang, 80% hingga 90% undi Melayu dijangka dikongsi oleh parti-parti ini.”

Bagaimanapun, kata Azmi, pengundi Melayu bandar dan separa luar bandar baharu yang berusia antara 18 dan 30 tahun mungkin dapat memberi kelebihan kepada DAP. Ramai dalam kalangan pengundi ini nampaknya tidak cukup dipengaruhi oleh retorik kaum dan agama.

“Namun ia tetap akan menjadi cabaran kepada DAP kerana perlu berkongsi undi-undi ini dengan peserta baharu, Muda dan Warisan. Ini akan menjejaskan PH secara keseluruhannya.”

Bagaimanapun, Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia berkata, beliau percaya serangan meluas terhadap DAP menggunakan isu kaum dan agama hanya akan menyukarkan pesaingnya untuk memenangi sokongan bukan Melayu.

“Pengundi yang lebih berpendidikan cenderung kurang dipengaruhi oleh kempen menggunakan agama dan etnik,” katanya.

“Mereka lebih bimbang tentang kenaikan kos sara hidup, rasuah dan ringgit yang semakin lemah.”

Beliau menjangkakan DAP akan mengekalkan kebanyakan kerusinya tanpa mengira siapa calonnya.

Mengenai pengundi baharu pula, Sivamurugan berkata, corak pengundian mereka mungkin bergantung pada pengaruh ahli keluarga dan rakan sebaya.

“Mereka juga sekarang lebih arif tentang politik, dengan media sosial menjadi sumber maklumat utama mereka,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/naratif-anti-melayu-makin-kuat-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Bertambah Kuat Melayu Lemah Kerana Mahathir

Dap Bertambah Kuat Melayu Lemah Kerana Mahathir

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 172 hits
Oleh Adam Malik PRU14 menyaksikan betapa sebuah parti yang sepanjang hayat tidak pernah menjadi kerajaan pusat telah menjadi kerajaan Selama kerajaan dibentuk dipusat jawatan Peguam Negara belum pernah dijawat oleh bukan Melayu namun ia tel...
Pru15 Umno Tidak Terancam Dengan Calon Melayu Dap

Pru15 Umno Tidak Terancam Dengan Calon Melayu Dap

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 208 hits
UMNO tidak melihat hasrat DAP untuk meletakkan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 15 sebagai satu ancaman Ini kerana semua parti tidak boleh lagi berselindung di sebalik kelemahan masing masing kerana semuanya pernah menjadi...
Pru15 Dap Intai Kerusi Majoriti Melayu Di Perak

Pru15 Dap Intai Kerusi Majoriti Melayu Di Perak

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 138 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 3 2022 8 31 AMDAP bercadang untuk keluar dari zon selamatnya pada pilihan raya umum ke 15 dan bertanding di kerusi Melayu di Perak Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pada 2018 parti itu telah bertandin...
Umno Mahu Pru15 Segera Kerana Sedar Sokongan Melayu Menjunam Kata Rafizi Jelajah Pulau Pinang

Umno Mahu Pru15 Segera Kerana Sedar Sokongan Melayu Menjunam Kata Rafizi Jelajah Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 207 hits
October 2 2022 Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata PH mampu menubuhkan kerajaan jika memperoleh sokongan 30 pengundi Melayu selain 80 pengundi Cina dan India PETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Umno terdesak men...
Melayu Berasa Hati Semenjak Najib Di Penjara Sukar Untuk Gta Mahathir Bertapak

Melayu Berasa Hati Semenjak Najib Di Penjara Sukar Untuk Gta Mahathir Bertapak

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 233 hits
Oleh Adam MalikMahathir mungkin merasa lega apabila Najib Razak dipenjarakan Ini kerana Najib Razak dilihat sebagai batu penghalang agenda politik Mahathir Pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri dalam Sembilan tahun lebih dasyat dan hebat...
3 Negeri Pimpinan Ph Tak Bubar Jika Pru15 Dalam Masa Terdekat Kata Anwar

3 Negeri Pimpinan Ph Tak Bubar Jika Pru15 Dalam Masa Terdekat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 158 hits
Faiz Zainudin October 5 2022 Anwar Ibrahim berkata tiga negeri pimpinan PH tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga isu banjir selesai KUALA LUMPUR Tiga negeri pimpinan Pakatan Harapan tidak akan dibubarkan jika pilihan raya umum ke 15 d...
Jika Ph Menang Pru15 Dap Akan Berkuasa M Saravanan

Jika Ph Menang Pru15 Dap Akan Berkuasa M Saravanan

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 205 hits
ismaweb net Anwar takkan dapat jadi PM tanpa sokongan DAP TAPAH 28 Safar 1444H Ahad Sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 DAP yang akan menentukan haluan pentadbiran negara demikian dakwa Datuk Seri M Saravanan Menteri...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities