Umno Mahu Pru15 Segera Kerana Sedar Sokongan Melayu Menjunam Kata Rafizi Jelajah Pulau Pinang





FMT Reporters -October 2, 2022 
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, PH mampu menubuhkan kerajaan jika memperoleh sokongan 30% pengundi Melayu, selain 80% pengundi Cina dan India.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Umno terdesak mengadakan pilihan raya umum kerana sedar sokongan pengundi Melayu baginya menjunam dalam tempoh Ogos hingga September sahaja.
Katanya, berlaku peralihan sokongan Melayu 9% selepas bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan, selain susulan pendedahan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Peralihan itu sebenarnya “besar”, katanya, apabila mengambil kira peralihan sokongan Melayu sebanyak 5% yang menyumbang kepada kejatuhan lima negeri ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, manakala peralihan 7% menumbangkan kerajaan persekutuan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.
“Awal September, selepas Najib masuk penjara, LCS dan ‘merpati’, saya macam tak percaya apabila tengok (kaji selidik) dan (saya) tunjuk kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR – ‘too good to true’.
“Peralihan sokongan Melayu kepada Umno menjunam 9% kepada 18% berbanding 27% pada awal Ogos. Peralihan 9% undi itu sebenarnya besar kerana ketika Umno-BN jatuh pada 2018, peralihan sokongan Melayu 7% sahaja,” katanya pada jelajah Trak Ayuh Malaysia di Pulau Pinang.
Rafizi berkata, Pakatan Harapan (PH) mampu menubuhkan kerajaan jika memperoleh sokongan 30% pengundi Melayu, selain 80% pengundi Cina dan India.
Katanya, kaji selidik dan wawancara yang dilakukannya setiap bulan sepanjang enam tahun lalu, membabitkan 2,500 pengundi yang dipilih secara rawak, bertujuan menilai sentimen pengundi.
Pada masa yang sama, beliau menafikan tuduhan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa PH takut berdepan pilihan raya segera, menyifatkannya sebagai tidak benar sama sekali.
“Sepatutnya Umno yang perlu takut buat pilihan raya kerana ramai pengundi Melayu yang akan terjejas akibat banjir,” katanya.
Jika pilihan raya umum ke-15 diadakan pada November, PH diyakini mampu menjadi blok paling besar yang akan “dijemput” membentuk kerajaan, katanya.
Pada 26 Ogos lalu, Zahid berkata, beliau tidak akan mengikut rentak pembangkang melengahkan PRU15 dan memberi peluang kepada mereka untuk menyerang Umno.
“Kita tidak akan ikut rentak pembangkang yang mahu melengahkan PRU15 agar mereka dapat menyusun strategi, mempelbagaikan propaganda, menambah serangan politik terhadap Umno.
“Kita dalam arus politik perdana sangat faham gelagat mereka. Jangan bagi ruang seinci pun kepada pembangkang dan sekutu mereka untuk memporak-perandakan Umno,” katanya di Facebook.
Pada 30 Sept, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, pihaknya telah mencapai kata sepakat bahawa Parlimen hendaklah dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini.
Beliau berkata, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/umno-mahu-pru15-segera-kerana-sedar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Melayu Kepada Umno Jatuh Teruk Sejak Najib Masuk Penjara Rafizi

Sokongan Melayu Kepada Umno Jatuh Teruk Sejak Najib Masuk Penjara Rafizi

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 216 hits
agendaily com02 10 2022Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli UMNO bakal berdepan satu lagi penolakan rakyat sekiranya mereka masih mahu mendesak untuk mengadakan pilihan raya umum ke 15 dengan segera tahun ini juga kata Rafizi Ramli Timbalan P...
Pru15 Segera Ku Li Bimbang Umno Kalah Teruk

Pru15 Segera Ku Li Bimbang Umno Kalah Teruk

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 185 hits
Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menzahirkan kebimbangan parti itu akan kalah teruk jika berterusan mendesak kerajaan membubar Parlimen dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke 15 Tengku Razaleigh atau Ku Li b...
Gempak Umno Putuskan Pru15 Rafizi Sekolah Top 5 Umnos

Gempak Umno Putuskan Pru15 Rafizi Sekolah Top 5 Umnos

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 192 hits
Malam ini UMNO bermesyuarat untuk memaksa Perdana Menteri memanggil pilihanraya walaupun semua ramalan cuaca memberi amaran mengenai bencana banjir yang akan tiba Saya berharap ada satu dua pimpinan UMNO yang berfikir mengenai perasaan dan ...
Sokongan Melayu Merudum Punca Umno Terdesak Pru Awal

Sokongan Melayu Merudum Punca Umno Terdesak Pru Awal

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 215 hits
MalaysiakiniTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata penurunan sokongan orang Melayu terhadap Umno merupakan sebab mengapa parti yang diterajui Ahmad Zahid Hamidi itu begitu terdesak untuk mengadakan pilihan raya umum awal Pada kempen Ayu...
Kesiannya Presiden Umno Ni Tak Habis2 Merengek Nak Pru15 Segera

Kesiannya Presiden Umno Ni Tak Habis2 Merengek Nak Pru15 Segera

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 190 hits
Meskipun jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri sementara masih mempunyai kuasa dan melaksanakan tugas rasmi termasuk untuk menangani banjir kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Menurut pengerus...
Pru15 Umno Tidak Terancam Dengan Calon Melayu Dap

Pru15 Umno Tidak Terancam Dengan Calon Melayu Dap

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 214 hits
UMNO tidak melihat hasrat DAP untuk meletakkan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 15 sebagai satu ancaman Ini kerana semua parti tidak boleh lagi berselindung di sebalik kelemahan masing masing kerana semuanya pernah menjadi...
Raih 30 Undi Melayu Ph Mampu Menang 27 Kerusi Kritikal Kata Rafizi

Raih 30 Undi Melayu Ph Mampu Menang 27 Kerusi Kritikal Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 166 hits
Rafizi Ramli berkata Umno dan PAS sekiranya bergabung dan mengelak pertembungan di kerusi terbabit mampu menguasai 90 undi Melayu dan menang tanpa memerlukan banyak sokongan bukan Melayu PETALING JAYA Pakatan Harapan boleh menang di 27 keru...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam