Nangka Masak Lemak Ikan Masin



Sejak kecil saya suka makan ikan kering yang dimasak gulai bersama ikan rebus dan dijadikan lauk nasi berlauk. Kebiasaannya penjual nasi berlauk akan menggunakan ikan plater. Di dalam periuk ikan gulai, dimasukkan sekali hirisan timun dan kacang panjang dan lada hijau solok. Seekor ikan kering memang tak cukup, itu yang menjadikan lauk ini sentiasa di hati. 

Kita lari sedikit dari topik masakan, sebenarnya dah beberapa hari saya teringin hendak makan ayam hutan dan ikan sungai liar. Merata rata saya mencarinya. Aduhai susah nak mendapatnya di sini. Saya juga teringin nak makan burung sita atau di sini dipanggil burung ruak ruak yang saya last sekali makan rasanya lebih 30 tahun lepas. 

Bila ada masa terluang jer, saya akan melihat youtube cara menangkap ayam hutan dan burung ruak ruak. Bagusnya google ni, macam macam kita boleh cari di sini. Hahaha termasuk lah blog azie kitchen juga boleh dicari melalui google kan.

Sejak kecil sehingga kini, saya sukakan haiwan dan ternakan seperti ikan, burung, ayam peliharaan. Semasa di kampung dulu, suka merayau di sungai, paya dan hutan memancing ikan, mencari ikan laga, mencari anak ikan keli di telaga telaga yang tidak lagi digunakan, mencari burung puyuh dan sarang burung.  

Saya pernah membeli seekor burung yang telah menang pertandingan dengan harga RM400 dek kerana minat. Saya juga membawa balik ayam serama dan ayam hutan dari Kelantan untuk di pelihara. Ikan yang saya pelihara dalam kolam ikan di rumah juga ialah ikan kelah yang merupakan ikan exotik. 

Memang minat dan kecenderungan saya ke arah itu. Melihat ikan berenang memberikan ketenangan. Saya juga suka mendengar ayam berkokok dan burung berkicau. Di hadapan rumah saya sekarang ini, macam macam burung liar akan melintas. Kalau ternampak burung seperti burung ruak ruak, burung bangau pun ada, saya sanggup mengekori sehingga ianya hilang dari mata. Keterujaan saya tat kala itu, tidak boleh digambarkan dengan kata kata. 

Seperti saya, anak anak lelaki saya juga dulu minat dengan haiwan peliharaan. Tapi sayang suami saya tidak meminatinya menyebabkan minat saya tak bersemai. Hahaha tak kan lah nak ikut geng lelaki pergi berburu atau memancing pula kan.  

Berbalik pada resepi hari ini, nangka yang saya gunakan hari ini untuk nangka masak lemak ikan masin adalah baki dari nangka yang saya gunakan untuk memasak nangka masak lemak cili api dengan daging dan petai kikis di SINI. 

Serius saya memang suka lauk masak lemak ala kampung ini. Kebelakangan ini, saya memasak menggunakan santan segar. Lagi lah sedap dan hebat menternak lemak. Hahaha.
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Nangka Masak Lemak Ikan MasinOleh: Azie Kitchen
Bahan kisar :4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi1 inci kunyit hidup
Bahan bahan:2 keping nangka muda - direbus Ikan masin kurau2 batang serai - ketuk1 biji kelapa - santanGaram1 keping asam keping 
Cara cara: Nangka direbus dalam air mendidih. Angkat, tos dan potong kecil. Ketepikan.



Panaskan satu senduk minyak masak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik minyak.  
Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan ikan masin dan masak sehingga ikan masak. 

Masukkan nangka yang telah direbus, asam keping dan sedikit garam. Nota: jangan terlebih garam kerana ikan masin dah masin. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/11/nangka-masak-lemak-ikan-masin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Dan Masak Resipi Asam Pedas Ikan Cencaru

Cara Buat Dan Masak Resipi Asam Pedas Ikan Cencaru

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 709 hits
Cara Buat Dan Masak Resipi Asam Pedas Ikan Cencaru Anda yang teringin memasak menggunakan bahan seperti ikan cencaru boleh cuba resepi yang akan dokongsikan nanti Berikut eresepi akan kongsikan panduan dan cara cara memasak Asam Pedas langk...
Ikan Selar Kuning Masak Tumis Air

Ikan Selar Kuning Masak Tumis Air

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 6574 hits
Assalamualaikum w b t Hari ni nak share resipi Ikan Selar Kuning Masak Tumis Air salah satu masakan di Terengganu Tumis air ni kelihatan seperti asam pedas tetapi tak sama sebenarnya kerana asam pedas lebih pekat berbanding tumis air Resipi...
Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap

Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 791 hits
Serious lauk kami hari ini sangat sedap Lauk masak lemak telur itik dengan jantung pisang Bayangkan saya makan nasi putih dengan lauk ini sahaja Tak sentuh lauk lain langsung Itu pun menambah 3 kali Sebetulnya saya kalau makan satu lauk ber...
Scam Sugar Mummy Sasar Lelaki Mahu Jadi Anak Ikan

Scam Sugar Mummy Sasar Lelaki Mahu Jadi Anak Ikan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 438 hits
MalaysiaGazette Penipuan Sugar Mummy berleluasa dengan menjerat lelaki yang mahu hidup senang sehingga sanggup menjadi anak ikan KUALA LUMPUR Penipuan Sugar Mummy berleluasa dengan menjerat lelaki yang mahu hidup senang sehingga sanggup men...
Ribuan Ikan Mas Mati Mendadak Di Sungai Eufrat Sabda Nabi Tentang Kiamat Jadi Kenyataan

Ribuan Ikan Mas Mati Mendadak Di Sungai Eufrat Sabda Nabi Tentang Kiamat Jadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 795 hits
Tak hanya semakin mengering ribuan ikan Mas yang diternak di pinggiran Sungai Eufrat mati misterius Tampaknya hadis dan riwayat Rasulullah SAW mulai menjadi kenyataan segala fakta yang membuktikan semakin dekatnya kiamat satu per satu terun...
Resepi Sotong Goreng Tepung Mudah Dan Cepat Seperti Di Kedai Ikan Bakar

Resepi Sotong Goreng Tepung Mudah Dan Cepat Seperti Di Kedai Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 744 hits
Assalamualaikum suka makan sotong goreng tepung Yes Daku satu keluarga pun suka Kalau ke kedai ikan bakar tu wajib order walaupun boleh buat sendiri sebab tahap suka tu tersangatlah tinggi hehe makin best jika sotong yang telah di order tu ...
Bukan Ulat Cacing Tapi Susu Ikan Patin

Bukan Ulat Cacing Tapi Susu Ikan Patin

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 3042 hits
Haritu kakngah ada hantar satu gambar misteri dan menakutkan di Whatsapp group Serius geli woh Terkezut den Ku sangkakan gambar ulat cacing di dalam ikan patin rupa rupanya bukan Ianya ialah susu ikan patin Haa percaya tak bawah ni susu ika...
Ikut Petua Lama Ini Ikan Tak Hanyir Lagi

Ikut Petua Lama Ini Ikan Tak Hanyir Lagi

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 616 hits
Ikut Petua Lama Ini Ikan Tak Hanyir LagiBila bercakap soal petua di dapur memang banyak dan salah satunya soal hendak hilangkan bau dan rasa hanyir ikan
Misteri Ribuan Ikan Mati Di Iraq

Misteri Ribuan Ikan Mati Di Iraq

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 405 hits
Pertenak ikan di selatan Baghdad Iraq mendapati beribu ribu spesies karp mati secara misteri dan terapung di tebing sungai Euphrates Longgongkan ikan mati bersama beberapa tayar kereta dan beg plastik boleh dilihat di bawah jambatan konkrit...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Korban Salam Aidiladha 1446h June 2025

Memang Azab Rasa Dia Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Lepas Bersalin

Saya Pulang Kampus Lebih Awal Pelajar Terselamat Tragedi Bas Upsi

Kali Pertama Korban Eidul Adha

Lu Fikir Bagus Sangat Ka Orang Bodoh Pun Buat Duit Kenapa Lu Tak

Pgslot Top 91 By Margot Pgslot Tm69 Co Pgslot Web 1 2568