Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung Pisang Yang Sangat Sedap



Serious lauk kami hari ini sangat sedap. Lauk masak lemak telur itik dengan jantung pisang. Bayangkan saya makan nasi putih dengan lauk ini sahaja. Tak sentuh lauk lain langsung. Itu pun menambah 3 kali. Sebetulnya saya kalau makan satu lauk berkuah, tak suka dicampur dengan lauk lain yang berkuah atau bersambal. Hilang rasa masak lemak. Kalau sekadar makan dengan ikan goreng garam kunyit sahaja, Ok lagi. 

Jantung pisang hari ini pun sangat sedap. Tak terasa kelat langsung. Telur itik bahagian kuningnya pun, basah basah sedikit. Jangan pulak telur sampai terlalu masak sehingga telur kuning dah menjadi kering. 

Petua yang saya dapat sebelum ini juga ialah masukkan telur sebelum kuah mendidih. Kejadian telur saya hari ini, tidak lah cantik tapi boooleeh lah. Lemak kuahnya pun cukup kerana kami menggunakan santan segar yang diperah sendiri. Warna kuningnya pun cantik. 

Lepas ni jangan ada mak cik Bawang yang menulis komen kononnya saya overclaim masakan saya sedap. Hahaha saya memang suka makan, apa yang saya masak dan rasa sedap, saya tulis sedap sebagai rujukan kalau ada follower yang mahu cuba. Sedap di tekak saya. Tak tahu lah pulak, ada mak cik Bawang yang memendam rasa dan sakit hati dengan saya.  

Jantung pisang sangat banyak khasiatnya. Ianya boleh membanyakkan susu bagi ibu ibu yang menyusukan bayi. Itu berdasarkan apa yang saya baca dan saya dengar dari Bonda Rozita Ibrahim, Pengasas Jamu Ratu Malaya. 

Cara seorang dengan seorang lain memasak lemak mungkin berbeza. Ini adalah cara saya. Kadang kadang cara saya, hanya mengikut gerak hati. Walaupun menggunakan cili padi, tapi saya juga menggunakan bawang merah dan bawang putih. Masaklah cara mana pun, yang penting ianya sedap dan disukai oleh keluarga kita. 
Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Masak Lemak Telur Itik Dengan Jantung PisangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:5 biji telur itik - pilih telur segar1 ketul jantung pisangSantan segar - dari 1 biji kelapa
1 keping asam kepingGaramGula
Bahan tumbuk:8 tangkai cili padi1 inci kunyit hidup3 ulas bawang merah1 ulas bawang putih
Cara cara:Jantung pisang dihiris dan direbus dalam air mendidih sehingga masak. Masukkan sedikit garam dan gula bagi mengelakkan ianya menjadi lebam. Angkat dan tos.  

Masukkan bahan kisar dan sedikit air ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih dan bahan kisar masak. 

Masukkan santan cair dan sentiasa dikacau menggunakan api perlahan. Pecahkan telur di dalam mangkuk kecil. Sebelum kuah mendidih, masukkan telur satu persatu dan terus masak dengan api perlahan sehingga telur mengeras. Jika mahu terbalikkan telur, guna sudu atau senduk kecil sahaja. 

Masukkan jantung pisang yang telah direbus, asam keping, garam dan gula secukupnya. Nota: telur itik ada sedikit hanyir berbanding telur ayam, jadi kena masukkan asam keping.

Tuangkan santan pekat dan terus masak dengan api kecil sehingga telur masak dan kuah merenih. Jangan masak sehingga santan terbit minyak.

Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Terus dikacau beberapa minit selepas ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/10/masak-lemak-telur-itik-dengan-jantung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengat Pisang Tanduk Dengan Sagu Rasa Lemak Manis Yang Sedap

Pengat Pisang Tanduk Dengan Sagu Rasa Lemak Manis Yang Sedap

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 722 hits
Pengat pisang tanduk dengan sagu rasa lemak manis yang sedap Assalamualaikum wbt Cikla agak hidangan pengat merupakan antara menu pencuci mulut yang popular khususnya di kalangan masyarakat Melayu Betul tak Pengat ni pulak ada macam macam P...
Sayur Pak Choy Masak Lemak Dengan Udang Senang Sedap Dan Tentunya Berkhasiat

Sayur Pak Choy Masak Lemak Dengan Udang Senang Sedap Dan Tentunya Berkhasiat

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 1132 hits
Sayur Pak Choy masak lemak dengan udang Senang sedap dan tentunya berkhasiat Assalamualaikum wbt Sebenarnya kalau korang nak tau dalam keluarga sawi tak kira sawi hijau atau putih ni memang banyak jenisnya Antaranya adalah sawi hijau yang b...
Sambal Telur Belimbing Buluh Yang Senang Dan Sedap Jom Masak

Sambal Telur Belimbing Buluh Yang Senang Dan Sedap Jom Masak

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 719 hits
Sambal telur belimbing buluh yang senang dan sedap Jom masak Assalamualaikum wbt Cikla percaya kebanyakan mak mak diluar sana kadang kadang macam blur dan tak tahu nak masak apa kan Maklumlah masak hari hari sampai kehabisan idea Haha Punya...
Masak Lemak Putih Sayur Bayam

Masak Lemak Putih Sayur Bayam

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 1524 hits
Masak lemak sayur bayam adalah antara sayuran yang boleh dimakan oleh wanita yang lepas menjalani pantang Yang mana boleh saya cuba ikuti juga tentang mana sayuran yang boleh dimakan dan yang tidak boleh walaupun anak saya telah pun mula be...
Telur Dadar Sedap Macam Macam Rasa Ada

Telur Dadar Sedap Macam Macam Rasa Ada

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 513 hits
Telur Dadar Sedap Macam macam Rasa AdaTELUR DADAR ANEKA RASA
Makan Itik Salai Masthar Di Sungai Ramal Bangi Sedap Cuma

Makan Itik Salai Masthar Di Sungai Ramal Bangi Sedap Cuma

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 1961 hits
Seawal jam 10 pagi lagi kedai makan itik salai Masthar di Sungai Ramal Bangi dah bermula operasi Tergerak hati nak singgah ke sana apabila Khair yang beria ajak makan sana Dia bagitahu makan kat situ best sebab dia dah pernah datang dengan ...
Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

Ayam Masak Lemak Cili Api Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 1406 hits
Saya telah melalui hampir segalanya Alam bayi alam kanak kanak yang kedua duanya memang saya tidak boleh ingat pun Saya juga melalui zaman persekolahan persekolahan menengah dan zaman universiti yang terindah Saya melalui alam cinta monyet ...
Kek Pisang Moist Dan Sedap

Kek Pisang Moist Dan Sedap

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 597 hits
Entah kenapa sehari dua ini saya sangat terganggu bila membaca bab rasuah berjuta juta dan juga bab pembunuhan kejam journalis Jamal Kashoggi di Kedutaan Arab Saudi di Turki Terfikir bagaimana mereka membunuh dan merancang pembunuhan boleh ...
Cara Mudah Masak Sup Tahu Jepun Jadi Sedap

Cara Mudah Masak Sup Tahu Jepun Jadi Sedap

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 682 hits
Cara Mudah Masak Sup Tahu Jepun Jadi Sedap Saya suka makan sup tahu jepun Bahan bahan masaknya pun cukup ringkas tapi rasa supnya amat sedap Kalau dapat makan ketika sedang tak ada mood nak makan yang berat berat sudah cukup bagi saya Jom s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game