Nampak Sengsara Sangat Ummi Nazeera Kena Minum Air Gula Kali Kedua Suami Kongsi Tips


Selain menanti kontraksi dan detik kelahiran, satu hal yang begitu menyeramkan ibu hamil adalah ketika perlu minum air gula yang sememangnya diwajibkan untuk ibu hamil.
Terbaru menerusi Instagram, pelakon Ummi Nazeera juga tidak terkecuali berdepan pengalaman minum air gula sekali lagi di kehamilan keduanya ini.

Biarpun sudah berpengalaman, namun kata Ummi ia bukanlah satu tugas yang mudah. Cukup senggara katanya melalui kapsyen di video yang dimuat naik olehnya baru-baru ini.

“Nampak video sebelum ni happy je kan ? Haaa itu sebelum kena minum air gula.
“I look soo miserable here,” tulisnya.
 
View this post on Instagram  
A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Melalui video yang dimuat naik oleh pelakon hebat itu, Ummi kelihatan cukup payah menghabiskan segelas air gulanya yang pekat dan likat sambil dipujuk oleh suaminya.
Video yang dikongsikan oleh Ummi itu ternyata mendapat reaksi daripada para peminatnya. Malah ada yang turut berkongsi tip dan cara terbaik untuk minum air gula ini agar lebih sukses tanpa perlu muntah.

Dalam pada itu, meninjau di Instagram suaminya, Dr Izzar Anwari turut berkongsi informasi mengenai minum air gula serta tidak ketinggalan berkongsi tip untuk melancarkan proses minum air gula.
MINUM AIR GULA SEMASA MENGANDUNG
Semasa kehamilan, penghasilan hormon yang mengawal paras gula dalam badan (insulin) akan terganggu oleh hormon-hormon yang dihasilkan oleh uri. Gangguan ni dipanggil rintangan insulin. Bila paras insulin dalam badan berkurangan, paras gula tak boleh dikawal menyebabkan paras gula naik. Inilah yang menyebabkan terjadinya Gestational Diabetes Melitus (GDM).
Sesiapa sahaja boleh dapat GDM ni semasa kehamilan. Faktor yang meningkatkan kemungkinan nak dapat GDM ni termasuklah:

*Sejarah keluarga menghidapi diabetes
*Wanita berumur lebih 25 tahun
*Ada GDM pada kehamilan lalu
*Ada masalah kehamilan lain seperti darah tinggi, polihidramnios, keguguran
*Pernah lahirkan bayi lebih 4kg berat, lahir mati, atau bayi dilahirkan cacat
*Ada jangkitan kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit
Jadi, ibu-ibu yang berisiko tinggi ni kena buat ujian saringan air gula (MOGTT) untuk mengesan GDM semasa lawatan pertama doktor, dan kalau normal, pada minggu 24-28 kehamilan akan buat ujian ulangan. Untuk ibu yang risiko tak tinggi, korang minum air gula yang sedap tu pada minggu 24-28 je terus.

Alright. Kalau keputusan normal, alhamdulillah. Tetapi, kalau keputusan ada GDM, doktor akan tentukan sama ada hanya perlu kawal diet atau mulakan ubat. Kena rujuk pada doktor masing-masing ya.
Kalau anda didiagnose GDM, ikutlah apa yang doktor suruh buat. Kalau paras gula tak dikawal baik, banyak komplikasi akan berlaku kepada anak dalam kandungan dan juga ibu. Komplikasi-komplikasi ini pula boleh mengancam nyawa ibu dan anak.

Biasanya ibu akan pulih dari GDM selepas melahirkan anak. Tapi risiko untuk mendapat GDM pada kehamilan akan datang akan bertambah.
Jadi, kalau Doktor minta minum air gula yang enak tu, minumlah dengan hati yang tenang. Di Klinik Kesihatan air gula dia plain tiada perisa selalunya. Di swasta, ada perisa. Tapi ikut orang, ada yang suka tak perisa macam wife saya.

Tips untuk minum air gula masa hamil yang orang selalu cakap ialah minum dengan air suam dan minum sekali harung sambil tahan nafas. Kalau muntah lepas tu, kena start balik dari mula. Senang je kan. Saya pun boleh buat. Tapi tula, saya tak mengandung. #drizzarshares
Semoga perkongsian dari Dr Izzar ini dimanfaatkan sebaiknya oleh semua ibu-ibu hamil dan jangan lupa mengikuti tips yang dikongsikan oleh beliau.
 
View this post on Instagram  
A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Semoga kelahiran bayi kedua pasangan ini dipermudahkan nanti.
Terdahulu, Ummi dan Dr Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan kini mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah yang kini berusia 2 tahun lebih.
Artikel berkaitan: Biar Anak Belajar Dari Mainan Dia, Dr Izzar Saran Mak Ayah Lebih Masa Main Dengan Anak
3 Makanan Ni Tak Patut Panggil Makanan Pun Sebab Tak Ada Nutrisi Penting Untuk Tumbesaran -Dr Izzar Anwari

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @umminazeera @izzar
The post “Nampak Sengsara Sangat” Ummi Nazeera Kena Minum Air Gula Kali Kedua, Suami Kongsi Tips! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nampak-sengsara-sangat-ummi-nazeera-kena-minum-air-gula-kali-kedua-suami-kongsi-tips/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Disiplinkan Diri Minum Air Mencukupi Setiap Hari

Tips Disiplinkan Diri Minum Air Mencukupi Setiap Hari

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 522 hits
Assalamualaikum wbt Tips Disiplinkan Diri Minum Air Mencukupi Setiap Hari Terasa kekusaman diri kini Dengan kulit keringnye Tumit pecah lah Bagai bagai kejadian pada diri telah berlaku hehe Bunyik cam tragik jerk kan Sies wehh rasa diri aku...
Hiburan Kongsi Tips Kekal Pinggang Ramping Eina Azman Makan Nasi Hanya Dua Kali Sebulan

Hiburan Kongsi Tips Kekal Pinggang Ramping Eina Azman Makan Nasi Hanya Dua Kali Sebulan

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 278 hits
Pelakon tinggi lampai Datin Eina Azman berkongsikan tips untuk kekal ramping dan mengekalkan berat badan kepada peminat serta pengikut media sosialnya baru baru ini View this post on InstagramAdvertisementKata Eina dia hanya makan nasi dua ...
Jiran Nampak Suami Mangsa Bawa Keluar Tong Air Hari Sama Isterinya Dilaporkan Hilang

Jiran Nampak Suami Mangsa Bawa Keluar Tong Air Hari Sama Isterinya Dilaporkan Hilang

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 696 hits
Sehari sebelumnya saya nampak dia keluar be kerja separuh hari Pada malamnya terdengar pasangan itu bertengkar dan mereka bergaduh Esok paginya saya mendapat tahu dia hilang tidak balik ke rumah Atas rasa curiga ada jiran membuat laporan ke...
Minum Air Gula Di Kkia

Minum Air Gula Di Kkia

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 752 hits
Assalamualaikum and hello lads Memandangkan aku baru sahaja ke klinik kesihatan ibu anak semalam jadi harini aku nak share pengalaman aku Mungkin serba sedikit dapat membantu para ibu yang masih baru dan tiada pengetahuan seperti aku ini Se...
Isteri Ibarat Mati Berkali Kali Saat Melahirkan Anak Tanpanya Tak Sempurna Hidup Suami

Isteri Ibarat Mati Berkali Kali Saat Melahirkan Anak Tanpanya Tak Sempurna Hidup Suami

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 347 hits
Sungguh terkesan sekali emosi rakyat Malaysia dengan pemergian seorang isteri yang meninggal dunia disebabkan perasaan cemburu hingga anak anak kecil yang masih hendak mengenal dunia menjadi yatim sekelip mata Seperti perkongsian saudara ta...
Didakwa Dera Amah Guna Seterika Air Panas Pasangan Suami Isteri Ditahan

Didakwa Dera Amah Guna Seterika Air Panas Pasangan Suami Isteri Ditahan

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 266 hits
952 total views 952 views today Pasangan suami isteri ditahan selepas kegiatan keji mereka mendera pembantu rumah warga Kemboja terbongkar Pembantu rumah itu ditemui dengan pelbagai kesan kecederaan termasuk ditekap dengan seterika dipercay...
Tips Turunkan Gula Dalam Darah

Tips Turunkan Gula Dalam Darah

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 254 hits
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH 1 Melakukan senaman Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin Dengan senaman juga ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan ...
Hiburan Bercinta Selepas Kahwin Raja Ilya Dedah Hanya Tiga Kali Berjumpa Suami Sebelum Kahwin

Hiburan Bercinta Selepas Kahwin Raja Ilya Dedah Hanya Tiga Kali Berjumpa Suami Sebelum Kahwin

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 610 hits
Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Perth Australia bersama suaminya Trent Garret mendedahkan bahawa dia dan suami sebenarnya hanya sempat berjumpa sebanyak tiga kali sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin Sumber Instagram Raja Ilya...
Hiburan Ini Baru Dikatakan Air Tangan Isteri Peminat Terhibur Shiera Ijoy Gaul Lauk Suami Pakai Tangan

Hiburan Ini Baru Dikatakan Air Tangan Isteri Peminat Terhibur Shiera Ijoy Gaul Lauk Suami Pakai Tangan

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 297 hits
Selebriti dan juga penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila dia dengan selamba menunjukkan cara menghidangkan makanan kepada suaminya hanya menggunakan jari Sumber Instagram Shiera Ijoy Sharif...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat