Nampak Alim Jangan Disangka Tidak Rasuah



Nampak alim, jangan disangka tidak rasuah. Rasuah tidak mengenali sesiapa, sama ada dia nampak alim atau tidak. Tepuk dada tanya iman.
Alim, berlatarbelakangkan agama tidak semestinya tidak rasuah.
Banyak sudah yang kita jumpa, berkopiah, berjubah, berserban, nampak baik, mulut tidak putus-putus menyebut nama Allah dan RasulNya, rasuah juga. Tidakkah ini lebih memalukan? Yang bukan dalam kalangan ustaz, janganlah cerita.
Sedihnya, yang mengambil rasuah rata-rata beragama Islam. Orang yang tahu syurga dan neraka, halal dan haram. Pemberi rasuah, semua tahu siapa?
Negara maju, seperti negara Barat. Mereka tidak alim, Islam pun tidak, tetapi mereka berpegang kepada integriti, kadar rasuah mereka begitu rendah.
Jika ada yang disabitkan dengan rasuah atau salah guna kuasa, tidak payah disuruh berhenti, dia akan berhenti sendiri, letak jawatan. Ini sudah menjadi budaya Barat.
Berbeza dengan negara Islam, termasuk negara kita sendiri, disabitkan satu hal, didakwa dengan puluhan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Masih lagi muka tak malu, terus mahu berkuasa. Langsung tidak rasa bersalah. Nak kata macam mana.
Kita menjadi hairan, kenapa Islam yang menjadi jaguh (champion) dalam membenteras rasuah, terkenal dengan kata-kata keramat, pemberi dan penerima, kedua-duanya masuk neraka. Tidak ada dalam agama lain, dalam soal ketegasan rasuah, kecuali Islam.
Malangnya, negara Islam dan orang Islamlah antara yang kuat rasuah dan salah guna kuasa. Silapnya di mana?
Jika tidak percaya, cuba tengok indeks rasuah dalam kalangan negara-negara di dunia, rata-ratanya adalah negara Islam, orang Islam. Negara kita tidak terlepas.
Berlaku di sebuah universiti awam, orang yang mendakwa dirinya mengamalkan sifat-sifat ikram, mahu menjadikan dakwah sebagai teras kehidupan, berlatar belakang agama, pun tewas, telah disabit dengan tindakan, atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Tengok muka dan perwatakannya, sikit punya alim, bibirnya cair dengan ayat-ayat Quran dan Hadis, tetapi bila bab duit dan kuasa. Habis terbang entah ke mana. Berani buat, kena berani tanggung.
Tidakkah ini sangat memalukan, terutama kepada agama? Kita bermasalah, kita buat silap, agama yang suci murni turut terpalit.
Orang melihat apa yang kita buat, bukan apa yang kita cakap. Cakap baik macam mana, sahabat sana, sahabat sini, kalau perangai macam ‘mangkok hayun’ tidak ada guna juga. Inilah perosak agama, bangsa dan negara.
Percaya atau tidak, selepas ini akan menjadi buah mulut, nampak alim, mengaji agama, Quran Hadis cair di bibir, tetapi kuat main duit, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya
Orang Barat di negara maju, tidak Islam, kita kata lagi bila mati nanti, kena siksa kubur dan masuk neraka selama-lamanya. Tak keluar keluar. Tetapi bila tiba bab tiga “TA”, Wanita, harta dan takhta, mereka cukup berhati-hati, mereka tahan, mereka cukup kuat ‘iman’ untuk tidak terjebak.
Persoalannya, kenapa orang Islam yang dijanjikan masuk syurga, lebih rasuah daripada orang yang dijanjikan masuk neraka.
Kita berpegang kepada kata-kata, sebesar mana pun dosa umat Islam, tetap akan masuk syurga setelah diseksa di neraka. Kasihan orang bukan Islam, baik macam manapun, berintegiriti hebat mana pun, tetap masuk neraka akhirnya.
Apakah ini yang menjadi punca orang Islam melakukan kejahatan sehingga mengamalkan rasuah yang boleh meruntuhkan agama, bangsa dan negara
Dalam pemikiran mereka telah terpahat, buat jahat macam mana pun, kena siksa di neraka, akhirnya masuk syurga juga.
Dalam kata lain, orang Islam tetap masuk syurga jahat macam mana pun akhirnya, orang bukan Islam, tetap masuk neraka baik macam manapun akhirnya.
Apakah asas ini yang menjadikan kita berbuat jahat? Nauzubillah. Bertaubatlah wahai saudaraku.
Saya fikir, sudah sampai masanya kita ubah cara berfikir. Jadikan cara berfikir negara maju sebagai budaya dengan agama menjadi sandaran.
Kita perlu tanamkan dalam pemikiran kita, buat dosa besar seperti rasuah, akan berada di neraka buat selama-lamanya, tidak ada istilah kembali semula ke syurga, kerana dosa yang dibuat itu terlalu besar untuk diampunkan.
Kita sentiasa diguraukan dengan kata-kata.
Lebai macam mana pun kalau bab-bab tiga ‘TA’ wanita, takhta dan harta, tercabut juga serbannya (kopiahnnya, jubahnya). Kita marah orang bercakap sedemikian, hakikatnya telah pun berlaku.
Sebab itu, kadang-kadang sukar untuk kita terima, jika ada pemimpin, nampak alim, ada agama, berperawakan macam ‘malaikat’, tetapi melakukan kejahatan.
Cerita sebegini juga kita dengar dalam kalangan ustaz-ustaz yang berada dan mengajar di sekolah-sekolah. Ustaz pun tidak dapat menunjukkan contoh yang baik, bagaimana nak berdakwah dengan bukan Islam?
Ini tidak termasuk pemimpin yang nampak alim, tetapi berkahwin secara online, ketika rakyat berada dalam kesusahan, ditimpa wabak bencana.
Kalau dah gatal sangat nak kawin, tunggulah dulu, sehingga keadaan reda. Tetapi bukan masa kini
Ya, benar, Barat tidak beriman kepada Tuhan, mereka berpegang kepada integriti. Mungkin ada yang berkata, kalau begitu tidak perlulah hidup bertuhan atau hidup bersandar agama.
Sebenarnya, hidup bertuhan, beragama, itu sudah sangat baik. Amalkanlah. Tanam benar-benar rasa hidup bertuhan, God fearing sebagai asas dalam kehidupan, supaya menjadi pemimpin berintegriti.
Tidakkah lebih nampak molek, jika yang beragama dan alim, mempunyai integriti yang tinggi.
Namun, jika sebaliknya, ia menjadi fitnah yang besar kepada agama. Justeru, marilah kita bersama-sama untuk mengelakkan fitnah dunia ini yang sedang menimpa manusia, tidak berkecuali orang mendakwa menjadikan agama sebagai teras, yang nampak alim.
Saya berpesan pada diri sendiri, supaya dijauhkan daripada musibah ini. Saya bukan berlatarbelakangkan agama, saya hanya seorang mualaf, yang ingin melihat Islam berada ditempatnya, tidak dipersendakan oleh orang lain.
Teramat malu rasanya apabila pimpinan beragama Islam, terpalit dengan salahguna kuasa dan rasuah. Agama Islam yang suci murni disalahfahamkan disebabkan oleh tangan-tangan kotor orang yang disangka alim, tetapi lakukan salah guna kuasa dan rasuah.
Marilah bersama-sama bertekad untuk membenteras salah laku ini. Mudah-mudahan tidak wujud lagi persepsi orang yang nampak alim, tetapi kuat rasuah.
We Need Leaders in Love with Justice. We need leaders not in love with money but in love with justice. Not in love with publicity but in love with humanity. Leaders who can subject their particular egos to the pressing urgencies of the great cause of freedom. (Martin Luther King, 1956).
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Nampak alim, jangan disangka tidak rasuah. Baca Artikel Menarik :
Muhyiddin perlu contohi Pak Lah berundur secara terhormat – Ibrahim Ali Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak Kuli Mahu UMNO berpisah dengan Bersatu Jangan terkinja-kinja dalam TikTok tetapi poket kosong – DSV Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit [VIDEO] Resepi Almond Nutella Cookies Rangup Layari Laman Facebook MYKMU

Ismail Sabri boleh kembalikan kepimpinan UMNO – Penganalisis

The post Nampak alim, jangan disangka tidak rasuah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/12/nampak-alim-jangan-disangka-tidak-rasuah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nampak Alim Jangan Disangka Tidak Rasuah Tegas Ridhuan Tee Antaranya Makan Gaji Buta Dan Lapar Jawatan

Nampak Alim Jangan Disangka Tidak Rasuah Tegas Ridhuan Tee Antaranya Makan Gaji Buta Dan Lapar Jawatan

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 236 hits
July 12 2021 RASUAH tidak mengenali sesiapa sama ada dia nampak alim atau tidak Tepuk dada tanya iman Alim berlatarbelakangkan agama tidak semestinya tidak rasuah Banyak sudah yang kita jumpa berkopiah berjubah berserban nampak baik mulut t...
Salahuddin Bidas Ag Jangan Nampak Sangat Nak Mengampu

Salahuddin Bidas Ag Jangan Nampak Sangat Nak Mengampu

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 141 hits
July 9 2021 Peguam Negara ni baca satu je ke kitab undang2 Kan dah byk kes2 duluan yg berlaku mengenai jatuhnya sebuah kerajaan dlm negara2 commonwealth Jgnlah nampak sgt nak mengampu
Kalau Nampak Org Tengah Susah Jangan Ingat Allah Tengah Uji Orang Tu Sebaliknya Allah Tengah Uji Kita

Kalau Nampak Org Tengah Susah Jangan Ingat Allah Tengah Uji Orang Tu Sebaliknya Allah Tengah Uji Kita

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 289 hits
Assalamualaikum Hi korang Selasa lepas kan SA tengah buat kerja kat opis tetiba dapat la citer pasal orang susah ni kat group whatsaap SA baca la kejap sambil sambil baca tu terfikir allahu dalam keadaan negara tengah pandemic Lockdown ni m...
Jangan Politikkan Rumah Pasang Bendera Putih

Jangan Politikkan Rumah Pasang Bendera Putih

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 287 hits
WAKTU genting dan gawat ini semua terkesan Bukan sahaja golongan peniaga jalanan dan B40 sahaja terasa bahang pandemik ekonomi malah golongan M40 dan T20 juga terkesan sama T20 sudah ada yang bertukar menjadi M40 malah lebih teruk sudah men...
Jangan Sampai Tak Terfikir Rakyat Akan Turun Di Jalanraya

Jangan Sampai Tak Terfikir Rakyat Akan Turun Di Jalanraya

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 300 hits
Kalau secara individu sudah ada yang sesat bunuh diri sebarang kemungkinan buruk lain boleh berlaku Sudah ada yang kata kerajaan gagal sudah ada PROTES kecil anak muda di parit raja JOHOR Ini semua perkara yang perlu ditangani dan dibendung...
Jangan Lumpvhkan Semangat Orang Yang Kita Sayang Naim Daniel Titip Pesanan Buat Nik Abduh

Jangan Lumpvhkan Semangat Orang Yang Kita Sayang Naim Daniel Titip Pesanan Buat Nik Abduh

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 242 hits
Semalam tular mengenai kempen menaikkan bendera putih bagi mereka yang memerlukan agar senang dikesan oleh masyarakat sekeliling bagi membantu mereka yang kesusahan
Jangan Pisahkan Saya 7 Anak Beberapa Jam Suami Dijemput Ilahi Isteri Lahir Anak Bongsu

Jangan Pisahkan Saya 7 Anak Beberapa Jam Suami Dijemput Ilahi Isteri Lahir Anak Bongsu

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 255 hits
Payah sekalipun saya tetap akan menjaga anak anak dengan penuh kasih sayang seperti mana arwah suami sayangkan kami Jangan pisahkan saya dengan anak anak Tidak mungkin saya akan pisahkan mereka adik beradik biarlah kami bersama sama dan ana...
Jangan Pindah Sarang Penyu Jika Tidak Perlu

Jangan Pindah Sarang Penyu Jika Tidak Perlu

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 237 hits
Oleh Dr Mohd Uzair Rusli Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu Selepas hampir tiga dekad projek konservasi penyu di Pantai Chagar Hutang Pulau Redang Sea Turtle Research Unit dari Universiti Malaysia Terengganu y...
Pekerja Pembersihan Sekolah Rayu Jangan Potong Gaji

Pekerja Pembersihan Sekolah Rayu Jangan Potong Gaji

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 182 hits
Sebagai pekerja kebersihan bangunan dan kawasan pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Haizal berkata kekurangan gaji RM50 pun membuatkannya rasa terganggu apatah lagi menanggung kehidupan sekeluarganya dengan pemotongan gaji 40 pera...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization