Namakan Shafie Sebagai Calon Pm Guan Eng Buat Anwar Tertekan Kata Penyokong



Setiausaha Otai Reformasi Abdul Razak Ismail berkata, kekalahan calon PKR dalam PRN Sabah akan memberi isyarat bahawa parti itu gagal meraih sokongan rakyat, sekali gus mengiyakan hujah Guan Eng dalam menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri alternatif. (FMT) – Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk memberi laluan kepada Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri altenatif akan memberi implikasi kurang baik kepada Anwar Ibrahim, kata kumpulan penyokong presiden PKR itu.
Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, kenyataan Guan Eng juga meletakkan Anwar dan PKR dalam keadaan terdesak serta tertekan, termasuk memastikan kemenangan 7 calon PKR dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
“Shafie memperuntukan hanya 7 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun Anwar merundingkan 14 kerusi dengan mengunakan logo parti itu sendiri.
“Dalam situasi ini Anwar dan PKR akan berasa terdesak bagi memastikan ke tujuh-tujuh calonnya menang kerusi yang ditandingi,” katanya kepada FMT.
Katanya, kekalahan calon PKR di Sabah juga akan memberi isyarat bahawa parti itu gagal meraih sokongan rakyat, sekali gus mengiyakan hujah Guan Eng dalam menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri alternatif jika Anwar gagal mendapat sokongan.
“Sekiranya Warisan pula menang bergaya dalam PRN ini, maka Anwar terpaksa akur atau berkompromi untuk beri laluan kepada Shafie sebagai calon perdana menteri ke-9,” katanya.
Razak berkata, Anwar dan PKR tidak mempunyai jalan lain selain memastikan semua 7 calonnya menang bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu kekal relevan, termasuk layak diangkat sebagai perdana menteri, sekali gus menepis pandangan Guan Eng.
“Anwar dan PKR kena kempen habis-habisan untuk pastikan 7 calonnya menang untuk pastikan ia masih relevan dalam senario politik Sabah khususnya.
“Kemenangan akan secara langsung mematahkan pandangan Guan Eng tentang kredibiliti Anwar untuk menjadi perdana menteri mengatasi Shafie,” katanya.
Razak bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Shafie berdepan laluan sukar untuk diangkat sebagai perdana menteri walaupun Warisan menang di Sabah kerana beliau juga perlu mendapat sokongan daripada semua wakil rakyat PKR.
“Jalan agak sukar untuk Shafie kerana PKR dengan 32 kerusi Parlimen sedia ada akan terus menaruh harapan Anwar akan kekal sebagai calon perdana menteri.
Razak juga menyifatkan kenyataan Guan Eng mencadangkan nama Shafie sebagai strategi untuk memenangi pilihan raya negeri Sabah memandangkan DAP bertanding menggunakan lambang Warisan.
”Semua 7 calon DAP guna logo Warisan dalam PRN ini dan sokongan rakyat Sabah kuat kepada Shafie dan Warisan boleh kembali berkuasa.
“Sokongan Guan Eng untuk Shafie jadi perdana menteri ada kaitan dengan usaha untuk memujuk rakyat Sabah supaya memastikan Warisan kekal memerintah,” katanya.
Guan Eng sebelum ini mengulangi sokongan kepada Anwar dan Shafie sebagai calon perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.
Dalam wawancara bersama FMT beliau berkata, presiden PKR dan Warisan itu tetap menjadi pilihannya untuk jawatan tertinggi kerajaan.
“Kami menyokong Anwar untuk mendapat jumlah (sokongan) itu, tetapi jika beliau tidak mampu, kami perlu memberi Shafie peluang dan penghormatan sewajarnya sebagai PM pertama dari Malaysia Timur,” katanya.
Kenyataan Guan Eng itu menimbulkan rasa tidak puas hari pemimpin PKR sehingga menimbulkan desakan supaya PH dibubarkan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/09/20/namakan-shafie-sebagai-calon-pm-guan-eng-buat-anwar-tertekan-kata-penyokong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Loke Dilihat Sebagai Pilihan Untuk Ganti Guan Eng Dalam Dap Kata Beberapa Orang Penganalisis

Loke Dilihat Sebagai Pilihan Untuk Ganti Guan Eng Dalam Dap Kata Beberapa Orang Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 256 hits
PETALING JAYA Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook menjadi pilihan untuk menggantikan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat berikut kata seorang pemimpin parti itu Lim kini dalam penggal ke 3 ...
42 Mp Dap Akan Sokong Anwar Jika Anwar Cukup Majoriti Kata Lim Guan Eng

42 Mp Dap Akan Sokong Anwar Jika Anwar Cukup Majoriti Kata Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 330 hits
PETALING JAYA DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim jika presiden PKR itu mempunyai cukup bilangan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pihakny...
Calon Pm Nurul Izzah Kritik Guan Eng

Calon Pm Nurul Izzah Kritik Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 344 hits
Aahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar mengkritik kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkaitan calon perdana menteri Pakatan Harapan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata ketika ini Ahli Parlimen Bagan itu sepatu...
Lim Guan Eng Masih Sokong Anwar

Lim Guan Eng Masih Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 362 hits
Via WhatsApp Pengulangan pandangan yang memberi peluang kepada Shafie Afdal untuk jadi perdana menteri sekiranya Anwar Ibrahim gagal mengenapkan nombor tidak disenangi oleh orang PKR dan juga mereka yang kesekian lama mendambakan Anwar jadi...
Reaksi Abang Johari Terhadap Komen Muflis Guan Eng Wajar Kata Pemimpin Pbb

Reaksi Abang Johari Terhadap Komen Muflis Guan Eng Wajar Kata Pemimpin Pbb

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 250 hits
Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kenyataan Abang Johari Openg wajar dan Chong Chieng Jen perlu bertindak seperti orang Sarawak KUCHING Seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu menegur Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen kerana m...
I Can Garner Support To Be Pm Anwar To Guan Eng

I Can Garner Support To Be Pm Anwar To Guan Eng

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 273 hits
SABAH POLLS PKR president Anwar Ibrahim has told DAP secretary general Lim Guan Eng that he can garner enough support to be the prime minister candidate for Pakatan Harapan This came after Lim again proposed Warisan president Shafie Apdal a...
Hanya Satu Calon Km Kami Iaitu Presiden Warisan Kata Shafie

Hanya Satu Calon Km Kami Iaitu Presiden Warisan Kata Shafie

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 277 hits
Tidak seperti musuh yang berpecah soal calon ketua menteri kata Shafie Apdal kerajaan menawarkan kepada rakyat Sabah hanya satu calon Baik DAP kah PKR kah Amanah kah hanya satu calon saja untuk menjadi ketua menteri iaitu presiden Warisan k...
Saya Boleh Anwar Jawab Kenyataan Guan Eng

Saya Boleh Anwar Jawab Kenyataan Guan Eng

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 235 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai pandangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu beliau memberi laluan kepada Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Namun presiden KEADILAN itu yakin beliau mampu mend...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran