Loke Dilihat Sebagai Pilihan Untuk Ganti Guan Eng Dalam Dap Kata Beberapa Orang Penganalisis




PETALING JAYA: Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook menjadi pilihan untuk menggantikan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berikut, kata seorang pemimpin parti itu.
Lim kini dalam penggal ke-3 dan terakhir sebagai setiausaha agung.
Pemilihan CEC mungkin diadakan awal tahun depan berikutan Covid-19. Kali terakhir ia diadakan ialah 12 Nov 2017. Perlembagaan parti membenarkan seorang individu memegang jawatan setiausaha agung hanya untuk 3 penggal, dengan setiap penggal selama 3 tahun.
Seorang pemimpin parti yang tidak mahu dinamakan memberitahu FMT: “Saya percaya parti akan memilih Loke sebagai setiausaha agung baru kerana beliau dilihat sebagai pemimpin paling rapat dengan Lim dan bersikap adil, beliau menjadi setiausaha organisasi untuk tempoh lama yang menjadikannya pilihan semula jadi.”
James ChinSebagai setiausaha organisasi, Loke adalah “pengendali” utama dalam parti itu, meluluskan keahlian, berhubung dengan cawangan dan berkomunikasi dengan pemimpin akar umbi setiap hari.
“Orang (ahli dan pemimpin DAP) tiada masalah dengan Loke, kita tidak ada situasi seperti dalam PKR, ia bukan satu kem menentang kem lain, jadi saya tidak menjangkakan sebarang masalah ketika pemilihan CEC nanti,” kata sumber FMT.
Tetapi, orang dalaman parti itu berkata, sebarang masalah akan timbul dari peringkat negeri, khasnya di Selangor dan Johor, di mana beberapa pemimpin akar umbi merasakan tiada ruang untuk mereka ekoran banyak peranan kepimpinan diisi teknokrat.
“Di peringkat CEC tidak akan ada masalah, tetapi di peringkat akar umbi, anda mungkin melihat ‘pemberontakan’ seperti yang menentang Tony Pua di Selangor. Anda mungkin lihat perkara sama di Johor.”
Pada Disember 2018, Pua, pengerusi DAP Selangor yang bakal meninggalkan jawatan itu, gagal dipilih menganggotai jawatankuasa negeri parti itu yang terdiri daripada 15 ahli. Beliau hanya mendapat 292 undian, yang menempatkannya di tempat ke-19.
Sementara itu, James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, “kemungkinan besar” Loke dipilih sebagai setiausaha agung, walaupun beliau bukan salah seorang daripada 3 timbalan setiausaha agung.
Timbalan Setiausaha Agung sekarang ialah Nga Kor Ming, Teresa Kok dan V Sivakumar.
Chin berkata: “Adalah jelas Loke mempunyai sokongan dalam parti. Beliau disukai semua pihak dan seorang yang berkebolehan.”
Sekiranya Loke dipilih sebagai setiausaha agung baru, beliau perlu meningkatkan sokongan masyarakat Melayu dan Bumiputera bukan Islam kepada parti itu kerana sokongan orang Cina sudah mencapai had maksimum.
Katanya, satu daripada kegagalan DAP, khasnya ketika mereka berkuasa di peringkat persekutuan, ialah perkhidmatan awam dan beberapa bahagian akar umbi Melayu melihat parti itu terlalu terus terang dan agresif.
“Ini selalunya tidak diterima baik oleh masyarakat Melayu, India dan Bumiputera bukan Islam.”
Chin bagaimanapun berkata, Lim dan bapanya, Lim Kit Siang akan terus mempunyai pengaruh besar dalam DAP dan tidak perlu memegang jawatan untuk berpengaruh.
Awang Azman Pawi“Tetapi, walaupun saya tidak melihat perubahan besar (dalam hala tuju parti), saya fikir setiausaha agung baru akan berusaha menjenamakan semula parti itu untuk menjadikannya lebih rakyat Malaysia.
“Mereka betul-betul mahu menarik orang muda, orang Melayu dan Cina di bandar kerana merasakan demografi ini akan menjadi lebih rakyat Malaysia dalam pandangan mereka.”
Dalam pada itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya percaya DAP perlu memberi peluang kepada Nga atau Kok menggantikan Lim yang memegang jawatan itu terlalu lama.
Setiausaha agung baru perlu menangani isu seperti usaha pembaharuan yang terlalu agresif tanpa mempertimbangkan sentimen akar umbi di luar parti.
“Kadangkala, mereka bertindak seperti pembangkang ketika berada dalam kerajaan. DAP perlu dilihat sebagai parti sederhana yang dapat diterima oleh semua masyarakat dan mengelakkan kontroversi.
Lee Kuok Tiung“Saya percaya setiausaha agung baru akan membawa perubahan dalam hala tuju dan pendekatan parti itu.”
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, pengganti Lim tidak semestinya salah seorang daripada 3 timbalan setiausaha agung itu.
“Saya percaya ramai pemimpin DAP berkaliber dan mempunyai kemampuan untuk mengambil alih jawatan setiausaha agung.”
Katanya, antara keutamaan setiausaha agung baru ialah mengeratkan hubungan dengan sekutu Pakatan Harapan.
#Sumber :  FMT  

MR :  LGE punca masalah DAP  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/loke-dilihat-sebagai-pilihan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Loke Seen As Favourite To Succeed Guan Eng In Dap

Loke Seen As Favourite To Succeed Guan Eng In Dap

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 189 hits
DAP organising secretary Loke Siew Fook is believed to be the front runner to succeed Lim Guan Eng as party secretary general PETALING JAYA DAP organising secretary Loke Siew Fook is the favourite to succeed Lim Guan Eng as secretary genera...
Halang Masuk Sabah Seperti Di Siar Malaysiakini Guan Eng Bohong Kata Sprm

Halang Masuk Sabah Seperti Di Siar Malaysiakini Guan Eng Bohong Kata Sprm

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 488 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia nafi halang Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memasuki Sabah Berita penghalangan itu disiar Malaysiakini adalah tak benar Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata tiada sekatan perjalanan dala...
Guan Eng Buat Rundingan Berkait Projek Sisa Pepejal Kata Pegawai Zuraida

Guan Eng Buat Rundingan Berkait Projek Sisa Pepejal Kata Pegawai Zuraida

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin tidak terlibat dalam projek sisa pepejal Taman Beringin kata setiausaha politiknya hari ini Nor Hizwan Ahmad berkata bekas menteri kewangan Lim Guan Eng merundingkan pr...
Reaksi Abang Johari Terhadap Komen Muflis Guan Eng Wajar Kata Pemimpin Pbb

Reaksi Abang Johari Terhadap Komen Muflis Guan Eng Wajar Kata Pemimpin Pbb

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 255 hits
Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kenyataan Abang Johari Openg wajar dan Chong Chieng Jen perlu bertindak seperti orang Sarawak KUCHING Seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu menegur Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen kerana m...
Wooiiittt Kerajaan Pn Serbaboleh Penipuan Besar Menteri Kewangan Pn Kata Guan Eng

Wooiiittt Kerajaan Pn Serbaboleh Penipuan Besar Menteri Kewangan Pn Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 541 hits
Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah taktik jahat oleh kerajaan Perikatan Nasional Peluang rakyat menilai
Guan Eng Bebas Masuk Sabah Kata Shafie

Guan Eng Bebas Masuk Sabah Kata Shafie

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 369 hits
Beliau berkata kuasa untuk menghalang sesiapa dari memasuki negeri itu masih pada kerajaan negeri
Azmin Naik Taraf Pakar Klentong Kata Guan Eng

Azmin Naik Taraf Pakar Klentong Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 438 hits
Transport ministry tops the list with four projects worth RM4 47 billion Semak Menteri mana di PH yg masih Menteri di PN tetapi hipokrit Zuraida dan Azmin antaranya betullah kata Guan eng NEXT SIAPA PEMILIK SYKT
Lim Guan Eng Patut Makan Gaji Buta Kata Betty Chew

Lim Guan Eng Patut Makan Gaji Buta Kata Betty Chew

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 469 hits
Pada hantaran di laman facebooknya hari ini Betty Chew berkata adalah lebih baik Lim Guan Eng makan gaji buta sahaja semasa menjadi Menteri Kewangan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Sekiranya dia makan gaji buta semua ini tidak akan terjadi k...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord