Nama Domain Yang Baik
Assalamualaikum…
Setelah mengetahui tentang serta Tips Pemilihan Hosting yang saya kongsikan beberapa minggu yang lepas , kali ini saya sambung pula tentang Nama Domain Yang Baik . Diharapkan sedikit sebanyak informasi ini dapat membantu rakan-rakan blogger yang bakal membeli serta memilih domain dan hosting pilihan hati .
Gambar dari Google
Kita sering mendengar perkataan domain . Apakah itu domain ? Perkara pertama yang perlu anda ketahui mengenai nama domain.
Nama Domain – nama yang mewakili kepada satu atau lebih alamat IP.
Pada kebiasanya , nama domain digunakan untuk mengenalpasti sesuatu website. Contohnya seperti domain blog saya ini iaitu http://www.wanzawawi.net , domain ini mewakili WanZawawi Dot Net .
Nama domain ( nama web server ) Fail ( nama dokumen )
http:// wanzawawi.net/ ejen / 15-domain-name.html
Protokol dan Direktori
http:// – protokol yang mengandungi arahan / panduan komunikasi dalam penukaran makluma t.www.wanzawawi.net – domain yang mewakili web server dimana ia merujuk dimana website itu berada .ejen – nama dalam server yang menghubungkan direktori atau folder .15-Domain-Name.html – fail yang mengandungi data atau maklumat yang ingin dicari .
Internet biasanya bergantung kepada alamat IP dan setiap web server memerlukan Name Domain Server ( DNS ) untuk menterjemahkan Nama Domain kepada alamat IP .
NAMA DOMAIN HENDAKLAH NAMA WEBSITE
Dalam memilih nama domain ada beberapa perkara yang perlu dititik berat . Antaranya , nama domain mestilah berkaitan dengan nama website anda. Ini kerana pelanggan anda kebiasaanya mengingati anda akan nama website atau perniagaan anda. Contohnya , WanZawawi Dot Net adalah nama website atau perniagaan anda. Tapi malangnya nama domain itu telah pun diambil oleh pihak lain. Sebagai langkah alternatif , anda memilih mybusiness.com sebagai nama domain untuk WanZawawi Dot Net . Apa kesannya ? Pelanggan anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mencari website anda . Sekaligus , membawa kepada website yang lain dan maka anda telah kehilangan pelanggan anda . Tidakkah itu merugikan anda ?
NAMA SECARA UMUM ATAU NAMA BRAND DOMAIN
Perlukah nama domain anda secara umum ataupun menggunakan nama brand anda sebagai nama domain ? Kedua-duanya memberi kesan yang berlainan terhadap website anda . Kebiasaanya pelanggan anda lebih cenderung kepada nama brand anda . Tapi jika anda mempunyai banyak brand , takkan anda ingin membina nama domain bagi semua brand pula. Untuk memudahkan pelanggan anda mencari website anda , anda boleh menggunakan salah satu brand anda ( paling popular ) sebagai nama domain anda . Contoh anda mempunyai perniagaan menjual kereta . Apakah kesannya jika anda menggunakan JualKereta.com atau toyota.com ?
PANJANG ATAU PENDEK
Sesuatu nama domain boleh mencapai sepanjang 64 huruf . Tapi anda perlu ingat , perkara yang paling mudah menarik perhatian pelanggan anda adalah pendek dan mudah diingati . Cuba anda bezakan antara biologiteknologi.com dengan biotech.com . Antara kedua-duanya yang mana satu paling anda mudah ingat .
NAMA PELIK
Sekiranya anda ingin menggunakan sesuatu nama yang lain dari biasa . Anda perlu menimbangkan beberapa perkara ;-
1. Anda bezakan antara akupenjualbuku.com dengan aku-penjual-buku.com . Apa yang anda nampak dan yang mana satu mudah diingati .
2. Mouth of words amat berkesan kepada sesuatu perniagaan . Tapi bayangkan jika salah seorang pelanggan ingin menyebarkan kepada rakannya yang lain mengenai website anda. ” Semalam aku melawat sebuah website aku penjual buku dot com dan website itu mempunyai banyak pilihan buku untuk dibeli . ” dan rakannya sebagai penerima mesej lisan itu pasti akan mengingati website anda sebagai akupenjualbuku.com bukan aku-penjual-buku.com .
3. Sekiranya anda menggunakan sebarang simbol pada nama domain anda , ia agak menyukarkan untuk menaip pada ruangan alamat di browser mereka .
Pandangan : Secara peribadi , saya mengesyorkan anda untuk tidak menggunakan sebarang simbol pada nama domain anda .
COM, NET, BIZ, INFO, ORG
Anda perlu mengenalpasti jenis website anda . Penggunaan com, net, biz, info, org dan juga penggunaan rujukan negara pada domain anda memberi kesan yang berlainan terhadap website anda .
.com – merujuk kepada komersial ( commercial )
.net – merujuk kepada rangkaian ( network )
.info – merujuk kepada maklumat ( information )
.org – merujuk kepada pertubuhan bukan berpendapatan ( organization non profit )
.biz – merujuk kepada perniagaan ( business )
.my – merujuk kepada negara ( Malaysia )
PENUTUP
Pemilihan sesuatu nama domain memberi kesan yang besar kepada website anda . Sekiranya anda gagal untuk memilih nama domain yang baik , ia akan memberi kesan negatif terhadap website anda . Jadi , buatlah pilihan yang tepat . Semoga artikel mengenai Nama Domain Yang Baik ini berguna kepada semua .
The post Nama Domain Yang Baik appeared first on wanzawawi[dot]net.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wanzawawi.net/2019/10/nama-domain-yang-baik/