Perlukah Menukar Nama Jika Didapati Maksudnya Kurang Baik



SOALAN:
Saya telah diberi satu nama oleh ibubapa saya ketika kecil. Setelah dewasa, saya dapati nama yang saya miliki mempunyai maksud yang kurang baik. Adakah saya perlu menukar nama tersebut?

JAWAPAN:
Islam menyuruh umatnya untuk menggunakan nama-nama yang baik. Hal ini kerana mereka akan diseru dengan nama-nama tersebut pada hari Kiamat nanti. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu al-Darda’ R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
“Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari Kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.” [Riwayat Abu Daud (4948)]

Di dalam kitab Hasyiyah al-Baijuri menjelaskan bahawa disunatkan pada seseorang untuk memperelokkan namanya berdasarkan hadis di atas. (Lihat Hasyiyah al-Baijuri, 2/305)

Begitu juga, jika mempunyai nama yang kurang elok, maka dianjurkan seseorang untuk mengubah kepada nama yang lebih baik. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn al-Musayyib daripada bapanya bahawa datuknya bertemu dengan Nabi SAW, lalu Nabi SAW bertanya kepadanya:

مَا اسْمُكَ ، قَالَ: حَزْنٌ ، قَالَ: أَنْتَ سَهْلٌ ، قَالَ: لاَ أُغَيِّرُ اسْمًا سَمَّانِيهِ أَبِي ، قَالَ ابْنُ المُسَيِّبِ: فَمَا زَالَتِ الحُزُونَةُ فِينَا بَعْدُ
“Apa nama kamu?” Maka dia menjawab: “Hazn (kesukaran).” Lalu sabda Nabi SAW: “Nama engkau sekarang ialah Sahl (kemudahan).” Maka dia berkata: “Saya tidak akan menukar nama yang telah diberikan kepada saya oleh ayah saya.” Kata Ibn al-Musayyib: “Maka sejak itu, kesukaran sentiasa menimpa kami.” [Riwayat al-Bukhari (6190)]

Antara dalil yang menunjukkan kepada galakan menukar nama yang kurang elok ialah hadith riwayat Ibnu Umar R.A, katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ وَقَالَ :أَنْتِ جَمِيلَةُ
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama ‘Asiah (عَاصِيَةَ) (pendosa) dan Baginda berkata: “Kamu Jamilah (جَمِيلَةُ) (yang cantik).” [Riwayat Abu Daud (4952)]

Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, katanya:

أَن زَيْنَب كَانَ اسْمهَا برة فَقيل تزكي نَفسهَا فسماها رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم
“Bahawasanya pada asalnya nama Zainab ialah Barrah, maka dikatakan kepadanya: “Engkau memuji diri sendiri”, maka Rasulullah SAW pun menukarkan namanya kepada Zainab.” [Riwayat al-Bukhari (6192)]

Oleh itu, menggunakan nama-nama yang kurang elok adalah makruh. Bahkan, sekiranya nama tersebut adalah termasuk dalam nama yang diharamkan dalam Islam, maka wajib menukarnya.

Dijelaskan dalam kitab Hasyiyah al-Baijuri seperti berikut: “Dimakruhkan nama-nama yang tidak elok, seperti himar (keldai). Manakala haram hukumnya menamakan seseorang dengan ‘Abd al-Ka’bah (hamba Kaabah), ‘Abd al-Hasan (hamba Hasan) atau ‘Abd Ali (hamba Ali). Wajib bagi seseorang menukar nama yang haram menurut pendapat yang lebih sahih. Ini kerana ia bererti menghilangkan kemungkaran.” (Lihat Hasyiyah al-Baijuri, 2/305)

Manakala, di dalam kitab Tanwir al-Qulub, turut ditegaskan bahawa wajib mengubah nama-nama yang diharamkan dan sunat mengubah nama-nama yang makruh. (Lihat Tanwir al-Qulub oleh Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi, hlm. 234)

Kesimpulan

Berdasarkan sirah Rasulullah SAW jelas menunjukkan kepada kita bahawa Baginda SAW menukar sebahagian nama sahabatnya sama ada lelaki atau perempuan. Sebagai contoh, seorang sahabat perempuan bernama ‘Asiah (عاصية) (pendosa), lantas Nabi menukarnya kepada Jamilah (yang cantik). Begitu juga, sahabat yang namanya di’abdukan (dihambakan) kepada selain Allah, ditukar kepada nama yang lain.

Justeru, kami menasihatkan kepada para ibubapa, tatkala menamakan anak, sekurang-kurangnya tanyalah para ulama’, adakah nama dan maksudnya baik ataupun tidak jika seseorang tidak mengetahui maksudnya.

Marilah sama-sama kita menamakan nama anak kita dengan nama-nama baik dan mulia. Mudah-mudahan secara tafa’ulnya, ia menjadi doa apabila sentiasa dipanggil dan disebut dengan nama yang baik tersebut.

Kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” [Surah al-Furqan (74)]

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/perlukah-menukar-nama-jika-didapati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Perlu Menjaga Nama Baik Saya Dan Keluarga Yang Tidak Bersalah Suami Lufya Omar

Saya Perlu Menjaga Nama Baik Saya Dan Keluarga Yang Tidak Bersalah Suami Lufya Omar

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 511 hits
Nampaknya drama diantara penyanyi dan pelakon iaitu Lufya Omar dan suaminya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum masih belum selesai lagi gais Kali ni suami dia pula buat report polis terhadap isterinya sebab membuat tuduhan yang sangat keterl...
Ancasa Royale Pekan Pahang Ceriakan Anak Anak Yang Kurang Bernasib Baik

Ancasa Royale Pekan Pahang Ceriakan Anak Anak Yang Kurang Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 392 hits
Ancasa Royale Pekan Pahang Ceriakan Anak Anak Yang Kurang Bernasib Baik Alhamdulillah pada 19 Mei 2018 yang lalu aku dijemput sekali lagi oleh Ancasa Royale Pekan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama kanak kanak yang kurang bernasi...
Kaka Azraff Pilih Nama Aslan Ringkas Mudah Sebut Dan Maksudnya Elok

Kaka Azraff Pilih Nama Aslan Ringkas Mudah Sebut Dan Maksudnya Elok

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 234 hits
Memilih nama Aslan yang paling ringkas dan maksud elok Itu yang dipilih oleh Kaka Azraff dan suaminya Adam Azriff untuk diberikan pada anak sulung mereka yang dilahirkan pada 11 Oktober lalu Perkara itu dikongsikan oleh Adam menerusi entri ...
Merasa Nama Baik Dicemarkan Novel Bamukmin Ancam Polisikan Ninoy Karundeng

Merasa Nama Baik Dicemarkan Novel Bamukmin Ancam Polisikan Ninoy Karundeng

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 252 hits
Katanya ada beberapa media yang telah menyudutkan dirinya atas pernyataan relawan Jokowi itu Menurutnya hal ini telah mencemarkan nama baiknya
Nak Wanita Baik Macam Malaikat Lelaki Dulu Kena Ubah Sikap Jadi Seperti Malaikat

Nak Wanita Baik Macam Malaikat Lelaki Dulu Kena Ubah Sikap Jadi Seperti Malaikat

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 290 hits
Haaa jangan nak tunding jari mana mana pihak Cuba baca perkongsian ini in shaa Allah anda akan dapat jawapan Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar Kerana itu mereka bertengkar setiap hari...
Politicawave Dampak Medsos Bisa Baik Dan Buruk Bijaklah Menggunakan

Politicawave Dampak Medsos Bisa Baik Dan Buruk Bijaklah Menggunakan

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 216 hits
Di era informasi yang serba cepat media sosial memiliki dampak positif maupun negatif jika salah dalam pemanfaatannya Pakar komunikasi dari PoliticaWave Sony Subrata mengajak publik untuk bijak menggunakan media sosial
Melayu Bernasib Baik Kerana Dap Cepat Membunuh Dirinya Sendiri

Melayu Bernasib Baik Kerana Dap Cepat Membunuh Dirinya Sendiri

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 290 hits
Persepsi buruk tingkahlaku sikap dan corak pemikiran DAP yang gopoh untuk menguasai kerajaan makan diri Rata rata PEMIMPIN DAP menunjukan sikap kaduk naik junjung atau beruk dapat bunga dalam semua ISU Mereka gagal memainkan peranan kalah s...
Dap Komited Beri Kehidupan Lebih Baik Untuk Rakyat Malaysia Kata Kit Siang

Dap Komited Beri Kehidupan Lebih Baik Untuk Rakyat Malaysia Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 305 hits
DAP komited beri kehidupan lebih baik untuk rakyat Malaysia kata Kit Siang Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada
Sebaik Baik Ultra Kiasu Belum Tentu Bela Melayu Dan Islam

Sebaik Baik Ultra Kiasu Belum Tentu Bela Melayu Dan Islam

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 324 hits
Pertahan komik bodoh habis Malaysia dan pelajar dikomuniskan SEJAHAT JAHAT UMNO PAS jika malapetaka menimpa menteri Melayu Islam Bumiputera PH angkara ultra kiasu pasti nasib kamu akan dibelanya UMNO PAS Tetapi sebaik baik ultra kiasu yang ...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Hadi Pilih Pilih Hujah Agama Bela Mastura

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal

Pas Backs Ex Lecturer In Ongoing Legal Dispute With Hannah Yeoh

Keindahan Alam Dan Keunikan Lanskap Taman Rekreasi Tasik Melati Kangar

A Parent S Confessional Upkk Just Kafa Or The Real Deal

Petua Untuk Jadi Keluarga Bahagia