Nakkan Zuriat Sendiri Tak Salah Usaha Walau Lewat Usia Itulah Pengorbanan Namanya
Untuk wanita yang berusia melebihi 35 tahun ke atas, untuk hamil mungkin ramai yang merasakan agak sukar. Maklumlah ditambah pula dengan rasa letih yang mungkin lebih dari wanita yang lebih muda. Sebenarnya jika anda sudah sedikit berumur dan merancang untuk hamil, ia boeh dilakukan. Usahalah dengan cara yang betul dan banyakkan berdoa.
Berkongsi tip untuk hamil pada lewat usia, Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui laman Facebooknya memberitahu yang ia tidak mustahil. Ibu perlulah mencuba sedaya upaya dan mengikut tip yang diberikan ini, mana tahu mudah ‘lekat’ kan?
MUDAH HAMIL PADA USIA 35 TAHUN KE ATAS
Seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedekah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahil.
Artikel Menarik: [Jangan Anggap Seri Ibu Mengandung, Bengkak Kaki Teruk Mungkin Tanda Praeklampsia]
Antara tips yang mungkin boleh saya kongsikan ialah :
1. KETAHUI WAKTU SUBUR
Ramai yang menyangka bahawa seorang wanita itu sentiasa subur kerana mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan. Namun apa yang perlu diketahui iaitu seorang wanita itu benar-benar subur pada waktu tertentu dalam kitaran haid mereka.
Oleh itu jika mahu cepat hamil, harus mengetahui HARI SUBUR supaya lebih banyak usaha yang dapat diberikan sebagai persediaan sebelum melakukan hubungan seksual pada waktu itu.
2. JANGAN MENUNGGU UNTUK HAMIL
Berkahwin pada usia 35 tahun ke atas adalah perkahwinan yang harus segera mendapatkan zuriat. Jika mahu menangguhkan dulu untuk beberapa tahun kerana belum bersedia, ia adalah satu pertaruhan yang besar.
Artikel Menarik: [Garis Hitam Pada Perut Jadi Petunjuk Jantina Anak. Kepercayaan Karut!]
Ini kerana semakin seorang wanita itu berusia, semakin sukar peluang untuk hamil dengan mudah. Ini bukan bermakna tidak boleh hamil, tetapi usaha yang dilakukan haruskan berlipat kali ganda berbanding dengan wanita yang berusia lebih muda.
Dalam satu laporan statistik mengatakan bahawa kebarangkalian untuk seorang wanita berusia antara 35-39 tahun untuk hamil dalam masa setahun perkahwinan ialah satu dalam tiga wanita. Ini pun jika wanita itu tidak mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan sistem reproduktif.
3. LAKUKAN PEMERIKSAAN
Tidak dapat dinafikan bahawa semakin kita bertambah usia, semakin kita mengalami masalah kesihatan. Kekuatan kita melakukan suatu kerja semakin beransur kurang berbanding dengan kekuatan kita semasa muda. Kebolehan untuk hamil segera pun begitu.
Oleh itu jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, kerana apabila seorang wanita telah memasuki umur 35 tahun ke atas perbezaan dirinya dengan orang lain yang sama umur dengannya agak jauh berbeza.
Artikel Menarik: [Bukan Mengada-Ngada, Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil]
Kebolehan untuk segera hamil ini bergantung kepada beberapa perkara, antaranya :
1. Pemakanan
2. Genetik
3. Berat badan
4. Masalah kesihatan yang kronik seperti diabetes mellitus, hypertension
5. Keseimbangan hormon
6. Masalah kesihatan reproduktif seperti endometriosis, ovarian cy, dan fibroid
Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan tubuh bersedia untuk hamil. Selain itu, ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, cara hidup yang lebih yang sihat, kurangkan pendedahan terhadap toksin dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Kesimpulannya, setiap wanita mempunyai tubuh yang unik, dan mempunyai kebolehan untuk hamil berbeza dengan wanita yang lain. Jadi jangan berputus asa, dan terus berusaha untuk hamil.
Saya mencadangkan seorang wanita yang berusia lebih 35, agar segera mendapatkan pemeriksaan ujian kesuburan apabila mereka tidak berjaya untuk hamil setelah mencuba selama 6 bulan atau lebih.
Bagi wanita yang berusaha untuk hamil walaupun sudah lewat usia, anda masih boleh mencuba. Dapatkan nasihat dari doktor supaya dapat mengharungi fasa kehamilan tanpa gagal. Semoga usaha anda diberkati dan berjaya hamil tanpa masalah.
The post Nakkan Zuriat Sendiri, Tak Salah Usaha Walau Lewat Usia. Itulah Pengorbanan Namanya appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/nakkan-zuriat-sendiri-tak-salah-usaha-walau-lewat-usia-itulah-pengorbanan-namanya/