Nak Suruh Saya Derita Berapa Lama Lagi Sudahlah Anwar


By Wartawan MalaysiaGazette
- 22 June 2020

Paktatan Harapan masih belum dapat memuktamadkan nama calon perdana menteri jika berjaya mengambilalih kerajaan kelak.
KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengalaman yang panjang menyebabkan beliau dan partinya curiga untuk memberikan ruang sekali lagi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan tersebut.

Apatah lagi dalam percaturan terbaharu ini, kata Anwar, beliau diwajibkan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah Dr Mahathir yang disifatkan sebagai kesukaran maha besar untuk ditanggung.

“Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah,” katanya ketika bersiaran langsung di laman Facebook malam ini.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau dan PKR telah memberi kepercayaan dan peluang kepada Dr Mahathir sebelum ini selain merundingkan pelbagai perkara dengan bekas perdana menteri itu.

Pengalaman tersebut, katanya, menyebabkan beliau curiga apabila diminta sekali lagi untuk memberi peluang dan ruang kepada Dr Mahathir yang dikatakan boleh mendapat jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau juga mendedahkan perasaan curiga itu turut menghantui rakan-rakan dalam Pakatan Harapan apabila mereka mengusulkan pelantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan perlu melalui proses dokumentasi lengkap termasuk menurunkan tandatangan serta terikat dengan beberapa syarat yang jika tidak dipatuhi maka ahli-ahli Parlimen akan menarik balik sokongan mereka.

Anwar berkata, isu jawatan perdana menteri itu turut dibincangkan dalam pertemuannya dengan rakan-rakan di Sarawak di mana beliau diundang ke bumi kenyalang Selasa lalu.

“Kawan-kawan kata kalau tak cukup, boleh tak kita beri pilihan kedua kepada Tun Mahathir kerana Tun Mahathir dalam mesyuarat berulang kali minta jadi perdana menteri.

“Mula-mula dia minta enam bulan dan dalam mesyuarat berikutnya minta jadi perdana menteri setahun dan apabila perkara ini ditekankan oleh Shafie (Datuk Seri Shafie Apdal) dia setuju enam bulan.

“Dan dia tak nak tolak ansur langsung dalam hal ini,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi PH menjelaskan ‘perang kenyataan’ di media sosial dalam kalangan pemimpin-pemimpin PH termasuk Mohamad Sabu, Anthony Loke dan Khalid Samad mengenainya pencalonan beliau sebagai perdana menteri.

Katanya, dalam mesyuarat yang beliau sendiri pengerusikan, kesemua pemimpin bersetuju namanya dicalonkan sebagai perdana menteri malah menurut Anwar persetujuan itu dilafazkan dan didengar sendiri oleh beliau.

“Ini keputusan dan kami minta Tun bersetuju, tetapi Tun tidak bersetuju dan perkara ini kita hujahkan. Saya kata hampir 24 tahun sudah menjadi perdana menteri bagilah orang lain ikut giliran,” katanya sambil menambah di sebalik segala hujah Dr Mahathir tetap berkeras.

Menurut Anwar, beliau percaya jika Dr Mahathir dilantik menjadi perdana menteri untuk tempoh enam bulan, keadaan tidak akan berubah dan berbalik semula kepada soal ini dasar Mahathir dan itu dasar Anwar sehingga boleh menggagalkan hasratnya untuk memperjuangkan ekonomi rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Beliau juga menafikan Dr Mahathir telah mempunyai angka atau sokongan mencukupi sebaliknya cakap-cakap mengenai ‘cukup jumlah’ itu hanyalah teori dan beliau diminta untuk bersandarkan kepada kepercayaan tersebut sebelum diangkat menjadi perdana menteri.

“Kawan-kawan kata, Anwar kami mahu kamu jadi perdana menteri tetapi laluan tak mudah kerana kita perlu jumlah, ada yang percaya Tun Mahathir boleh dapat tetapi sampai kini belum dapat. Jadi kita beri dokongan (kepada Tun Mahathir), baru saudara diangkat,” katanya

Anwar juga menepis tuduhan bahwa beliau dan PKR merupakan pengkhianat apabila menolak pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan jika PH memerintah kelak.

Katanya, apa yang berlaku adalah perbezaan pendapat di mana beliau hanya mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan menuntut supaya mandat rakyat dikembalikan.

Beliau juga percaya jika Dr Mahathir diberi peluang sekali lagi biar pun untuk tempoh enam bulan perkara-perkara seperti rasuah, kronisme dan mengkayakan golongan tertentu tidak akan dapat dihapuskan.

“Khianat ini tidak timbul, orang yang bagi kipas kepada pengkhianat itulah pengkhianat,” katanya mengungkit semula Langkah Sheraton yang menurutnya bukan bermula seminggu dua sebaliknya telah diatur dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan sehingga tersungkurnya kerajaan PH.
 – MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/nak-suruh-saya-derita-berapa-lama-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berapa Lama Lagi Saya Harus Derita

Berapa Lama Lagi Saya Harus Derita

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 241 hits
Akhirnya segalanya terbongkar KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengalaman yang panjang menyebabkan beliau dan partinya curiga untuk memberikan ruang sekali lagi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menter...
Nak Tolong Anwar Jangan Lantik Diri Sendiri

Nak Tolong Anwar Jangan Lantik Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 333 hits
Abdullah MuhammadNak tolong Anwar tak bermakna cadang diri sendiri sebagai PM cara tolong ialah runding dengan GPS TYT Taib Mahmud dan Abg Johari dan warisan juga team bersatu yang tinggal berlima itu beri sokongan pada Anwar untuk jadi PM9...
Azmin Puji Amirudin Ni Nak Buat Anwar Berasap

Azmin Puji Amirudin Ni Nak Buat Anwar Berasap

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 347 hits
Meskipun tidak lagi berada dalam parti yang sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali hari ini memuji Amiruddin Shari yang juga Menteri Besar Selangor semasa majlis rasmi di negeri itu Azmin yang merupakan menteri besar S...
Suruh Sayang Baby Dalam Perut Tapi Raden Gigit Tak Lama Lagi Mawar Timang Anak Kedua

Suruh Sayang Baby Dalam Perut Tapi Raden Gigit Tak Lama Lagi Mawar Timang Anak Kedua

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 362 hits
Pelakon terkenal Mawar Rasid mendedahkan bahawa dia telah hamil anak kedua melalui postingnya di instagram Disebalik berita gembira tersebut dia turut memohon doa ramai agar kandunganya membesar dengan sempurna dan selamat Alhamdulillah Syu...
Fahamailah Derita Dan Sengsara Anwar

Fahamailah Derita Dan Sengsara Anwar

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 218 hits
Dalam deretan musuh politik Tun Mahathir Mohamad yang paling derita dan sengsara ialah Anwar Ibrahim Tun Musa Hitam Tengku Razaleigh Hamzah Anwar Ibrahim Lim Guan Eng Mohamad Sabu Najib Razak dan Muhyiddin Yassin adalah antara mereka yang p...
Macam Mana Mahathir Nak Tolong Anwar Tak Pelik Ker

Macam Mana Mahathir Nak Tolong Anwar Tak Pelik Ker

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 357 hits
Mahathir dah jadi PM masa dalam PH Mahathir juga telah mengatur pentadbiran negara 22 bulan Mahathir juga menabur janji melepaskan jawatan dan akhirnya dia lepaskan jawatan Tetapi anwar kekal sebagai PM in waiting list Sekarang mahathir nak...
Jangan Suruh Anak Berhenti Waktu Menangis Dia Pun Nak Luah Perasaan Jadi Biarkan

Jangan Suruh Anak Berhenti Waktu Menangis Dia Pun Nak Luah Perasaan Jadi Biarkan

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 356 hits
Biasanya apabila anak anak menangis kita akan minta mereka berhenti dan jangan buat bising Sebenarnya anak menangis itu normal ia salah satu tanda mereka menzahirkan emosi yang terpendam Benarkan anak anak menangis tetapi usahlah dibiarkan ...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Buasir Otak Tv Roblox Tob Tobi Tob Tob Tobi Tob Obby Live

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Feast O Tuan Chord

Ukays Azan Scan Keena Mentor Rina Eva Feat Aesar Mustafa Citarasa Kita Chord

Us S Pro Israel Stance Attracting More Critics Says Scholar

Hari Raya Bagi Saya Seorang Oku

Sentiment Of Malays Being Treated As Second Class Citizen Abounds In Mat Belon Dbkl Pre Raya Scuffle

Hati Yang Kering Dan Karat Apa Sebabnya