Apatah lagi dalam percaturan terbaharu ini, kata Anwar, beliau dikehendaki menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah Tun Mahathir yang disifatkan sebagai kesukaran maha besar untuk ditanggung.“Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah,” ujar bellau ketika bersiaran langsung di laman Facebooknya malam Ahad lalu.Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau dan PKR telah memberi kepercayaan dan peluang kepada Tun Mahathir sebelum ini selain merundingkan pelbagai perkara dengan bekas Perdana Menteri itu.Pengalaman tersebut, katanya, menyebabkan beliau curiga apabila diminta sekali lagi untuk memberi peluang dan ruang kepada Tun Mahathir yang dikatakan boleh mendapat jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.Beliau turut mendedahkan, perasaan curiga itu turut menghantui rakan-rakan dalam PH apabila mereka mengusulkan pelantikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-9 perlu melalui proses dokumentasi lengkap termasuk menurunkan tandatangan serta terikat dengan beberapa syarat yang jika tidak dipatuhi, maka Ahli-Ahli Parlimen akan menarik balik sokongan mereka.Katanya, dalam mesyuarat yang beliau sendiri pengerusikan, kesemua pemimpin bersetuju namanya dicalonkan sebagai Perdana Menteri, malah menurut Anwar, persetujuan itu dilafazkan dan didengar sendiri oleh beliau.“Ini keputusan dan kami minta Tun Mahathir bersetuju, tetapi beliau tidak bersetuju dan perkara ini kita hujahkan.“Saya kata hampir 24 tahun sudah menjadi Perdana Menteri, bagilah orang lain ikut giliran.“Mula-mula dia minta enam bulan dan dalam mesyuarat berikutnya minta tambah jadi setahun dan apabila perkara ini ditekankan oleh Shafie Apdal, Tun Mahathir akhirnya setuju dengan tempoh enam bulan.“Dan dia tak nak tolak ansur langsung dalam hal itu,” kata Anwar.Menurut Anwar lagi, beliau percaya jika Tun Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri untuk tempoh enam bulan, keadaan tidak akan berubah dan berbalik semula kepada soal “ini dasar Mahathir dan itu dasar Anwar” sehingga boleh menggagalkan hasratnya untuk memperjuangkan ekonomi rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.Kawan-kawan kata, “kami mahu saudara jadi Perdana Menteri tetapi laluan tak mudah kerana kita perlu jumlah, ada yang percaya Tun Mahathir boleh dapat tetapi sampai kini belum dapat. Jadi kita beri dokongan kepada Tun Mahathir, selepas itu baru saudara diangkat,” katanyaAnwar juga menepis tuduhan bahwa beliau dan PKR merupakan pengkhianat apabila menolak pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-9 jika mandat rakyat berjaya dikembalikan semula kepada PH kelak.Katanya, apa yang berlaku adalah perbezaan pendapat di mana beliau hanya mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan menuntut supaya mandat rakyat dikembalikan.Beliau juga percaya jika Dr Mahathir diberi peluang sekali lagi, biar pun untuk tempoh enam bulan, perkara-perkara seperti rasuah, kronisme dan mengkayakan golongan tertentu tidak akan dapat dihapuskan.“Khianat ini tidak timbul, orang yang bagi kipas kepada pengkhianat itulah pengkhianat,” katanya mengungkit semula Langkah Sheraton yang bukan bermula seminggu dua, tetapi diatur lama sebelum itu lagi.Kesimpulannya, di mana salahnya jika Anwar terus menolak untuk bekerjasama dan menyetujui Tun Mahathir dicalonkan sekali lagi sebagai Perdana Menteri?Fahamilah derita dan sengsara yang pernah ditanggung Anwar sebelum ini!! (Shahbudindotcom 23/06/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |