Nak Simpan Tali Pusat Anak Untuk Kenangan Ini Jawapan Dari Pejabat Mufti


Definisi “tali pusat” ialah bahagian usus yang menghubungkan bayi dengan urinya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Ia boleh didapati pada bayi yang baru sahaja dilahirkan pada bahagian perutnya. Tali pusat inilah yang membekalkan nutrien berkhasiat yang diperlukan bayi semasa hamil yang disalurkan oleh ibunya. Kebiasaannya tali pusat ini akan dipotong sejurus kelahiran.

Menjadi sebahagian tradisi masyarakat kita untuk menyimpan tali pusat bayi dengan pelbagai matlamat tertentu:
Sebahagian menyimpannya untuk faedah perubatan, sama ada disimpan bersama dengan uri di makmal ataupun disimpan kering.
Sebahagian pula menyimpan kerana kepercayaan bahawa ingin ditanam bersama apabila meninggal dunia, atau ditanam bersama-sama dengan adik beradik yang lain, atau apa-apa kepercayaan.
Sebahagian lagi menyimpan bukan kerana faedah perubatan atau kepercayaan, tetapi hanya sebagai kenangan.
Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab menyebut: “Mengebumikan mayat ialah fardu kifayah kerana jika meninggalkannya di atas permukaan bumi akan mencemarkan kehormatan mayat itu dan mendatangkan mudarat kepada manusia disebabkan bau busuknya.
Pengebumian di kawan perkuburan adalah afdal kerana Nabi SAW mengebumikan para sahabat yang mati di Baqi`, dan kerana ramai orang yang menziarahinya akan mendoakannya.”
Imam al-Nawawi dalam komentarnya menyebut bahawa hadis Nabi SAW mengebumi jenazah di Baqi` itu adalah hadis sahih lagi mutawatir dan hukum fardhu kifayah ini menjadi ijmak kesepakatan semua orang Islam. Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhazzab (5/282)

Kemudian ulama membahaskan hukum organ atau bahagian tubuh yang terputus semasa hidup. Imam Muhammad al-Syarbini al-Khatib Rahimahullahu, pengarang kitab Mughni Muhtaj (1/349) berkata: “Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau ragu tentang kematiannya seperti tangan pencuri yang dipotong, kuku, rambut, darah (alaqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya. Disunatkan juga membungkus tangan dan seumpamanya dengan kain.”
Manakala kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah (1/395), telah berkata pengarang: “al-masyimah (uri) yang dinamakan sebagai al-khalas (tali pusat) adalah seperti anggota (anak) kerana ia diputuskan daripada anak tersebut. Maka tali pusat sebahagian daripada tubuhnya.”
Adapun hukum mengerat tali pusat sejurus bersalin, maka berkata Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani dalam Matla` al-Badrayn (1/346): “Wajib dikerat tali pusat kanak-kanak setelah dilahirkan dengan berlalu sedikit masanya.”
Dapat kita simpulkan daripada dua rujukan di atas, bahawa tali pusat dianggap sebahagian daripada bahagian tubuh bayi yang baru lahir. Justeru asal hukumnya adalah sunat menanam tali pusat itu sama seperti hukum kuku, rambut dan darah seperti darah bekam sebagai penghormatan kepada tubuh badan manusia.
Maka, kami katakan dalam hukum menyimpan tali pusat:
Makruh hukumnya menyimpan tali pusat bayi jika tanpa tujuan atau sebagai kenangan. Harus sekiranya bagi tujuan perubatan yang terbukti oleh pakar perubatan, seperti kaedah rawatan stem cell (sel induk) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit leukemia, thalassemia dan seumpamanya. Haram jika disimpan atas tujuan kepercayaan dan khurafat yang tidak ada sandarannya di dalam Islam. Wallahua’lam.
Semoga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan dan kebaikan kepada masyarakat umumnya.
Al Kafi li al-Fatawi
Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
The post “Nak Simpan Tali Pusat Anak Untuk Kenangan” Ini Jawapan Dari Pejabat Mufti appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/nak-simpan-tali-pusat-anak-untuk-kenangan-ini-jawapan-dari-pejabat-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Mampu Aqiqah Tapi Nak Cukur Rambut Bayi Dahulu Boleh Ke Ini Jawapan Mufti

Belum Mampu Aqiqah Tapi Nak Cukur Rambut Bayi Dahulu Boleh Ke Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 255 hits
Adakah dikira pahala sunat sekiranya mencukur rambut anak lelaki yang baru lahir terlebih dahulu sebelum melakukan aqiqah kerana tidak cukup wang untuk melakukan majlis aqiqah pada hari ke 7 kelahiran Mungkin ramai yang tertanya tanya tenta...
Video Member Telan Air Liur Siap Gelagat Anak Bongsu Mua Bellaz Terliur Nak Makan Juga Tarik Perhatian Ramai

Video Member Telan Air Liur Siap Gelagat Anak Bongsu Mua Bellaz Terliur Nak Makan Juga Tarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 237 hits
Pempeng4ruh dan jurusolek terkenal Mua Bellaz terkenal bakat solekan yang memuk4u mereka yang melihat Baru baru ini Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini selamat melahirkan anak keempat yang diberi nama Nur Aisywara Naelofa Bayi baru...
Manjakan Anak Tu Boleh Tapi Jangan Ikut Sangat Apa Dia Nak Takut Naik Lemak

Manjakan Anak Tu Boleh Tapi Jangan Ikut Sangat Apa Dia Nak Takut Naik Lemak

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 156 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
Tok Ma Nak Perli Ibu Tu Sindir Anak Pakai Baju Kurung Dr Amalina Hairan Sikap Segelintir Netizen

Tok Ma Nak Perli Ibu Tu Sindir Anak Pakai Baju Kurung Dr Amalina Hairan Sikap Segelintir Netizen

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 201 hits
Gara gara menggayakan anak sulung dengan baju kurung pemberian ibunya Dr Amalina disindir oleh segelintir netizen yang mengatakan dia sudah melupakan adab dan budaya orang Melayu kerana sudah bermastautin di luar negara Berikutan itu ibu mu...
Meragam Demam Tarik Telinga Petanda Anak Nak Tumbuh Gigi Cuba Cara Ini Untuk Legakan Sakit Gusi Anak

Meragam Demam Tarik Telinga Petanda Anak Nak Tumbuh Gigi Cuba Cara Ini Untuk Legakan Sakit Gusi Anak

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 221 hits
Situasi nak tumbuh gigi antara situasi yang sangat sakit dan tidak selesa buat bayi anda Perubahan perubahan pada emosi dan fizikal anak akan jelas terlihat antaranya air liur meleleh menangis mengigit demam dan banyak lagi Ibu ayah kena se...
Nak Tambah Anak Fikir Dulu Bukan Setakat Bajet Struggle Fasa Parenthood Kena Sedia

Nak Tambah Anak Fikir Dulu Bukan Setakat Bajet Struggle Fasa Parenthood Kena Sedia

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 159 hits
Memiliki jumlah anak yang ramai sememangnya satu kesenangan untuk kita dihari kemudian Namun menambah anak dalam tempoh waktu yang gawat ini memerlukan untuk kita duduk dan berbincang banyak perkara dengan pasangan Bersediakah kita Perkongs...
Biar Menangis Saja Perangkap Nak Sesuatu Jangan Kalah Dengan Anak

Biar Menangis Saja Perangkap Nak Sesuatu Jangan Kalah Dengan Anak

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 207 hits
Waktu bayi anak akan menangis bila ada sesuatu yang dia inginkan Boleh jadi lampinnya basah dan dia mahu ia ditukar Mungkin juga bayi menangis kerana perutnya berkeroncong minta diisi susu atau makanan Menangis kerana rasa insecure juga bol...
Paksa Anak Pejam Mata Je Tak Guna Kena Ada Ilmu Ni Nak Tidurkan Anak Awal

Paksa Anak Pejam Mata Je Tak Guna Kena Ada Ilmu Ni Nak Tidurkan Anak Awal

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 201 hits
Anak tidur lambat mak ayah mula rasa tertekan Puas dipujuk dan dodoikan anak masih celik dan aktif Apa cara nak bagi anak tidur awal Anak yang tidur awal bukan hanya menyenangkan mak ayah bahkan tidurnya yang cukup juga baik untuk perkemban...
Tak Perlu Guna Santan Kotak Begini Cara Simpan Santan Segar Untuk Makanan Bayi Mudah Nak Masak

Tak Perlu Guna Santan Kotak Begini Cara Simpan Santan Segar Untuk Makanan Bayi Mudah Nak Masak

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 211 hits
Berbanding santan kotak santan segar selalu menjadi pilihan kita untuk memasak Bagi menyediakan makanan bayi adalah lebih baik untuk turut menggunakan santan segar Ini kerana ia tidak melibatkan sebarang proses pembuatan dan penambahan baha...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game