Ikuti apa dikongsikan tentang topik ini:
5 TANDA PERANGAI ANAK PERLUKAN BANTUAN SEGERA
Ada tak waktu yang anak cakap elok-elok, kita buat tak peduli… Tapi, bila anak dah jerit, baru kita menyahut dan layan anak?
Contohnya, anak panggil kita elok-elok, kita sibuk dengan handphone. Pastu anak pun jerit “AYAH!!!!” Baru kita, “Apa dia?!”
Ada tak kita semak perkembangan kemahiran anak kita tu sesuai tak dengan umur dia?
Contohnya, patut umur anak kita tu dah boleh dah makan sendiri, tapi kita tak pernah bagi dan kalau anak kita macam susah sikit nak makan sendiri, kita terus tolong.
Ada tak kita ni terlalu permisif? Apa je anak nak, kita bagi sebab rasa tak boleh kalau nak kata “tak boleh”, “tunggu”, “bukan hari ni” pada anak.
Artikel Menarik: [Bukan Marah Atau Pukul Anak Kalau Aktif, Hadapi Dengan Cara Ini. Barulah Anak Bijak!]
Ada tak kita ni takut sangat nak anak rasa susah? Anak tak boleh buat sikit, kita “escape” kan anak kita. Anak rasa “homework” susah, kita marah cikgu.
Mama ayah…
Sikap terlalu permisif dan “takut anak marah”, “takut anak susah” ni sebenarnya akan menimbulkan satu rasa negatif pada anak.
Anak akan timbul satu sifat yang dipanggil ENTITLED.
Bagi mereka, semua perkara yang berlaku ada kaitan dengan mereka.
Bagi mereka, apa yang mereka mahu, mereka patut dapat.
Bagi mereka, apa yang mereka rasa susah, mesti dimudahkan oleh orang lain.
Kasihan tau anak-anak macam ni…
Mereka akan kurang sifat ketahanan terhadap cabaran dan akan membesar menjadi manusia yang sangat mudah stress dan putus asa.
Artikel Menarik: [Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Pukul Anak Kecil. Boleh Ke Parents Buat Macam Tu?]
So, jom take action, parents!
Kenal pasti perkembangan anak kita secara holistik kenal pasti apakah yang sihat dan tak sihat dalam menguruskan tingkah laku anak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Semoga Allah mudahkan kita semua menguruskan anak kesayangan kita.
Anak ni saham ke syurga tau.
Elok kita didik, inshaaAllah jadi penyumbang doa untuk kita nanti.
#otaisyahrozalli
#parenting
#didikanakkeranaAllah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Nak Semua Perfect, KIta Buatkan Untuk Anak. Terbiasa, Dia Jadi Manja & Suka Mengamuk! appeared first on Pa&Ma.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |