Nak Anak Berterima Kasih Kita Pun Kena Berterima Kasih Pada Pemberi Barulah Anak Contohi


Tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah. Bila kita memberi, memberilah dengan hati penuh rela dan rasa tawaduk sebab ada orang untuk kita memberi.

Dan bila kita berada di bawah, menerima, menerimalah dengan hati yang penuh bersyukur dan bergembiralah kerana Allah mendatangkan seseorang untuk memberi kepada kita. Itu rezeki kita juga yang Allah datangkan melalui orang itu. Maka ringankan mulut mengucap terima kasih dan janganlah mulut berat untuk mendoakan orang yang sudi memberi.
Menurut Ibu Rose, dia melihat terlalu banyak orang tidak tahu menerima pemberian dengan hati yang gembira dan bersyukur. Malah bila orang memberi ada yang berasa terhina. Pelik bin Ajaib mindset ni.
Dan lagi pelik bila mereka menyuruh anak mereka mengucap terima kasih bila diberi sesuatu. Mereka tidak sedar, apabila mereka di tempat menerima itu, mereka telah menunjukkan contoh yang sangat tidak baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.
Kadang-kadang yang terbit di muka mereka adalah rasa sedih dan bersalah kerana orang memberi. Ada juga yang masam kerana orang memberi kepada mereka atau anak-anak mereka. Yang ini memang Ibu tak faham langsung mindset mereka.
Ibu teringat satu kejadian di dalam hidup Ibu. Pada masa itu Ibu masih seorang Ibu muda yang penuh masalah. Hari itu, Arwah Mak Mertua Ibu membawa Ibu, suami dan anak-anak membersih kubur Arwah nenek.
Tiba-tiba kami didatangi seorang lelaki yang tua dan nampak uzur. Arwah Mak Mertua mengatakan dia itu menjaga kebersihan kubur di situ. Ibu lantas bertanya, “Boleh Ji nak bagi sikit sedekah Ma?” Ma mengatakan boleh.
Ibu hulur beberapa ringgit yang Ibu ada masa itu. Masa itu Ibu tidak bekerja jadi beberapa ringgit tu kira banyaklah bagi Ibu .Dia lalu mengangat tangan dan terus membaca doa kesyukuran. Ibu ingat lagi doanya; ” Ya Allah murahkan rezeki budak ini…”
Tak sampai sebulan selepas itu; memang rezeki Ibu melimpah ruah dengan peluang pekerjaan yang bertambah-tambah. Masalah pun telah banyak dapat diatasi.
Inilah contoh akhlak mulia seseorang itu bila menerima. Menerima dengan penuh rasa bersyukur dan menunjukkan penghargaan kepada yang memberi.
Tidak kira di mana tangan kita; tunjukkanlah akhlak yang baik bila memberi dan juga menerima.
Jangan berat mulut mengucapkan terima kasih. Jangan susahkan diri menunjukkan muka yang manis. Tidak hina kita bila menerima pemberian.
Jika kita tidak menunjukkan contoh yang baik bila menerima, untuk mengucap terima kasih dengan muka yang manis dan hati yang gembira; agak-agaknya adakah anak-anak kita akan tahukah berterima kasih kepada kita?
Kita ajarlah seribu kali untuk dia mengucapkan terima kasih bila dia diberi kita beri sesuatu, kalau contoh dari kita sendiri tidak pandai mengucap terima kasih, maka jadilah kita seperti ketam mengajar anak berjalan betul!
Adakah kita mahu begitu?
Kredit: Ibu Rose
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Nak Anak Berterima Kasih, Kita Pun Kena Berterima Kasih Pada Pemberi. Barulah Anak Contohi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/nak-anak-berterima-kasih-kita-pun-kena-berterima-kasih-pada-pemberi-barulah-anak-contohi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Benda Nak Masuk Dalam Mulut Fasa Mouthing Buat Anak Kenal Bentuk Pantaulah

Semua Benda Nak Masuk Dalam Mulut Fasa Mouthing Buat Anak Kenal Bentuk Pantaulah

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 339 hits
Sudah menjadi satu kebiasaan apa sahaja yang dipegangnya anak akan memasukkan ke dalam mulut Bahaya pada bayi kita namun banyak yang dipelajari oleh anak kecil Ketika memegang dan memasukkan ke dalam mulut inilah anak anak belajar mengenai ...
Semua Mainan Amp Pakaian Nak Warna Pink Ia Lumrah Sifat Anak Perempuan Kajian

Semua Mainan Amp Pakaian Nak Warna Pink Ia Lumrah Sifat Anak Perempuan Kajian

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 297 hits
Sebagai ibu bapa moden dan berfikiran terbuka kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memecahkan stereotaip jantina yang berterusan hingga ke hari ini Contohnya seperti adalah sifat perempuan suka warna merah jambu lelaki suka biru budak pe...
Cium Anak Biasakan Di Dahi Kepala Situlah Terhasilnya Hormon Kasih Sayang Terbaik

Cium Anak Biasakan Di Dahi Kepala Situlah Terhasilnya Hormon Kasih Sayang Terbaik

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 308 hits
Semua kena tahu ni pantang larang cium anak Bonding Kiss hanya ada 2 sahaja iaitu di dahi dan kepala Selain dari dua bahagian ini itu semua sexual kiss bukan untuk bonding Baik ibu ayah baik orang lain tak digalakkan mencium anak di bahagia...
Hadiahkan Anak Anak Dengan Sejadah Dan Telekung Seronok Diaorang Nak Solat

Hadiahkan Anak Anak Dengan Sejadah Dan Telekung Seronok Diaorang Nak Solat

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 464 hits
hai assalammualaikum Hadiahkan Anak Anak Dengan Sejadah Dan Telekung Seronok Diaorang Nak Solat Fariza si sulung sejak kecil tengok mommy solat bila dah pandai jalan dah pandai buat macam macam sikit sikit mommy ajak dia duduk sebelah dan s...
Tak Perlu Tunggu Bayi Ada Gigi Baru Nak Tukar Tekstur Makanan Mama Boleh Explore Ikut Usia Anak

Tak Perlu Tunggu Bayi Ada Gigi Baru Nak Tukar Tekstur Makanan Mama Boleh Explore Ikut Usia Anak

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 452 hits
Saat nak menukar tekstur makanan bayi adalah saat yang ditunggu tunggu oleh ramai mommy Dari hanya menyediakan puri mama boleh menjadi lebih kreatif dalam menyediakan makanan buat si comel Tapi mungkin ada yang teragak agak bilakah masa yan...
Adun Amanah Lompat Parti Salahuddin Patut Berterima Kasih Kepada Pkr

Adun Amanah Lompat Parti Salahuddin Patut Berterima Kasih Kepada Pkr

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 323 hits
Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub disifatkan sebagai keliru antara rakan dan musuh berhubung penyertaan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Amanah di Johor ke dalam Parti Keadlilah Rakyat Setiausaha AMK Malaysia Syukri Ra...
Bagi Anak Bawah 1 Tahun Makan Bukan Nak Suruh Rasa Sedap Tapi Nak Kenalkan Makanan

Bagi Anak Bawah 1 Tahun Makan Bukan Nak Suruh Rasa Sedap Tapi Nak Kenalkan Makanan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 533 hits
Kenapa garam dan gula tidak baik untuk kesihatan bayi Setiap hari bayi hanya memerlukan garam kurang daripada 1g kerana bayi sudah mendapat garam yang cukup daripada susu ibu atau susu formula Jika terlebih garam dalam badan bayi ia boleh m...
Ibu Oyen Tarik Anak Dewasa Untuk Makan Kasih Ibu Sepanjang Masa

Ibu Oyen Tarik Anak Dewasa Untuk Makan Kasih Ibu Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 406 hits
Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama sebagai Strenjerr juga berkongsikan situasi itu kepada umum Ini jelas terbukti bahawa haiwan juga tidak mengenal usia anak untuk sayang akan anak anaknya apabila perkongsian tersebut menunjukkan...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month