Susah Sangat Nak Baik Batuk Non Stop Cuba Urutan Alternatif Ini Boleh Legakan Batuk Anak


Bila anak batuk tak berhenti-henti, segala macam dah cuba tapi tak berkurang juga batuk pastinya rasa risau dalam hati mama ayah. Apa lagi yang perlu di buat atau di cuba bagi melegakan batuk anak. Kesian melihat anak yang tak selesa lebih-lebih lagi waktu tidur.
Urutan Untuk Melegakan Batuk
Sehari-2 ni Fydh dijangkiti selesema & batuk. Mak mana yang tak risau bila anak batuk berterusan sampai susah nak bernafas. Fydh ni walaupun dah makan ubat, tapi bila dia aktif sangat main & melompat², mesti batuk non stop sampai nak termuntah² jadinya.
Bila anak batuk non stop ni, selalunya saya akan urut/picit kat point² tertentu untuk legakan batuk. Macam yang pernah saya beritahu sebelum ni, saya belajar sikit² dari tukang urut/reflexologist, pembacaan buku & online untuk kegunaan masa² terdesak. Selama ni saya hanya urut diri sendiri, anak & suami serta famili terdekat. Tapi 2 hari sebelum raya tahun lepas, saya berkesempatan urut mak mertua yang asyik batuk non stop. Syukur alhamdulillah batuk beliau beransur reda setiap kali diurut.
Sebenarnya kesan urutan acupressure/refleksologi ni lebih cepat nampak pada bayi & anak kecil berbanding pada orang dewasa. Jadi tak salah jika mak² yang ada anak kecik ni belajar sikit² point² penting untuk kegunaan masa² terdesak. Lebih² lagi anak bawah umur 2 tahun tak boleh diberikan ubat batuk. So, selain gunakan teknik tepuk percussion, daun herba, boleh juga gunakan urutan refleksologi/acupressure sebagai salah satu kaedah alternatif. Dulu reflexologist pernah beritahu, setakat nak urut diri sendiri/anak kita tak perlu jadi betul² mahir. Walaupun point yang diurut tu tak berapa tepat (kena sikit² je) tapi simptom tetap boleh reda kalau lakukan dengan konsisten.

Tip Mengurut
Kalau boleh, mak² cari setiap point yang saya tunjukkan ni pada diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.

Sebelum urut, sebaik²nya sapukan minyak pada kawasan nak diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).
Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.
Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak tangan je.
Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).
Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh badan.
Perlu urut kedua² belah tapak tangan/kaki untuk organ yang mempunyai dua bahagian (contohnya paru² kanan & kiri)
Buat urutan dengan kerap sekurang²nya 2-3x sehari untuk dapatkan kesan terbaik.
Sebaik²nya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan toksin yang terhasil dalam badan
Point Untuk Redakan Batuk
Ada banyak point yang saya tunjukkan kat sini, tapi mak² tak perlu urut semua sekali. Urut pada bahagian yang paling senang/bahagian yang dapat dicapai. Macam saya, bila anak baring selalunya saya akan urut bahagian dada & tapak kaki. Tapi kekadang masa kat luar atau dalam kereta, bila susah nak urut bahagian dada, saya urut bahagian belakang & juga tapak tangan.
Sebenarnya banyak lagi refleks point lain, tapi saya cuma tunjukkan point yang senang nak ingat & point yang selalu saya gunakan je.
Point di Bahagian Dada
Point A
• Urut point ni untuk hentikan batuk secara beransur²
• Melegakan batuk, sesak nafas, sakit tekak, bronchitis & pedih hulu hati.

Point B
• Kuatkan sistem imun, meredakan batuk serta masalah berkaitan pernafasan yang lain (sakit tekak, kahak, asthma, dll)
Point C
• Merupakan refleks point yang penting untuk penyakit berkaitan paru-paru
• Meredakan batuk, bunyi wheezing, asthma serta sakit dada.
Point di Bahagian Belakang

Point D
• Kedudukannya pada tulang belakang, berdekatan hujung tulang belikat.
• Meredakan batuk, asthma, sakit di bahu dan belakang.
Point E
• Melegakan batuk & sesak nafas
Point di Tapak Tangan
Urut secara membulat pada refleks point untuk “paru-paru” bagi meredakan/menghentikan batuk
 
Optional:
Picit refleks point “pituitary” pada ibu jari untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.
Point di Tapak Kaki
Urut secara membulat pada refleks point untuk “paru-paru” bagi meredakan/menghentikan batuk
Optional:
Picit refleks point “pituitary” pada ibu jari kaki untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.
Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.
Selalunya batuk jadi makin teruk pada waktu malam disebabkan keadaan cuaca yang sejuk. Kalau mak² perasan, masa batuk teruk ni dada anak pun akan terasa sejuk je bila disentuh. Sapukan minyak bawang putih/vicks/minyak hangat sebelum anak tidur untuk kurangkan batuk.
Batuk gak jadi teruk tiap kali bila bangun tidur. Ini disebabkan mucus yang terkumpul dalam dada & saluran pernafasan masa tidur tu.
*Dalam video saya tunjukkan cara cari point berdasarkan kedudukan tulang selangka (collar bone). Anak yang berbadan kurus, senang nampak tulang selangka tapi anak yang berbadan agak berisi/chubby, kena cari kedudukan tulang selangka dulu. Step ni saya tunjuk untuk mudahkan mak² cari kedudukan setiap point. Sok² dah tau kedudukan point, tak perlu la cari kedudukan tulang selangka ni tiap kali nak picit

*Boleh rujuk makanan kurangkan mukus dalam album menu anak tak sihat
*Untuk info tentang teknik percussion & daun sirih, boleh klik link post lame ye
Kredit:Yatie Eimra
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Susah Sangat Nak Baik,Batuk Non Stop” Cuba Urutan Alternatif Ini, Boleh Legakan Batuk Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susah-sangat-nak-baikbatuk-non-stop-cuba-urutan-alternatif-ini-boleh-legakan-batuk-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Baru Mula Bersekolah Ibu Boleh Cuba Cara Ini Untuk Galak Anak Mencapai Prestasi Yang Baik

Anak Baru Mula Bersekolah Ibu Boleh Cuba Cara Ini Untuk Galak Anak Mencapai Prestasi Yang Baik

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 251 hits
Masih ingat lagi tak pada zaman persekolahan kita Pada hari pertama kita bangun dengan penuh semangat kerana teruja ingin berjumpa rakan rakan baru Atau memori pahit manis si ibu dan ayah perlu mengejutkan anak bersekolah terutamanya pada h...
Otak Jadi Lembab Susah Nak Belajar Anak Ini Kongsi Sisi Gelap Selalu Dimarah Ditengking Walaupun Hal Remeh

Otak Jadi Lembab Susah Nak Belajar Anak Ini Kongsi Sisi Gelap Selalu Dimarah Ditengking Walaupun Hal Remeh

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 465 hits
Memarahi anak memang suatu yang ramai ibu bapa tak suka Namun ramai juga yang tiada skil untuk mengawal diri terutama bila marah sudah di ambang bibir dan dada dah turun naik Maka terloncatlah kata kata dengan aura perkataan yang sangat bes...
Teknik Urutan Untuk Anak Cergas Senang Bangun Pergi Sekolah Mudah Sangat Stepnya

Teknik Urutan Untuk Anak Cergas Senang Bangun Pergi Sekolah Mudah Sangat Stepnya

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 217 hits
Kanak kanak 90 kehidupan mereka adalah bermain Badan mereka juga merasa letih dan penat Urutan lembut sangat merangsang kesihatan anak untuk bebas dari demam batuk dan sebagainya TEKNIK URUTAN UNTUK ANAK CERGAS DAN SENANG DI KEJUT UNTUK KE ...
Din Ayub Pun Pening Juga Dulu Kau Kata Anwar Nak Baik Dengan Umno

Din Ayub Pun Pening Juga Dulu Kau Kata Anwar Nak Baik Dengan Umno

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 293 hits
MUHD MUFIZ IIBu la nko Din Ayub DULU geng proksi proksi Atoksaka di dlm Amanah nko SERANG DSAI TUDUH DSAI NAK BERPAKAT DGN UMNO DAN GENG NKO DLM AMANAH MENOLAK BEKERJASAMA DGN PENYAMUN UMNO XHABIH HABIH GENG PROKSI ATOKSAKA DI DLM AMANAH NK...
Kalau Ada Anak Kecil Nak Berpuasa Untuk Pertama Kali Elak Buat Kesilapan Ini

Kalau Ada Anak Kecil Nak Berpuasa Untuk Pertama Kali Elak Buat Kesilapan Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 266 hits
Ali kena puasa ya tahun ni Nanti mommy bagi RM1 kalau Ali puasa okay Maka si anak pun bersetuju dengan tawaran yang diberikan Tapi boleh ke menawarkan hadiah Ikuti perkongsian pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan ini Tips Mengajar Anak Kecil ...
Hadiahkan Anak Anak Dengan Sejadah Dan Telekung Seronok Diaorang Nak Solat

Hadiahkan Anak Anak Dengan Sejadah Dan Telekung Seronok Diaorang Nak Solat

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 426 hits
hai assalammualaikum Hadiahkan Anak Anak Dengan Sejadah Dan Telekung Seronok Diaorang Nak Solat Fariza si sulung sejak kecil tengok mommy solat bila dah pandai jalan dah pandai buat macam macam sikit sikit mommy ajak dia duduk sebelah dan s...
Risiko Vbac Pertama Kali Nak Cuba Untuk Normal Selepas Czer

Risiko Vbac Pertama Kali Nak Cuba Untuk Normal Selepas Czer

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 374 hits
Hai Hallooooo Assalamualaikum Alhamdulillah dah masuk 36 minggu preggy adik baby sorang ni Pelbagai liku liku gitu Dah tua tua ni tak mudah rupanya nak mengandung Memang hebat lah mommy lain yang preggy usia hujung 30 an tu Salutee Hari ni ...
Hiburan Depan Mata Lagi Senang Nak Ajar Datuk Rizalman Okay Anak Tak Mahu Sambung Belajar Lepas Spm

Hiburan Depan Mata Lagi Senang Nak Ajar Datuk Rizalman Okay Anak Tak Mahu Sambung Belajar Lepas Spm

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 427 hits
Sentiasa membawa perubahan baru dan dunia fesyen tempatan sudah pasti ramai yang mengagumi kehebatan pereka Datuk Rizalman Ibrahim Bukan sahaja daripada sudut gaya fesyen namun personaliti dirinya yang menyenangkan turut membuat ramai yang ...
Mula Mula Tak Boleh Bila Anak Menangis Terus Kata Boleh Itu Silapnya Ibu Ayah Sekarang

Mula Mula Tak Boleh Bila Anak Menangis Terus Kata Boleh Itu Silapnya Ibu Ayah Sekarang

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 264 hits
Semestinya ibu bapa pernah melalui fasa anak marah menjerit dan mengamuk kan Biasanya apa tindakan yang kita buat Bertegas marah pukul atau biarkan anak tenang dulu sebelum moodnya ok Menurut kajian mendidik anak anak ibu bapa kena lebih pr...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily