Nak Rambut Macam Pelakon K Drama Pssttt Ini Rahsianya
Kalau korang perasan, pengayaan dan pemilihan warna rambut gadis di Korea sentiasa trendy kan? Tidak kira sama ada mereka K-idol atau orang awam tetapi memang cantik belaka! Ramai gadis di negara Malaysia sudah mula mengikuti pengayaan rambut seperti gadis Korea.
Hmm, tapi macam mana mereka menjaga rambut supaya sentiasa nampak bersinar dan sihat walaupun kerap mewarnakan dan mengayakan rambut yang berbeza-beza? Jom kami kongsikan!
Memperkenalkan Jenny House, Produk Kesihatan Rambut Eksklusif Di Watsons
Jenny House merupakan jenama produk penjagaan dan kesihatan rambut yang berasal dari Korea. Kini, Jenny House mula memasuki pasaran Malaysia dan dijual secara eksklusif di Watsons. Fokus utama jenama ini adalah untuk membantu korang mendapatkan rambut yang lebat bermula dari akar rambut pada kulit kepala dan rambut yang sihat.
Apa manfaat Jenny House pada rambut?:
– 2X ganda manfaat Cica: Ekstrak dari Centella Asiatica memberi kesan yang sangat baik untuk menenangkan dan melembapkan kulit kepala. Manakala Madecassoside, bahan aktif yang diperoleh daripada daun dan batang Centella Asiatica. Kedua-dua manfaat ini memberikan sinergi berganda untuk kulit kepala lebih sihat
– Jeju Seaweed Complex: Meningkatkan kadar penyerapan ke dalam kulit kepala/rambut dengan kandungan nutrisi nano kepada rambut yang mengandungi Jeju Seaweed Complex seperti Ecklonia Cava, Kjellmaniella Gyrata, Seaweed Fusiforme, Codium Fragile, Sargassum Fulvellum dan komponen Peptida menggunakan kaedah paten pengeluar UCL
-Keratin terhidrolisis: Manfaat keratin terhidrolisis membantu meningkatkan kemampuan rambut untuk mempertahankan kelembapan, mencegah rambut kusut dan sukar untuk digayakan, memperbaiki rambut yang rosak akibat pengwarnaan rambut dan meningkatkan kekuatan rambut.
Wah, banyak betul manfaat produk Jenny House ni. Tapi, semua benda mesti kena usaha kan? Kalau macam tu, min nak share 6 rutin haircare yang korang boleh amalkan supaya rambut korang pun cantik macam gadis Korea!
1. Root Volume Fixer (95 ML)
Kalau korang ada masalah rambut rosak yang teruk dan nipis. Ini memang recommended! Self-up volume shampoo sangat membantu mengurangkan gejala keguguran rambut dan membantu korang untuk menggayakan rambut lebih volume. Dengan 86% bahan semula jadi, syampu ini juga mengandungi 4,000PPM Kolagen Hidrolisis yang membantu rambut untuk tumbuh serta memberikan kelembapan pada kulit kepala.
Harga: RM 79.90
2. Self-Up Real Volume Treatment (240 ML)
Produk ini membantu korang untuk melakukan rawatan rambut gugur serta penjagaan kulit kepala dari rumah. Ini bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut lebih cepat. Self-Up Real Volume Treatment juga mengandungi keratin terhidrolisis 4,000PPM dan 17 asid amino yang mengisi rambut dengan nutrisi. Ia juga dapat membentuk filem pelindung pada cuticles yang rosak. Wah, berkepuk-kepuk lah rambut korang nanti!
Harga: RM 79.90
3. Intensive Protein Ampoule (100 ML)
Ampoule dari Jenny House ini mengandungi Hydrolyzed Wheat Protein sebanyak 6,000PPM dan Hydrolyzed Keratin, 4,900PPM untuk membekalkan protein pada rambut hanya dengan penggunaan beberapa titik sahaja.
Menariknya, ampoule ini dapat memberi penjagaan kesihatan rambut 2X ganda dengan kandungan nutrien dan nutrisi dari bahan semula jadi. Sebenarnya, bila korang guna ampoule ni, permukaan rambut korang akan disaluti dengan 97% agen penambah kelikatan yang berasal dari alam semula jadi. Fuh, baru step yang ketiga pun min dah dapat rasa manfaatnya!
Harga: RM 59.90
4. Root Volume Fixer (95 ML)
Siapa dekat sini pernah feeling konon nak buat iklan rambut macam K-idol tapi rambut pulak tersangkut dekat sikat sebab kusut? Mesti pernah kan? Haa, guna je Root Volume Fixer! Produk semburan rambut semula jadi ini tidak melekit dan memastikan penggayaan rambut korang kekal sampai malam!
Paling penting, ia mudah meruap dan cepat serap. Produk ini hanya menggunakan 92% kandungan semula jadi sahaja termasuklah minyak silikon. Bestnya!
Harga: RM 59.90
5. Style Curling Serum (150 ML)
Ok, part ni min memang impress! Selalu kita asyik tengok produk penjagaan rambut mesti akan tertumpu pada golongan yang berambut lurus. Tapi, golongan yang berambut keriting pun mengalami masalah yang sama jugak. Nasib baik ada Style Curling Serum ni!
Dirumus dengan 93% kandungan semula jadi, serum transparent berbentuk gel ini mencipta gelombang keriting semula jadi yang dipenuhi dengan kelembapan baik untuk kulit kepala dan rambut. Serum ini tidak melekit dan tidak meninggalkan sisa pada tapak tangan. Serum 4-in-1 ini sangat membantu untuk memberi volume + curling + kelembapan + rawatan pada rambut dalam satu masa.
Harga: RM 59.90
6. Heating Care Quick Dry Mist (200 ML)
Kalau korang jenis yang takde masa nak tunggu rambut kering sebelum keluar, this is a sign untuk korang cuba mist ni! Cukup hanya dengan keringkan menggunakan tuala atau hair dryer selama beberapa minit, korang apply mist ni pada seluruh rambut. Dengan teknologi sistem Quick-dry, korang boleh keluar untuk buat aktiviti seharian tanpa rasa rimas ataupun melekit dalam apa jenis cuaca sekalipun. Item ni memang wajib bawa kemana-mana!
Harga: RM 79.90
Rambut dah sihat, sekali-sekala treat rambut dengan pewarna rambut trendy ala Korea pulak!
7. Jenny House Premium Hair Color
Korang tahu tak, pewarna rambut Premium ini merupakan pewarna rambut pilihan No. 1 Salon Kecantikan Jenny House yang kaya dengan warna ‘laku keras’ dan pewarna semula sekiranya para pelanggan ingin menukar warna rambut mereka dalam waktu yang sama.
Antara manfaat pewarna rambut ini:
– CICA Galactomyces: Menenangkan kulit kepala dan membantu rambut agar kekal sihat, licin dan berkilat.
– Hydrokeratin: Membantu rambut agar kekal sihat dengan kandungan protein.
Terdapat 7 pilihan warna yang menawan seperti hitam, coklat gelap, coklat natural, rose gold brown, coral pink brown, pink brown dan ash brown.
Cara Penggunaan:
Gaul rata sebelum digunakan dengan nisbah 60g pertama kepada 60g kedua dan sapu rata pada rambut.
Selepas 35 minit, bilas dengan rata menggunakan air suam. Basuh dengan teliti dengan sabun atau syampu. Kemudian, basuh sekali lagi menggunakan air suam. Siap!
Harga: RM 59.90
8. Jenny House New Salon Code
Korang pernah dengar tak pewarna rambut bertekstur gel puding? Min first time dengar! Selain dari Premium Hair Color. Korang boleh cuba Jenny House New Salon Code dengan empat warna pilihan iaitu rose gold, cacao, beige dan coklat.
Walaupun pewarna yang pertama dan kedua dalam bentuk cecair, tetapi selepas dicampur akan terus menjadi seperti puding. Jangan risau, pewarna ini tidak terlalu cair dan akan terus melekat pada rambut.
Cara Penggunaan:
Gaul sebati sebelum digunakan dengan nisbah 70ml pertama kepada 70ml kedua dan sapu rata pada rambut. Biarkan selama 20 hingga 30 minit. Setelah itu, bilas dengan rata menggunakan air suam. Basuh dengan teliti dengan sabun atau syampu. Kemudian, basuh sekali lagi menggunakan air suam. Siap!
Kapasiti penggunaan pewarna rambut adalah mengikut ketebalan rambut masing-masing.
Harga: RM 59.90
Semua produk Jenny House yang min sebutkan tadi diformulasi berdasarkan 20 tahun pengalaman dari Salon Jenny House di Korea menggunakan bahan semula jadi. Memang takde alasan lagi untuk korang terlepas dari cuba produk ni! Klik DI SINI
Tunggu apa lagi, cepat dapatkan produk ini di Watsons! Untuk maklumat lanjut, layari www.watsons.com.my . Sila ikuti akaun Facebook dan Instagram Watsons.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/nak-rambut-macam-pelakon-k-drama-pssttt-ini-rahsianya/